Saturday, July 30, 2011

2nd Gathering

~ STICKY MODE ~

sebenarnya dah lama terbaca di blog kak ieda pasal gathering ni tapi selalu tak sempat nak copy dan hebahkan di blog ni.  so, baru hari ni ada kesempatan nak buat.  ok aku cuma tolong hebahkan yer bagi pihak kak ieda dan kak zia.  pengumuman di bawah ni aku copy and paste dari blog kak ieda. insya-Allah kalau tak ada apa-apa hal aku nak juga join sebab yang 1st hari tu tak dapat join.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM , AKAK MEWAKILI GENG2 BLOGGER PAHANG YG SEDIA ADA INGIN MENJEMPUT SEKALI LAGI , SEMUA BLOGGER2 DI SEANTERO DAN SEWILAYAH KUANTAN UNTUK JOIN GATHER2 KALI KE 2 KAMI INI PADA KETETAPAN BERIKUT

TEMPAT : TAMAN GELORA - berkumpul di parkir depan IKIP KOLEJ

JAM : 3.00 PTG

TARIKH : 30 HB JULAI 2011 - SABTU

AGENDA : RAMAS2 MESRA & MAKAN2 ( PORTLUCK YAAA ! )

OH YA BAGI YG BERADA DI LUAR KUANTAN JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN PERTEMUAN KALI KE 2 KITA NIE ! .. PUNN BERSEMPENA MENYAMBUT 1 RAMADHAN NANTI .. insyaallahhh

JGN LUPE SEMUA BLOGGER KUANTANNNNN ! MARI SAMA2 KITA MERIAHKAN - masih sempat nak set time nie .. ada 3 minggu layieee :))

kepada yang nak join gathering ni bolehlah berikan nama kepada kak ieda dan kak zia.


Lina

Tuesday, July 26, 2011

Pasal London Weight Management Lagi

thanks kepada semua yang memberi komen pada entry aku sebelum ni pasal London Weight Mgt ni.  rupa-rupanya ada yang dah ada pengalaman pasal ni.  untuk pengetahuan korang aku pergi jugalah appointment tu dan buat treatment yang free tu.  bukan apa saje aku nak cuba dan nak rasa treatment tu macam mana.  ye lar kita tengok kat iklan-iklan syarikat yang kuruskan badan ni...dia punya testimoni memang dasyat.  dalam 3 bulan turun lebih 10 kg kan cam tak masuk diakal jer.  memang masa sesi consultation tu consultant tu punya ayat memang power.  seboleh-boleh lepas treatment tu dia nak kita lanjutkan lagi.  kalau lanjutkan lagi of course lar kena bayar lar kan.  takper pasal tu aku cerita kemudian.  ni nak cerita apa treatment yang aku dapat tu.

treatment ni berlangsung selama 3 jam.  sejam yang pertama adalah sesi consultation.  sesi ni macam-macamlah yang pihak London ni tanya.  life kita macam mana...ada penyakit ke tak...pernah nak kuruskan badan ker...apa tindakan yang kita buat...pas tu dia timbang berat dan ukur tinggi.  pas tu dia tengok body kita...dia bagitau lar kat mana yang patut dikecilkan semua.

lepas sesi consultation barulah bermula treatmentnya.  first sekali mandi wap.  adalah dekat 30 minit.  kalau tak tahan wap tu boleh keluar sekejap dari bilik...redakan badan semua pas tu masuk balik.  lepas mandi wap masuk pulak bilik untuk scrub.  scrub satu badan yer lepas tu dia balut tubuh kita dengan plastik dan blanket panas.  dekat setengah jam jugaklah sampai aku dah resah gelisah dah sebab tak boleh gerak pas tu memang berpeluh-peluh lar.  habis sesi tu boleh mandi bersihkan badan semua.  lepas mandi kena timbang.

lepas timbang berat masuk pulak bilik seterusnya untuk sesi seterusnya.  dalam sesi ni mula-mula pihak London ukur lilit dulu bahagian-bahagian badan yang harus dikecilkan seperti kat paha, perut, pinggang dan lengan.  kemudian aku kena baring dan dipasangkan alat kat bahagian-bahagian tersebut.  alat ni akan menghasilkan getaran menggunakan kuasa elektrik.  sesi ni adalah untuk pecahkan lemak.  dalam setengah jam jugaklah sesi ni.  lepas selesai sesi ni bahagian-bahagian tersebut akan diukur semula.  memang adalah juga perbezaannya.

