Tuesday, May 31, 2011

Jawatan Kosong

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll ke bawah

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menawarkan beberapa jawatan kosong untuk dipohon.  Jawatan-jawatan tersebut adalah :-

1) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 - 4 kekosongan

~ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
~ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2) Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 - 1 kekosongan

~ STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
~ Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
~ Diploma Ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3) Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 - 4 kekosongan

~ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
~ Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 - 2 tetap/3 kontrak

~ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)


5) Pekerja Awam Gred R1 (1 kekosongan)

~ Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
~ Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
~ Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

UMUR :-

i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan KPSL hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
iii) Bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

Kepada yang berminat untuk memohon bolehlah mendapatkan borang di Pejabat MUIP sendiri ataupun memuat turun borang tersebut di laman web MUIP di http://www.muip.gov.my/.

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
26600 PEKAN.

Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2011

Lina

Souvenir Dari Medan



baru-baru ni ada member ofis aku pergi ke Medan.  seperti biasa ada lar souvenir yang dibawa balik.  terima kasih kepada si pemberi.  bertambah lagi koleksi keychain aku :)
Lina

Makan-Makan Lagi Di Monrods








aku mulakan entry aku kali ni dengan gambo.  ye lar nak bagi korang terang mata dulu baru boleh baca entry aku ni hehe.  ok ini cerita masa cuti Hari Pekerja dulu.  dah lama dah.  cuti lama kan jadi along (kakak sulung aku) ada balik.  dia suggest makan kat Monrods.  ohhh memang rezeki lar sebab kalau ikutkan masih baru lagi makan kat situ.  kebetulan pulak abang aku yang nombor dua pun balik.  memang meriah lar.  ajak sekali tunang adik aku untuk meramaikan lagi korum hehe.  hari tu aku cuba Chicken Chop kan so kali ni aku try Spaghetti Bolognese.  sedap juga, bolehlar tahan.  yang lain-lain ada yang makan Chicken Chop, mak ayah aku surelah makan Nasi Ayam kan.  abang aku lak try Lamb Chop.  aku pun ada rasa sikit tapi kureng lar sebab masih ada rasa hamis kambing tu.  melekat-lekat kat tekak aku.  sebenarnya jarang sekali famili belah aku ni nak makan ramai-ramai kat luar sebab adik-beradik aku ni semua duduk jauh-jauh.  cuma aku dengan adik aku jer masih kat Kuantan ni.  disebabkan itu jarang sangatlah berjumpanya.  tunggu cuti panjang atau masa Hari Raya.


Lina

Wednesday, May 25, 2011

Segmen Bloglist AbgTeror Tanah Tumpah Darahku



jalan-jalan kat blog en ayen terbaca pasal segmen yang dianjurkan oleh blog abgteror.  cam best jer nak join.  lagipun senang aje cuma jawab beberapa soalan.  ok mari kita tengok soalan-soalannya.

1. Dimana anda dilahirkan?

Aku dilahirkan di Kuantan, Pahang.
2. Dimana anda dibesarkan?

Dibesarkan juga di Kuantan, Pahang.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.

Sudah semestinya negeri Pahang Darul Makmur.

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

Aku pilih negeri Pahang Darul Makmur ni sebab aku dilahirkan dan dibesarkan di negeri Pahang.  Bekerja di negeri Pahang, bertemu jodoh pun dengan orang negeri Pahang jadi dengan tidak ragu-ragu sudah semestinya aku pilih negeri Pahang.

ok semua soalan dah dijawab.  harap-harap dapatlah diterima  kepada sesiapa yang berminat dan inginkan maklumat lanjut bolehlah pergi ke blog http://abgteror.blogspot.com.

Lina

Air! Air! Air!

dari semalam lagi kat rumah aku tak ada air.  dahlah semalam aku cuti tup tup takde air lak.  mula-mula ingatkan kawasan rumah aku saja tapi bila selidik-selidik hampir seluruh Kuantan tak ada air.  apakah masalahnya?  kenapa tak ada hebahan?  ke aku jer tak tahu tapi rasanya tak ada pemberitahuan pun pasal tak ada air.  ke ada antara korang yang dah tahu memang tak ada air.  cer cerita sikit.  kalau memang betul tak ada hebahan memang melampau lar.  kalau macam aku ni duduk berempat, anak kecil lagi bole lar nak survive dengan air tangki tapi kalau dah masuk hari ketiga nanti tak tahulah.  cuba bayangkan yang keluarga ramai tu camne?  kalau pihak JBA hantar bekalan air tak apa juga ni tak ada pun.

gambar dari google

dahlah sekarang ni kat ofis tak ada air.  ada sekejap pagi tadi jer huhu.  masjid besar pun tak ada air ni.  adusss camne nak buang hasil perkumuhan tu semua?  takkan nak tahan sampai ke petang.  mampus den!  air oh air! bilalah kau nak ada semula.  betullah kata orang tak ada elektrik tahan lagi tapi kalau tak ada air memang haru biru. minta-mintalah petang ni dah ok seperti biasa, insyaAllah.

