Monday, October 31, 2011

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

~ STICKY MODE ~

(untuk entry terkini sila scroll ke bawah)


jalan-jalan di blog hasrulhassan terbaca satu entry mengenai GA ni.  best juga join GA ni.  walaupun tak selalu menang dan bertuah macam cik nana tapi tak rugi pun join.  boleh juga menambah kenalan di alam maya ni.  
ok GA ni senang saja nak join.  cara-caranya seperti di bawah ni yer.


CARA-CARA NAK MENYERTAI GIVEAWAY NI : 
  • letak banner seperti di atas buat 1 entri yang bertajuk "1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!" dan link kan ke entri ini..
  • Follow blog Mr Baiz dan blog penaja di SINI  untuk update sepanjang giveaway..
  • kalau tak keberatan Like SINI sekali..*ecececeh...pomot sikit..hihi..jangan marah yer..
  • nak tag kawan-kawan lain pun amat digalakkan...lagi ramai lagi meriah..
  • 3 pemenang akan di tentukan dengan Random.Org.
  • tinggalkan link post anda di entry ini.
  • tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2011
HADIAH-HADIAH adalah amat menarik kebabom seperti di bawah ini.




jika nak tau maklumat lanjut klik saja pada banner GA di atas tu yer.

Lina

Sunday, October 30, 2011

Odisi Aurora 1st Giveaway!


~ STICKY MODE ~

(untuk entry terkini sila scroll ke bawah)


ohhh my friend Odisi Aurora ada buat GA.  harus join ni.  lagipun senang amat GA nya.  cara-cara nak join seperti di bawah ni.

Cara-caranya :
1. Sila buat entri berkenaan giveaway ini & 'link'kan ke entri ini.
2. Jawab soalan ini : Bilakah tarikh entri pertama Odisi Aurora di'publish'?
3. Tinggalkan jawapan & URL link korang di ruangan komen.

Itu sahaja :-) 
Seorang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah (dengan jawapan yang betul semestinya).
Tarik tutup penyertaan : 30 Oktober 2011 (Ahad) jam 11.59 pm.

hadiah-hadiah yang akan diberi pun menarik juga iaitu


                                        Romper set (12 months), cute colourful baby tights (6-12 months) & white pant



                                                                                   Chiffon shawl roses  in pink

  jadi jom ramai-ramai kita join GA ni.  untuk maklumat lanjut boleh klik saja pada banner di atas tu.

Lina

Wednesday, October 19, 2011

Segmen : Saya , Blog dan Pembaca


dah lama tak join segmen yang dianjurkan oleh en. ben ni.  kali ni tergerak pula hati nak join.  lagipun senang saja nak buat.  ehhhh semua segmen yang dianjurkan oleh en.ben selama ni memang senang.  tak pernah lagi rasanya yang susah-susah sampai pening nak cari jawapan hehe.

"SAYA, BLOG dan PEMBACA.  emmm SAYA mewakili diri saya sendiri, tuan punya blog ini yang menggunakan BLOG sebagai medium perantaraan di antara SAYA dan PEMBACA.   SAYA menjadikan BLOG sebagai tempat untuk meluahkan perasaan, menyuarakan pendapat, sebagai diari kehidupan SAYA, berkongsi minat dan memberi info.  daripada entry yang SAYA pamerkan di BLOG, SAYA bertukar-tukar pandangan melalui komen-komen dan kritikan-kritikan daripada PEMBACA.  SAYA, BLOG dan PEMBACA adalah satu kaitan yang kukuh dan tidak mungkin akan terlerai".


sudah tentu gambar header ini mewakili blog saya.


Lina

Tuesday, October 18, 2011

Menang Percutian 3 Hari 2 Malam di Pangkor Laut? Siapa Yang Tak Nak!






tengok gambar-gambarnya pun dah teruja.  apatah lagi kalau dah berada kat sana kan huhuhu.  terbayang-bayang air lautnya yang biru jernih tu sambil menikmati pemandangan yang indah.  bila dah penat dapat berendam pula dalam bathtub yang damn! cool seperti gambar di atas tu.  ohhhh heaven rasanya.


How to Join the Contest
  • Join DealCity.com.my as a member 
  • Click on the "BUY" icon for the contest and proceed to 'buy' the contest at zero cost (no credit card details required)
  • You are now in the running to win the prize! 


jadi untuk maklumat lanjut dan register boleh klik di >>>>> SINI.

JANGAN LEPASKAN PELUANG! TAK RUGI MENCUBA...MANA TAU ANDA ADALAH PEMENANG BERTUAH.

Lina

Terima Kasih Zue Annaleeya!

baca entry di blog zue pasal lesen memandunya dah tamat tapi dia tak ingat. jadi selama beberapa bulan ni dia memandu dengan lesen yang dah tamat tempoh.  bila baca tu tergerak lak nak tengok lesen aku.  ohhhh apakah?  adakah aku pun sudah nyanyuk?  banyak makan semut ke aku ni?

zue tahanlah lagi lesen dia tamat bulan 6 tapi aku???  bulan 3 ari tu dah tamat tempoh!!! mati-mati aku ingat hujung tahun ni matinya.  kalian kiralah dah berapa bulan aku bawa kereta dengan lesen mati!  ya Allah apa kenalah aku ni?  nasib baiklah sepanjang tempoh tak ada apa-apa yang berlaku.  jadi tengahari semalam berdesuplah aku ke Pejabat Pos sebab dekat sikit dengan ofis aku.  terus aku renew untuk 2 tahun. ni renew 2 tahun ni mulalah lupa lagi sebab lama kan hehehe.

nilah antara yang bagus berblogging ni.  kadang-kadang bila kita baca blog orang mungkin entry yang dipaparkan tu membuatkan kita peka.  macam entry zue tu lar.  kalau tak sampai tahun depan pun aku tak tahu lesen aku dah mati huhuhu. 


