Wednesday, November 30, 2011

Sosej Dibalut Dengan Roti Tortilla Bersama Sos Jalapeno


haha saja je nak tayang projek entah bulan berapa punya.  sekarang ni selalu buat menu ni sebab ada sos jalapeno yang dibeli daripada puan jaja.  terima kasih ye jaja sebab kirimkan sos ni dan terima kasih banyak-banyak kerana menghalalkan (jaja tau kan apa dia) rasa malu lak hehe.  apa pun sos tu memang sedap, sama macam sos cheezy wedges kat KFC tu.  ohhh nak bagi lagi sedap aku tambah telur dadar, balut sekali...nikmat.  cuma gulungan tu tak berapa kemas sebab banyak sangat kot isinya hehe tapi yang paling penting en khairol cakap sedap :-)


Lina

Tuesday, November 29, 2011

Dah Tengok


akhirnya hari Sabtu lepas tercapai juga hasrat hati.  setelah setahun menunggu, kemudian tunggu seminggu lagi barulah dapat melepaskan hajat di hati.  apa bendalah yang aku tunggu-tunggu ni ye?  apa lagi kalau bukan The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1.  sebenarnya inilah 1st time menonton siri Twilight ni di pawagam.  3 sirinya sebelum ni aku tengok DVD je.  

disebabkan tak beli tiket daripada awal, masa nak tengok tulah baru terhegeh-hegeh nak beli hehe.  plannya nak tengok pukul 9 malam di GSC, East Coast Mall, sekali dah penuh.  tanya yang pukul 10 malam cuma tinggal 1 seat jer.  takkan pula nak tengok seorang jer, laki den nak duk mana lak yer hehe.  akhirnya dapat pukul 11.50 malam, ngam-ngam tinggal 2 seat saja.  dah bini nak tengok sangat en khairol pun ikut je lah hehe.  

yang tak boleh nak buat aku tunggu DVD keluar sebab nak tengok adegan kahwin tulah.  tengok trailernya memang cantik giler.  bila dah tengok memang cantik especially gaun pengantin bella.  rasa macam dia betul-betul kahwin dengan edward.  yang spoilnya biasalah bila dah masuk Malaysia banyaklah yang kena 'cut'. dah jadi tak best sikit.  takpe tunggu DVD dialah nanti.






picture : credit to http://www.dailymail.co.uk

cuma aku tak berapa sukalah bila bella jadi vampire sebab dah jadi anti-klimaks pula.  aku rasa lagi baik kalau kekalkan bella sebagai manusia sebab kat situ nanti boleh kita tengok kontra kehidupan antara edward-vampire, bella-manusia dan anak mereka-half vampire dan manusia.  aku rasa lagi seronok macam tu tapi dah penulis novelnya nak macam tu kan emmm.

nampak gayanya kena tunggu setahun lagi untuk mengetahui ending kisah Twilight ni.

Lina

Melaka - Part 1

pada cuti hari keputeraan Sultan Pahang yang lepas aku sekeluarga berkesempatan cuti-cuti Malaysia ke Melaka.  memang dah plan sejak awal tahun nak jalan-jalan ke Melaka.  walaupun memang kampung aku kat Melaka tapi tak pernah berkesempatan nak jalan-jalan ke bandar Melaka.  jadi cuti hari keputeraan tu 24/10 hari Isnin, Deepavali pula 26/10 hari Rabu so cuma ambil cuti hari Selasa je lah.  dah dapat cuti panjang di situ.

kami bertolak tengahari Sabtu ke Melaka.  perancangan awalnya nak bertolak pagi tetapi disebabkan macam-macam hal yang nak diselesaikan jadinya tengahari la pula.  mula-mula kami ke kampung aku dulu kat Kampung Kuala Sungai Baru.  bermalam kat situ semalaman lepas tu baru pergi ke bandar Melaka.

 gelagat 2 beradik di dalam kereta

penyokong kuat pasukan bola Malaysia ni haha

kami selamat sampai di kampung kira-kira pukul 6 petang.  kami bermalam kat rumah sepupu mak aku.  rumahnya di tepi laut memang best.

 kebetulan masa kami sampai petang tu ada orang cari remis kat tepi pantai.  banyak dapatnya satu besen ni ha.

petang di pantai Kuala Sungai Baru.

hajat di hati qistina nak mandi laut petang tu juga tapi sebab dah petang sangat malaslah nak bagi.

kalau dari pantai memang nampak jelas kapal-kapal yang lalu Selat Melaka.

aktiviti pagi Ahad.  en khairol memang dah plan nak mancing jadi dah siap bawa jorannya.

rumah sepupu mak aku dari pantai

tengah tengok en khairol memancing nampak budak-budak ni tengah tolak perahu ke laut

suasana pagi di Kuala Sungai Baru

comel kan kucing ni hehe ada cerita pasal kucing ni

ikan yang dapat dipancing...tak taulah ikan apa.  ceritanya ikan ni telah dicuri oleh kucing dalam gambar kat atas tu hehe kelakar jer tapi tak kisahpun sebab ikan tu kecil jer.

bersambung...

