Monday, January 30, 2012

Kecewa

bila kita tak dapat apa yang kita idamkan...sudah tentu kita akan rasa kecewa.  bila kecewa sudah tentu kita akan berfikir apakah silap kita...apa yang terjadi...kenapa nasib tidak menyebelahi kita.  

tidak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat.  tak perlu rasa terlalu kecewa kerana pasti Allah s.w.t. ada rancangan untuk kita.  kalau kita tak dapat kali ni insyaAllah kita akan dapat lain kali ataupun mungkin Allah s.w.t. merancang sesuatu yang lebih hebat buat kita.

yang pastinya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.


Lina

Thursday, January 26, 2012

Mera Mannnn...

Dev dan Kamini - Cinta kerana wang

Priya dan Raj - Cinta kerana budi

Dev dan Priya  - Cinta sejati

akhirnya siapa yang menang?  of course lah cinta sejati kalau dalam filem.

layan filem Mann malam tadi memang menyentuh hati.  dah lama tak tengok, lagu-lagunya yang sedap, Amir Khan pula kacak hehe.

aku paling suka endingnya, bila Dev angkat Priya untuk upacara keliling api (Priya tak ada kaki kerana accident), bila cinta datang dengan hati yang tulus ikhlas sanggup menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.  it's touching ok.



Lina

Wednesday, January 25, 2012

Cuti dan Demam

cuti 4 hari lepas aku habiskan di rumah mak.  banyak aktiviti di rumah mak memandangkan lebih kurang seminggu lagi ada majlis yang besar akan berlaku.  buat lebih kurang 400 biji biskut untuk goodies bag.  kemudian membungkus, ikat reben lagi.  sakit pinggang juga dibuatnya tapi tak apa kiranya membalas balik jasa my sis masa wedding aku dulu kan dik hehe.  tak siap semuanya pun lagi, ada beratus juga lagi masih perlu disiapkan.  yalah tenaga kerjanya berapa keratlah sangat.  apapun insyaAllah boleh disiapkan on time, don't worry ye dik, nanti lagi banyak jerawat tumbuh hehe.

selain daripada itu,  anak pula on and off daripada demam.  mulalah rasa tak sedap hati.  bermula dari hari Sabtu lepas membawa ke hari ini, sekejap panas, sekejap baik.  demam biasa ke atau demam disebabkan virus-virus yang melanda. tidak dapat dipastikan.  yang aku risaukan demam denggi tapi tanda-tandanya tak menjurus ke arah itu.  kena pergi ke klinik lagilah nampak gayanya.

Lina

Saturday, January 21, 2012

Al-Fatihah Buat Izwan Pilus

baru terbaca mengenai berita penyanyi Izwan Pilus telah meninggal dunia.  aku ni memang selalu ketinggalan berita-berita terkini.  balik dari kerja semalam memang tak buka langsung internet.  siang tadi pula sibuk dengan  program PM bertemu dengan penjawat awam di UMP.  malam ni baru ada kelapangan.  

nak kata aku minat sangat arwah Izwan Pilus taklah juga tapi masa arwah masuk Bintang RTM dulu memang favourite aku.  lagunya yang paling aku minat mestilah Kembali Senyum sebab lagu tu asalnya lagu drama korea lakonan Rain, Full House.  takziah diucapkan buat keluarga arwah dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

satu lagi hentikanlah khabar-khabar angin mengenai kematian pelakon Azean Irdawaty.  siapa kita nak menentukan bila seseorang tu akan meninggal atau tak.  tak taulah kenapa sesetengah orang suka sangat main-main dengan ajal maut seseorang.  


Lina

Thursday, January 19, 2012

Berkawan Dengan Ex-BF @ Ex-GF?

boleh ke berfb dengan ex-bf or ex-gf?  ex ni pulak bukan calang-calang ex ok...bukan ex yang sekejap-sekejap bercinta 4, 5 bulan atau setahun tu tapi yang bercinta bagai nak rak 5, 6 tahun.  yang bercinta memang dah sampai tahap nak kahwin, dah merancang anak nak berapa, masa depan macam mana semua tu.  tup tup tak kesampaian, putus di tengah jalan.  sedihnya cuma di pihak 1 lagi sahaja tapi di pihak yang ini sedih juga cuma lebih dihantui rasa bersalah sebab dia yang putuskan.  kemudian dah dapat jumpa pengganti dan alhamdulillah dah berkahwin dan ada anak tapi di pihak ex masih lagi membujang sampai sekarang.

nak dijadikan cerita jumpa kembali si ex ni di alam fb tapi tak add sebab sedar diri tapi bila si ex ni add boleh pulak terima huhu.  niat di hati nak menjernihkan keadaan sebab masa putus dulu secara tak beretika (oh ada juga etika kalau nak putus hehe).  jadi disebabkan rasa bersalah sangat terimalah request si ex.  masa mula-mula keraplah juga menghantar msg semua tapi lama-kelamaan macam timbul perasaan tak berapa nak best pulak.  yelah apahal lak nak bermsg dalam fb dengan ex kita padahal dah ada laki ada anak.  memanglah niat nak berkawan sahaja tapi dulu kan bercinta bagai nak rak, sampai nak kahwin bagai apa perasaan ex bila dia tengok gambar kita dengan laki, dengan anak semua, ingat dia tak terasa ke?  kita pulak bila tengok gambar ex dengan perempuan mulalah rasa semacam, girlfriend dia ke?