Lina

Monday, May 23, 2011

Air Asia Big Sale!


Air Asia buat promosi lagi!  harga tiket dari RM0.10 sen sahaja.  giler murah!  rasa cam nak booking jer tapi dengarnya hari ni sesak sikit.  emm nak pergi mana yer? rasanya dalam Malaysia jer kot, Kuching ke, KK ke.  Miri atau Labuan pun ok juga.  nantilah nak discuss dengan en khairol :))

Lina

Yong Tau Fu Sedap

aku dah lama nak kongsi dengan korang tempat makan yang selalu aku pergi kalau nak makan yang light light jer di Kuantan ni.  ok kat dalam gambor tu tulis steambot kan tapi aku rasa sesuai panggil yong tau fu kot.  ok kedai yong tau fu ni terletak kat Jalan Darat Makbar.  diapit kiri dan kanan kedai Samad Cendol dan kedai char kue teow.  bangunan kedai ni betul berhadapan dengan stesen minyak Petronas.  memang senang lar nak cari.  aku nak bagi nama kedai yong tau fu ni pun susah juga sebab kedai ni tak letak signboard.  waktu perniagaan dari lepas maghrib kira-kira pukul 7.30 malam sampai pukul 11 atau 12 malam.  kalau korang pergi waktu siang kedai ni tutup jangan marah aku ek sebab kedai ni memang buka sebelah malam sahaja.

kalau rasa tak kenyang makan yong tau fu sahaja boleh order makanan lain.  menu lain yang ada adalah mee/meehun/kuetiaw kari, nasi lemak, mee/meehun/kuetiaw sup dan nasi air.  ini sahaja yer menunya kalau korang minta masakan panas memang tak ada tau tapi boleh saja kalau nak order daripada kedai char kue tiaw di sebelahnya.  kalau nak order cendol atau ABD boleh order dari kedai Samad Cendol.  boleh saja nak order sebab diorang tak ada nak marah-marah, dengki mendengki ni.
inilah favourite aku kat situ meehun sup.  memang marvellous.

ditambah dengan lada kicap yang kaw punyer.


yong tau fu yang diorder.

yang specialnya yong tau fu kat sini terletak pada sosnya.  ada 2 jenis sos iaitu sos pedas seperti dalam gambar di atas.

ini pula sos manis.  sesuailah untuk budak-budak atau korang yang tak tahan pedas.

selalunya memang ramai sangat customer kat kedai ni.  kebanyakannya memang pelanggan tetap sebab setiap kali aku pergi mesti ada jumpa orang yang sama.  so kalau korang nak try bolehlah pergi yer.

Lina

Resepi Pancake Yang Mudah

nak share ada satu pagi hari Ahad hari tu aku buat pancake untuk anak-anak.  inilah hasilnya dari carian google aku.  mudah sangat nak buatnya, qistina pun kata sedap.  oleh kerana sirap maple tak ada jadi aku makan dengan peanut butter coklat jer.  sedap juga.  ok kalau nak resepinya boleh pergi ke blog http://suzikhai.blogspot.com/2010/02/resepi-pancake.html.


Lina

Berkelah Bersama Si Buah Hati

ini kisah beberapa minggu lepas, tak silap aku hari Sabtu.  orang lain cuti tapi en khairol kene kerja lak, boring jer rasa.  masa masak makan tengahari untuk anak- anak, si qistina asyiklah ber-rapping kat telinga ni, ayah pergi mana, lambat lagi ker balik, adussss tension betul gue.  tinggg! tiba-tiba keluar mentol kat atas kepala aku membawa idea hehe.  apa kata masak-masak, lepas tu bawa pergi tempat kerja en khairol.  kan ke ofis dia dekat dengan Taman Bandar boleh berpiknik-piknik.  qistina bila dengar nak piknik suka sangatlah dia.

lepas siap masak, packing sumer dalam pukul 1.00 aku pun geraklah dari rumah.  dekat jer dengan ofis en khairol, dalam 5 minit sampailah.  aku masak simple jer, kari ayam, kangkung goreng belacan, ikan sepat masin dan telur goreng.  oppss lupa sambal belacan.  pas tu aku buat air sirap limau.  sampai ofis en khairol, ambil dia dan terus ke Taman Bandar.  suka betul en khairol sebab kira surprise lak dia kata aku bawa makanan untuk dia.


budak yang taknak dah disuapkan makan.  nak makan sendiri konon dah besar lar tu.