dah selesai semua timbang lagi berat.  memang ada kuranglah daripada first aku timbang.  pas tu pakai baju semua dan sesi consultation semula.  pihak London ni tunjuklah hasil pengurangan berat dan pengecilan bahagian-bahagian tertentu tu.  kemudian dia ada bagi beberapa produk dia untuk digunakan.

adakah aku akan lanjutkan lagi treatment ni?  hehehe kalau korang jumpa aku dalam 3 bulan lagi aku dah slim memang aku lanjutkan lar kalau tak takde maknanya hehe.  apapun satu pengalaman yang berguna juga yang aku perolehi dengan treatment ni.


Lina

Thursday, July 21, 2011

London Weight Management

aku rasa dalam minggu lepas atau dua minggu lepas aku ada saja-saja hantar sms peraduan yang dibuat oleh London Weight Management...ala yang nak kurus-kurus badan ni hehe.  aku baca pasal peraduan ni dalam The Star.  alar senang sangat bendanya cuma suai padankan gambar.  dia ada letak 3 gambar selepas turun berat badan dan 3 gambar sebelum.  jadi suai padankan yang mana berkenaan.  aku pun saja-saja lar buat dan hantar jawapan dengan sms.  lepas tu biasalah aku tak berharap pun kan.  tup tup petang semalam ada dapat call dari headoffice dia kat KL.  Chinese yang cakapnya aku pulak masa tu tengah sakit perut jadi macam tak tumpu perhatian sangatlah.  yang aku ingat dia cakap aku dapat hadiah saguhati berupa produk dia berharga RM68, lepas tu percuma treatment bernilai RM300 dan voucher bernilai RM300.  untuk treatment percuma tu dia suruh aku bagitau bila tarikh aku boleh buat sebab nak setkan terus appointment.  katanya treatment tu selama 3 jam jadi haruslah buat hari cuti kan.  aku pun malas nak fikir panjang cakaplah hari Ahad ni.  so, untuk confirmkan katanya hari ni nak call semula.  kat Kuantan ni tempatnya kat Megamall.  korang rasa aku patut pergi tak?  rasa-rasa boleh percaya ker?  manalah tau tiba-tiba kat sana ada yang kena bayar ker.  aku ni tak biasa benda-benda macam ni hehe.

Lina

Wednesday, July 20, 2011

Kursus Pengurusan Mesyuarat

Brosur kursus

ok jangan muak ye kawan-kawan dengan entry tertunggak aku ni hehe.  dah lama ada dalam draf cuma tak publish je lagi.  ini cerita yang telah berlaku dalam bulan Jun lepas.  aku berkursus di INTAN Kemaman selama 3 hari yang pada masa yang sama en khairol outstation di KL sempena SUKMA 2011.  seronok juga kursus ni sebab tak stress sangat.  malam pun takda kelas.  pengajarnya pun taklah tegas sangat.  kalau dah habis segala yang diajar tu kelas boleh bersurai. 
setelah 3 hari berkursus berjaya menggenggam sebuah sijil hehe

Lina

Wednesday, July 13, 2011

Rezeki Hari Keluargaa

Inilah hadiah-hadiah yang kami dapat (sebenarnya en khairol dan qistina yang dapat) hehe.  dalam paper bag tu cabutan bertuah untuk AJK.  hamper tu cabutan bertuah untuk semua.  bertuah kan en khairol ni.  kalau aku tak adalah nak merasa huhu.  yang kotak kat depan tu hadiah en khairol sebab johan sukan bowling kelapa.  yang dua hadiah kecil tu qistina punya saguhati sukaneka.  hadiah aku?  hehe aku tak masuk acara apa pun sebab sibuk mengejar si amsyar...dah camne?


ohhh ini barangan yang ada dalam paper bag tu.  semua produk daripada FAMA.  i likeeee!!!