bila dah berhubung semula macam ni dah mengembalikan kenangan lama.  yelah mana boleh lupa nak-nak lagi cinta pertama.  kita nak buktikan yang kita boleh terima dia sebagai kawan  tapi padahal dalam hati masih ada lagi sisa-sisa kenangan lama.  aku tak taulah orang lain yang masih boleh berkawan dengan ex dia padahal dia dah ada bf/tunang/suami.  kalian pula macam mana? apa pendapat kalian?  patutkah terus berhubung dengan dengan ex melalui fb tersebut?   

rasanya ini yang menyumbang kepada skandal dengan suami/isteri orang.  
kita rasa kita kuat...kita rasa ahhh tak akannya terjebak dengan cinta tiga segi ni. 
itu dulu, dah lama dah bercinta dengan dia ni.
kita nak berkawan je lah
kita ingat kat suami/isteri, ingat kat anak.
tiba-tiba lama kelamaan tanpa sedar 
kalau sehari tak berfb dengan dia macam ada yang kurang
kalau sehari tak buka fb dia rasa tak sah
kita memang dah ada kenangan dengan dia
bukannya susah sangat nak mengembalikan kenangan tersebut

sebenarnya ini hanya pendapat aku, juga sebagai peringatan kepada orang lain dan terutama kepada diri aku sendiri.  apa pula kata kalian?

Lina

Monday, January 16, 2012

Someone Like You - Adele

Lagu yang sekarang ni aku dengar berulang-ulang kali.  Kalau kat youtube aku suka dengar yang live.  sedihlah lagu ni, liriknya straight forward tapi sangat menusuk ke hati.


I heard that you’re settled down,
That you found a girl and you’re married now,
I heard that your dreams came true,
Guess she gave you things I didn’t give to you,
Old friend, why are you so shy?
Ain’t like you to hold back or hide from the light,

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,

Never mind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah,

You know how the time flies,
Only yesterday was the time of our lives,
We were born and raised in a summer haze,
Bound by the surprise of our glory days,

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,


Lina

Cerai???

terkedu sekejap mendengar cerita seorang teman (lelaki) semalam.  cerita yang baru aku ketahui berpunca daripada kiriman salam yang aku titipkan buat isterinya.  jawapan "insyaAllah kalau jumpa" buat aku tertanya-tanya lantas membuka rahsia.

sudah setahun mereka bercerai.  kedua-duanya memang aku kenali.  daripada cerita teman ini bekas isterinya ada kekasih gelap.  mulanya masih memberi peluang tetapi setelah bukti di depan mata apa lagi yang boleh dibuat.  ke mahkamahlah jalan terakhir.  nasib baik tiada perebutan hak yang meleret-leret.  penjagaan anak tiada had waktu.  bila-bila boleh diambil.  kesian buat si anak menjadi korban akibat masalah ibu bapa.

sampai ke hari ni masih lagi berfikir kenapa bekas isterinya berubah laku.  tak taulah kalau ada masalah lain yang tidak diketahui.  jika benarlah seperti yang diberitahu oleh suaminya harap-harap segeralah berubah.

Lina

Wednesday, January 4, 2012

Bermula Semula Hari Pertama Ke Tadika

hari ni bermula semula rutin yang sebelum ini terhenti selama kira-kira sebulan.  kejutkan qistina pagi-pagi, mandi, pakai baju, siapkan sarapan.  nasib baik elok je dia bangun taklah merengek-rengek sebab sebulan kan ikut dan dia je nak bangun pukul berapa semua.  malam tadi siap request bila nak tanya nak bawa bekal ke tak?  request apa tau nasi lemak!  huhuhu jadi pagi tadi bangun seawal 4 pagi nak memasak nasi lemak untuk bekalan anak tersayang hehehe...tipu je semua tu en khairol beli kat gerai kat rumah aku ni jer cuma bawa bekas untuk diisi nasi tu.  memang niat di hati nak masak mulanya tapi en khairol kata tak payahlah untuk qistina seorang je.  insyaAllah kalau lepas ni bekal yang simple simple tu aku akan cuba buatkan.