Lina

Monday, October 17, 2011

Balik Kampung

ini entry mengada-ngada.  baca kat blog kak ieda dia tengah menghitung hari, aku pun nak menghitung hari juga tapi tidaklah macam kak ieda ke oversea...ampun yer kak ieda hehe.  aku dalam negara jer :).  ke mana yer aku weekend bercuti panjang ni?



gambar ihsan google


Lina

Pencapaian Bintang

bermula pada hari  ini, 17 hingga 20 Oktober ini, pejabat aku akan dilanda serangan bintang.  sana-sini bintang, topik perbualan pun berkisar tentang bintang, kat dalam ofis, kat lobi, kat dalam lif, kat kaunter, kat kantin, kat tempat pejalan kaki pun banyak bintang-bintang berteraburan.  mata pun dah jadi bintang hehehe.

sebenarnya minggu ni adalah minggu Star Rating atau secara ringkasnya dipanggil SSR.  orang-orang gomen memang taulah pasal SSR ni.  selama 4 hari ni ofis aku akan dinilai oleh sepasukan juruaudit dari MAMPU.  tak taulah tahun ni berapa bintang boleh dapat.  hopefully dapatlah mencapai target iaitu 5 bintang.


Lina

Thursday, October 6, 2011

Siapakah Emma Bontot Hitam?

dalam 2 hari ni aku asyik baca sebuah blog ni.  tuan punya blog ni baru jer follow blog aku jadi sebagai blogger berhemah aku pun follow lar blog dia semula...ecehhhh.  daripada pembacaan pertama entrynya aku dah terpaut.  alamak! best jugak blog budak nih.  memang tak sia-sia aku follow.  ok ada satu entry ni memang gelak sampai pecah perutlah kalau kalian baca.  agak tak senonoh sikit tapi bila dah gelak memang dah lupa dah apa yang tak senonohnya tu.

"Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu.."

haaa itu intronya...nak baca lagi lanjut kalian pergilah ke blog dia 
v
v
v


aku gerentilah memang kalian akan gelak tak hengat sepertimana aku sakit perut akibat menahan nak gelak besarrr haha.

Lina

Wednesday, October 5, 2011

Giveaway "anuar zain vs siti nurhaliza"


jalan-jalan dari satu blog ke satu blog mataku tertancap pada satu entry ini di blog eqbalzack.  ada satu giveaway yang dianjurkan oleh eqbalzack yang haruslah aku ikut serta.  bukan saja harus tapi wajib bagi aku untuk join sekali kerana adanya nama Anuar Zain haha.  sila tengok apa hadiahnya yer tuan puan.  1 cd siti nurhaliza yang terbaru iaitu album inggerisnya All Your Love dan 1 cd album Anuar Zain yang terbaru.  diulang sekali lagi yang terbaru ok.  


PRIZE x 1
Winner will get Siti Nurhaliza's  latest CD - ALL YOUR LOVE

PRIZE x 1
Winner will get Anuar Zain's latest CD - ANUAR ZAIN

teringat kembali semasa aku pergi menonton konsert Anuar Zain di Istana Budaya pada tahun 2009.  masih teringat-ingat dalam kepalaku macam baru jer semalam pergi.  kalau nak tahu masa aku pergi konsert tu aku tengah memboyot 8 bulan mengandung.  boyot-boyot pun harus gigih pergi sebab bukan senang dan selalu nak pergi konsert Anuar Zain ni.  pada siapa yang minat mesti tau kan harga tiket persembahan Anuar Zain bukan calang-calang harga.  kalau tak RM500 ke atas tak sah.  dah namanya Anuar Zain kannnnn.  walau bagaimanapun konsert di Istana Budaya ni harga tiketnya memang mampu beli jadi apa lagi kan harus terjah.





ok atas alasan-alasan di atas...wahhhh mengancam ke alasan aku nih hehe...dek kerana kebarangkalian untuk menonton persembahan Anuar Zain yang amatlah kurang jadi apa salahnya dapatlah kiranya saya memiliki cd Anuar Zain ini hehe.  saya tak kisahlah cd Siti Nurhaliza tu nak bagi kepada siapa pun tapi yang saya kisahkan sangat hanya cd Anuar Zain hehe.  harap-haraplah dapatlah saya memiliki cd Anuar Zain tersebut yer en eqbalzack. 

kepada yang berminat nak join giveaway ini dan memenangi hadiah yang hebat tersebut kenalah cepat-cepat sebab tarikh tutupnya adalah pada hari ini iaitu 5 Oktober 2011.  klik saja pada banner di atas untuk maklumat lanjut yer.

Lina