Lina

Anuar Zain di AIM 2011

saja je nak share gambar-gambar Anuar Zain masa AIM 2011 baru-baru ni.  untuk makluman Anuar Zain menang 2 anugerah malam tu dan baru-baru ni bertambah 1 lagi sebab salah pengiraan.  macam mana perkara sebegini boleh terjadi di dalam majlis anugerah yang amat berprestij emmmm...




gambar : kredit pada beautifulnara


Lina

Zumba Fitness For Charity

sebelum ni aku ada iklan pasal zumba ni kan.  takkan iklan je kan kenalah pergi juga hehe.  jadi pada 19 Nov tu memang teruja sangat nak pergi.  ajak jugalah beberapa orang member aku iaitu juliana, ena dan ita.  pada mulanya rasa cuak jugalah...dalam hati fikir macam-macam.  macam manalah zumba ni yer?  macam aerobik ker, senamrobik ke.  rupa-rupanya best zumba ni.  kalau nak tahu macam mana seronoknya, tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni hehe.  cuma gambar masa berzumba saja yang tak ada.









kalau kalian nak tahu lebih detail pasal zumba ni tengok saja di youtube.  taip saja zumba macam-macam jenis tarian yang ada.


Lina

Saturday, November 19, 2011

Zumba Fittness For Charity

~ STICKY MODE ~

(untuk entry terkini sila scroll ke bawah)


hai! kepada warga Kuantan dan di sekitarnya yang suka menari dan exercise, apa kata datang beramai-ramai ke Zumba Fitness for Charity yang dianjurkan oleh Zumba Fitness Kuantan. 

di samping exercise boleh beramal dengan menderma yang akan disalurkan ke IIUM Breast Centre & Kuantan Breast Canser Support Group.  untuk maklumat lanjut baca saja pada banner di atas atau hubungi nombor yang tertera di banner tersebut.

apa lagi jom kita berzumba!!!

Lina

Friday, November 18, 2011

Rahsia Anuar Zain Maintain Handsome




Di dalam Utusan Malaysia hari ini, Anuar Zain mengakui yang dia ada membuat rawatan bentuk wajah. Namun begitu, rawatan yang dibuat tidak melibatkan suntikan botox. Sebaliknya teknik yang digunakan sekadar teknik urutan.
Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutan di bahagian wajah saya. Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya
Menurut Anuar Zain, rawatan ini dilakukan setiap kali kulit wajahnya menggeleber. Selain daripada rawatan ini, Anuar Zain yang kini berusia 41 tahun turut mengamalkan pemilihan makanan seperti Omega 3 untuk mengekalkan kecantikan wajahnya.


Sumber : Beautifulnara

Lina

Thursday, November 17, 2011

Giveaway Koleksi Resepi Nannie



penyertaan saat akhir ni.  terpandang GA ni masa sedang sibuk blogwalking di blog kak es.  GA ni dianjurkan oleh blog resepinannie.  ada 5 hadiah sebenarnya tapi aku ambil gambar hadiah yang paling aku minat.  nak join senang jer cuma tinggalkan link atau email di entry GA ni.  harap-harap sangkutlah salah satu daripada hadiah tersebut.  kalau kalian nak join boleh ajer tapi kena cepatlah sebab tarikh tutupnya hari ni 17 November 2011.  cuma tinggal beberapa jam je ni.

Lina

Abahku Warded!

semalam abah aku masuk wad kat HTAA.  jangan risau ye kalian semua tidaklah berapa serius.  cuma ada pembedahan kecil di buku lali kaki kanannya.  sebenarnya ada semacam ketumbuhan di buku lalinya sebesar saiz bola pingpong.  mula-mula kecil je tapi lama-lama besar pula dan keras.  taklah pergi check-up masa benda tu kecil sebab ingatkan tak ada apa dan tak sakitpun.  agaknya baru 2, 3 hari ni rasa sakit kot sebab tu abah aku pergi hospital.  bila pergi hospital setelah dirawat doktor kata perlu masuk wad untuk operate kerana bila dicucuk kat tempat tu macam ada nanah.

so berpuasalah abahku dan alhamdulillah selamat dioperate petang semalam.  bila aku tanya abah katanya dari tempat bengkak tu doktor keluarkan satu ketulan kecil.  jadi akan disiasatlah apa bendanya tu nanti. selain daripada ketulan tu adalah lendir.

pagi ni bila aku jenguk sambil hantar makanan pada mak aku yang tunggu nampak ok.  boleh jalan kalau nak ke tandas.  doktor pun ada bagi antibiotik dan ubat tahan sakit.  tak tahulah bila boleh keluar sebab doktor pun tak ada cakap apa-apa.  hopefully abah akan cepat sihat dan dapat keluar wad secepat mungkin.