Lina

Tuesday, January 3, 2012

Nostalgia Teh Piring

semasa aku di zaman sekolah rendah dulu bila sampai tarikh 21hb setiap bulan adalah hari yang aku cukup suka.  pada tarikh tersebut aku akan mengikut arwah atuk dan wan aku ke bandar untuk mengambil pencen di bank kat Jalan Bukit Ubi (bersebelahan dengan bangunan bekas sekolah Cina, berhadapan dengan padang MPK) aku tak ingatlah nama banknya tapi sekarang ni kalau nak ambil pencen kat EON Bank.  

selalunya lepas dah selesai ambil pencen arwah akan membawa aku makan roti canai di sebuah restoran kat bandar Kuantan ni.  memang setiap bulan di situlah kami makan...roti canai dan teh (kadang-kadang order roti bakar).  aku ingat lagi teh dihidang dalam cawan beralas tu.  arwah atuk akan menuang teh tersebut ke dalam piring sebelum bagi aku minum.  ditiup-tiup dahulu baru bagi aku minum lalu mencicip-ciciplah aku minum sambil menahan kepanasan di bibir :-).  sekarang ni bila makan roti canai dan minum teh tarik automatik teringat-ingat.  

selepas makan sure pergi pula ke pasar untuk ambil barang dapur di satu kedai runcit ni.  aku tulis ambil sebab bayar yang bulan lepas dan ambil barang baru hehe.  kiranya masuk dalam bukulah.  memang macam tulah setiap bulan.  arwah dah kenal baik dah dengan toke kedai tu.  macam-macamlah yang dibeli lepas tu.  disebabkan aku sekolah petang jadi dah siap bekal baju sekolah semua sebab memang lambat kalau nak balik rumah bersiap dan ke sekolah.  jadi, lepas dah shopping semua kami akan pergi ke rumah kenalan baik arwah yang dipanggil Pak Wan di Tanah Putih untuk salin baju semua.  kemudian baru arwah hantar aku ke sekolah.  itulah rutin aku setiap bulan bila time arwah ambil pencen.  memang aku ingat sangat.
sangat-sangat nostalgia. *sebak*.

Nota : Arwah atuk mengadap penciptaNYA pada 16 Jun 2000
          Arwah wan mengadap penciptaNYA pada 6 September 2007

Lina

Susah Sangat Ke Nak Layan Customer

kerja sebagai pembantu kedai atau lebih senang dipanggil salesgirl memang memerlukan tenaga dan kemahiran.  tenaga sebab kena sentiasa berdiri, berjalan, ambil barang, angkat barang, kalau dapat duduk pun maybe sekejap je.  kemahiran pula yalah kemahiran senyum, bercakap, melayan dan sebagainya.  

aku sebenarnya dah banyak kali berdepan dengan masalah salesgirl ni.  baru-baru ni  terjadi satu peristiwa masa aku beli kasut di salah sebuah kedai dalam Kuantan Parade.  aku taknak sebutlah nama kedainya sebab kasut-kasut kat situ cantik-cantik waaaaaaaaaaa tapi kalau salesgirl tu masih ada lagi kat situ jadi tak excited nak beli huhuhu.  

ceritanya aku berkenan kat sepasang kasut ni.  lepas belek-belek aku pilih satu design ni, aku mintalah saiz 5 sebab nak try.  salesgirl tu cakap trylah saiz 6 dulu, dia pun tunjuk kat aku kasut satu lagi yang saiz 6.  aku pun tak kisahlah cuba jelah kan sebab mana tau saiznya berbeza.  lepas try saiz 6 tu longgar, aku cakaplah kat dia dan dia pergi ambil saiz 5.  

ok aku mula rasa semacam bila kasut yang dia ambil tu adalah kasut yang aku try untuk saiz 6 padahal mula-mula aku dah tunjuk kasut yang aku nak saiz 5 tu.  ok tak apalah aku try je lah.  lepas try aku pun cakaplah yang aku nak kasut yang satu lagi tu.  masa tu muka dia dah mencerut je.  aku buat tak tau je lah.  bila salesgirl tu dah ambil kasut yang aku nak tu terus dia letak kat kaunter.  eh apahal bagilah aku tengok dulu.  aku selalunya bila beli kasut aku akan tengok dulu sebelum bayar tak kiralah memang kasut yang betul ataupun aku dah cuba, mestilah nak tengok dulu kan.  kalian macam mana, buat macam aku ke ataupun tak tengok dah terus bayar.  aku pun mintalah nak tengok eh dia boleh cakap "kasut yang mintak tadilah ni" dia buka penutup kotak tu tunjuk macam tu jer, macam nak cepat.  aku pun malas nak cakap banyak terus je bayar.  memang beruntung dia dapat customer macam aku ni, tak mudah melenting huhu.  memang nasib aku nak kena hari tu hehe.

apa yang aku perhatikan salesgirl tu macam nak cepat jer.  dia taknak buat banyak-banyak kerja.  kalau tak suka buat kerja tu tak payahlah kerja, carilah kerja lain.  kot ye pun ada masalah ke, kerja adalah kerja.  mana boleh campur-aduk dengan masalah lain.  aku faham kalau kerja kat kedai macam tu dari 10 pagi hingga 10 malam, memang penat dengan berdirinya kan tapi dah pilih kerja macam tu nak tak nak kena buat jugalah. harap-harap salesgirl cuma buat perangai hari tu je lah hehe.

Lina
Share |