Lina

Hari Keluarga dan Sukaneka


dalam bulan Jun yang lepas KRT kawasan rumah aku ada anjurkan Hari Keluarga.  program berlangsung pada hari Ahad.  nak tak nak kena juga libatkan diri ye lar masa ni lah nak berjumpa dengan jiran tetangga.  kalau tak sibuk jer pergi kerja pagi, balik petang dah gelap memang tak jumpa sesiapa lar.  lagipun en khairol pulak Timbalan Pengerusi KRT jadi tak sedap sangatlah kalau tak pergi kan hehe.


seperti biasa yang meriah bila Hari Keluarga ni adalah acara sukaneka untuk kanak-kanak.  sekarang ni qistina dah ok bila suruh join main sukaneka ni.  mungkin sebab dah beberapa kali dia dapat hadiah, seronok agaknya tu.

yang di belakang qistina tu member lama dia, nurul.  sebelum family aku dan family nurul berjiran tapi diorang dah pindah ke rumah sendiri tapi tak jauh juga perumahannya.  disebabkan ayah nurul ni masih lagi jadi ahli KRT taman aku ni jadi dijemput jugalah hadir.


urusetia tengah memberi arahan.

amsyar yang tak duduk diam. 

acara bawa telur dalam sudu.  tak menangpun tapi dapat juga hadiah saguhati.

ini time makan.  pihak urusetia sediakan mee goreng dan puding.  air sepanjang masa ada.

ini aku tak ingat acara apa.  tengok amsyar tu pun nak join sama tak padan ngan kecik hehe.

ucapan daripada YB. Pang Tsu Ming yang sudi hadir memeriahkan program dan memberi hadiah kepada pemenang.

seronok juga sekali-sekala buat Hari Keluarga macam ni.  baru kenal jiran tetangga yang selama ni kalau jumpa hanya sempat senyum jer tak sempat nak bertanya khabar semua.  harap-harap tahun depan acara macam ni dapat diadakan lagi. 


Lina

Kad Jemputan Kreatif


sekarang ni macam-macam jenis, bentuk kad kahwin.  baru-baru ni terlihat kad kahwin yang kawan sepejabat dapat.  bentuk kotak jer dan di dalamnya surat jemputan kahwin yang digulung macam sijil.  kreatif kan orang-orang sekarang.


Lina

Sibuk

banyak sungguh aktiviti aku sepanjang minggu lepas membataskan aku untuk menjenguk blog kesayanganku ini dan juga blog kawan-kawan semua.  minggu ni pun masih lagi menyelesaikan saki-baki kesibukan aku.  insyaAllah bila dah kurang sikit kesibukan tersebut aku akan kembali semula ke alam blogging ni.  terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi menjenguk walaupun tiada entry terbaru.  i misssssssssssssss blogging.

Lina

Sunday, July 3, 2011

Happy Birthday To Me and You

Happy Birthday To You
This Is Your Day
On This Day For You
We're Gonna Love You In Everyway
This Is Your Day... Your Day
Happy Birthday To You

Happy Birthday To You
You're Still Young
Age Is Just A Number
Don't You Stop Having Fun
This Is Your Day... Your Day
Happy Birthday To You

This Day Only Come
Once Every Year
Because You So Wonderful
In Each and Everything You Do

This Day Is Only For You
Cause You So Special In Everyway
Happy Birthday To You

- NKOTB

hari ini 3 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran aku yer kawan-kawan...sila tepuk tangan!!! hehe cam budak-budak lak.  meningkat lagi usia aku.  alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi peluang kepada aku untuk masih lagi bernafas di bumiNya ini.  agak terlambat sedikit aku menyiarkan entry ini kerana aku baru sahaja sampai ke rumah dari Kuala Medang, Lipis.  cerita pasal lawatan aku ke sana akan aku ceritakan nanti. 

di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Happy Birthday juga kepada Firdaus iaitu anak kepada blogger Attyfir pada tarikh ini juga.  tahun ni kak ty bagi hadiah apa pada fir ye hehe.

Happy Birthday juga kepada semua blogger yang tarikh lahirnya pada 3 Julai ye.

Lina