Lina

Tuesday, November 15, 2011

Hari Anekaragam & Penyampaian Hadiah

Ahad lepas aku dan en khairol dijemput untuk hadir ke Hari Anekaragam & Penyampaian Hadiah/Sijil tadika qistina.  qistina tak adalah dapat sijil sebab baru 5 tahun kan, sijil untuk yang 6 tahun.  cuma qistina akan buat persembahan nanti.  tak sabar rasanya nak tengok sebab kalau di rumah wataknya macam tak meyakinkan boleh ingat step menari semua tu.  hehe apalah aku ni tak percaya anak sendiri tapi bila kat rumah kalau aku suruh dia tunjuk step menari tu malulah, itulah, inilah.  dah macam mana hehe.

kad jemputan yang simple saja tapi menarik sebab dibuat sendiri.  hehe bengang en khairol sebab ejaan namanya salah.  kalau ditengok pada kad ada 3 tadika kan sebab ketiga-tiga tadika pengerusinya orang yang sama.  tadika qistina Tadika Sri Melor.

banner di atas pentas.  program ni diadakan di Hotel MS Garden, Kuantan.  grand kan tapi bayaran pun grand juga huhuhu.

 dapat snap gambar qistina masa tengah bersiap.  baju tu dah dibeli awal-awal oleh cikgunya, termasuk dalam bayaranlah.  bersama-sama geng-geng tadikanya.  yang pakai gaun tu persembahan murid 4 tahun.

para ibu bapa yang turut hadir

persembahan qistina mewakili murid 5 tahun tadikanya.  ketiga-tiga tadika mempertaruhkan persembahan masing-masing yang mewakili umur 4, 5 dan 6 tahun.  persembahan memang diambil serius sebab ada hadiah persembahan terbaik setiap kategori umur.  dalam banyak-banyak persembahan memang group qistina yang paling menarik.  bukan nak puji sebab ada anak sendiri tapi memang persembahan group dia terbaik.  at last memang group dia menang persembahan terbaik kategori 5 tahun.  kategori 4 dan 6 tahun pun dibolot oleh tadika qistina.  kemudian dengarlah si pengacara majlis ada maklumkan yang sebelum-sebelum ni pun Tadika Sri Melor memang selalu bolot hadiah persembahan terbaik.  patutlah cikgu-cikgunya beria-ia berlatih semua.

bergambar bersama kawan rapat dia rasanya sebab asyik berkepit berdua jer.

mula-mula masing-masing malu nak bergambar tapi kemudian macam-macam pose.


di hadapan pintu masuk nak ke dewan.  muka kelat sebab tak taulah ada benda tak kena masa ni tapi tak tahulah kenapa.

qistina tak sangkut pun untuk hadiah kecemerlangan tapi tak apalah.  dia baru 5 tahun taknak push sangat.  6 tahun nanti tengoklah macam mana.  cuma adalah juga hadiah yang dia menang persembahan terbaik.  ok nanti aku share video persembahan qistina yer.

Lina

The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 1

bagi peminat-peminat filem Twilight dan sequelnya mesti tak sabar nak tunggu tayangan sequel yang terbaru iaitu Breaking Dawn - Part 1.  kalau di US tayangan perdananya pada 18 November ini.  di Malaysia pula akan ditayangkan pada 24 November.  aku pun memang tak sabar juga nak tunggu kesinambungan daripada Eclipse.  yang pasti adegan yang ditunggu-tunggu adalah adegan perkahwinan di antara Edward dan Bella.  haha aku ni macam remaja la pulak suka cerita macam ni tapi memang aku minat cerita Twilight ni.  aku pun dah ada ketiga-tiga CD dan Twilight yang pertama aku dah ulang tengok berbelas kali dah.  bagi aku the first one adalah yang terbaik berbanding sequel yang kedua dan ketiga.  mungkin sebab yang pertama adalah permulaan cerita bagi segalanya.

sedikit info mengenai siri Twilight ini.  filem Twilight ini adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Stephenie Meyer.  bermula dengan novel bertajuk Twilight dan difilemkan dengan tajuk yang sama.  seterusnya yang kedua adalah New Moon dan yang ketiga Eclipse.  sequel yang keempat ini adalah daripada novel Breaking Dawn tetapi bila difilemkan dibahagikan kepada 2 bahagian.  

antara pelakon utamanya adalah:-

 Kristen Stewart - Isabella 'Bella' Swan

Robert Pattinson - Edward Cullen

Taylor Lautner - Jacob Black

 Ashley Greene - Alice Cullen

 Kellen Lutz sebagai Emmett Cullen

Nikki Reed sebagai Rosalie Hale
  
sedikit sinopsis filem Breaking Dawn - Part 1

"Bella and Edward, plus those they love, must deal with the chain of consequences brought on by a marriage, honeymoon, and the tumultuous birth of a child... which brings an unforeseen and shocking development for Jacob Black"

ok sila layan gambar-gambar daripada filem The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 1.


Sumber : Yahoo! Movies

 p/s : ingat nak tengoklah pada 24 November ni...ada siapa-siapa nak teman? hehe


Lina