Taman Bandar yang tenang.  kalau petang-petang hari ni ramai dah orang.

sempat lagi budak 2 orang ni main

muka budak yang happy sebab dapat piknik dan dapat makan bersama ayahnya

dah siap-siap makan sumer hantarlah en khairol semula ke ofisnya.  sempat juga aku tunggu jap tengok kejohanan bola jaring.  sebenarnya en khairol kene kerja sebab kejohanan ni lah.  ohhh dia sedaplah dapat cuci mata hehe.  aku tak tengok sampai habis pun sebab si amsyar dah meragam nak tidur.

 
Lina

Thursday, May 19, 2011

Kad Comel


jangan salah faham yer aku bukan nak jemput kenduri kahwin hehe.  cuma nak share jer dengan korang ada kad jemputan kahwin kat ofis aku ni.  aku suka sangat dengan kad tu sebab comel sangat, kreatif.  zaman sekarang ni ada macam-macam pilihan kad yang cantik, comel dan kreatif.  cuma sedia duit jer.
Lina

Kenduri Makan Hidang


dulu-dulu masa kanak-kanak kalau pergi kenduri kahwin style makanan terhidang di atas meja. kalau ada satu-satu lauk tu habis boleh tambah.  tak adalah macam sekarang makan style buffet tapi mana nak jumpa dah style makan hidang macam tu zaman sekarang ni.  sekarang ni kalau kenduri kahwin kat rumah ataupun kat dewan memang dah buat style buffet.  kalau buat kat hotel lagi lar pulak kan dengan protokolnya. 

baru-baru ni adik lelaki kepada biras aku kahwin.  isterinya orang Kampung Ubai.  kami memang dah tau style orang Kampung Ubai buat kenduri bergotong-royong masak dan makan berhidang.  jadi apa lagi masa kenduri tu belasah lar cukup-cukup hehe.  belasah tu tak adalah bila lauk habis asyik suruh tambah jer tapi kiranya memang seleralah makan.  lauk-lauk lak sedap especially opor daging lar.

tak taulah kalau lepas ni masih ada lagi ke tak buat style kenduri cam tu.  camne agaknya yer kenduri kahwin tahun 2020.  mungkin akan terjadi buat kenduri style high tea jer.  siapa tahu kan?

Lina

Wednesday, May 18, 2011

Tema Merah Hitam

hujung minggu ni ofis aku ada buat Family Day sekali dengan dinnner semua tu.  ada pulak buat tema untuk dinner tu merah-hitam.  tak kiralah pakai baju apa tapi warna tema merah-hitam.  jadi dalam minggu lepas dan minggu ni asyik fikir pasal merah-hitam je lar.  pas tu saja-sajalah google nak tengok dress yang warna merah-hitam.

cantik kan dress merah tu...berkenan sungguh lar

ohhh ini seksi sikit sebab style cheong sam tapi menarik juga

ini dress pengantin ni tapi padanannya memang dah ngam

ni pun cantik sempoi jer tapi singkat lak hehe

yang ni comel...sesuai untuk qistina

hasil daripada carian kat google ni...cuma nak cuci mata jer.  aku takde lar nak shopping bagai untuk menepati tema.  mungkin aku pakai dress yang sedia ada jer sebab memang ada dah warna tu.  apa pun apa salahnya kan nak bershopping.  sekali-sekala nak bergaya tak salah.

Lina

Friday, May 13, 2011

Jom Lepak Di Bangku Kosong

ohh ada lagi segmen yang aku nak join.  ok kali ni segmen ni dianjurkan oleh Bangku Kosong.  segmen ni khas untuk blogger yang blognya  kurang daripada 500 follower.  jadi memandangkan blog aku ni layak hehe jadi aku nak join lar.  senang ajo nak joinnya tak payah nak tulis banyak-banyak pun.

cuma letak gambor ni jer.

kalau nak tulis panjang-panjang pun boleh ajer.  tak marah pun hehe.  tarikh tutupnya pada 13 Mei 2011.  ha ada 4 hari lagi so jomlah ramai-ramai lepak kat Bangku Kosong!

kalau nak tau lebih details klik ajer kat gambor di atas tu yer.


Lina

Wednesday, May 11, 2011

300!

buka blog hari ni rasa seronok sebab followerku dah melepasi angka 300!  haha orang lain dah beribu riban dah follower aku yang seciput ni pun nak kecoh.  eh 300 tu banyak tu tau bukan senang nak dapat.  300 tu pun belum tentu senang nak blogwalking hari-hari yer. 

terima kasih banyak-banyak kepada Jerung Gergasi kerana menjadi follower yang ke 300 itu.  ohhh awak tengah study kat UMP yer.  semoga berjaya mendapat master yang diidamkan tu.  juga terima kasih juga kepada Fauzie Jasmani, Misz Athiqah, BungaItuCantik, Jahidih Saili dan Bangku Kosong kerana menjadi follower yang seterusnya.

ohhh jangan ingat aku lupa pada follower follower yang lain.  kepada semua follower yang aku tak sebutkan tu janganlar marah yer...aku ingat kat korang semua.  terima kasih banyak-banyak kerana follow blog aku yang tak seberapa ni. korang semua memang the best!

Lina

Tuesday, May 10, 2011

Award

baru kejap blogwalking kat blog azian muhammad nak tengok entry pasal Rengit, baru perasan yang dia ada bagi award kat aku.  adusss camner boleh tak perasan ek...nampak sangat dah baper hari tak jenguk blog azian ni hehe.  sorry yer azian memang betul pun masa cuti Sabtu Ahad tu memang tak bukak langsung laptop...hari semalam pun tak.  hari ni baru ada masa sikit.  sorry sekali lagi yer :))

untuk azian terima kasih banyak-banyak atas pemberian award tu.  seronok rasanya dapat mengenali yan walaupun di alam blogging jer.  moga satu hari nanti dapat juga kita bertemu yer.


nak bagi saper yer award ni pulak.  emmm untuk lebih adil aku rasa aku nak bagi award ni kepada semua rakan-rakan blogger yang sentiasa menjenguk dan membaca blog aku ni.  harap-harap korang sudi menerimanya.


Lina

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

jalan-jalan kat blog iedaluvsham terbaca pula ada satu segmen yang dianjurkan oleh Aried iaitu Segmen Khas ar-rifke.com l Pencarian 100 Top Blogger Baru.  cam best jer pulak tu ada review yang mantop daripada ieda masa join segmen Aried yang dulu-dulu. 

ok sebelum tu mari kita tengok apa  tujuan segmen ni dianjurkan oleh Aried.  
v
v
v
1) Berkenalan dengan blogger baru.

2) Merapatkan diri dengan blogger baru.

3) Memudahkan kita sesama blogger berkenalan antara satu sama lain iaitu sama ada sesama kita mahupun dengan rakan-rakan bloggers yang lain.

Harapan Aried melalui segmen ni adalah supaya segmen ini akan mendapat sambutan oleh rakan-rakan bloggers sekalian dan semoga kita sama-sama dapat menjadi bloggers yang terbaik di kalangan top bloggers!

baiklah apa perlu dibuat untuk menyertai segmen Aried ni yer.

Buat 1 entri khas bertajuk “Segmen Khas ar-rifke.com
Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru”. Nyatakan:

1) Berapa lama dah blogging.

Lebih kurang 4 tahun

2) Kenapa suka blogging.

Saya suka menulis dan suka membaca blog-blog yang lain.  Di samping itu dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain yang ada antaranya tinggal berdekatan jer, satu bandar, satu daerah, satu negeri.  Jadi saya rasa blogging ni dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

3) Blog kamu mengenai apa.

Lebih kepada personal life dan ada juga mengenai isu semasa.
4) Harapan dalam dunia blogging

Harapan saya agar blog saya semakin dikenali dan diikuti dan memberi impak kepada dunia blogging ini, insyaAllah. 

oh yer di blog Aried juga sedang berlangsung contest Kahwin Oh Kahwin.  hadiahnya memang lumayan gitu...bernilai RM700!  sape yang berminat bolehlar join sebab tempohnya agak lama iaitu 2 bulan. 

ok dah siap.  harap-harap dapatlah masuk list yer.

Lina

Thursday, May 5, 2011

Harga Minyak Naik Lagi Dan Lagi...Dan Lagi...Dan Lagi...

RON97 naik 20 sen menjadikan RM2.90 seliter. 

RON95 masih kekal RM1.90. 

bermula hari ini.

itu sahaja, sekian.

Lina

Ibu Kehilangan 3 Anak/2 Anak Kehilangan Ibu

ada 2 berita yang menarik perhatian aku pagi ni di Berita Harian.  persamaan antara kedua-dua berita tersebut adalah kedua-dua mangsa adalah ibu tunggal.  berita pertama seorang ibu kehilangan 3 orang anaknya serentak akibat lemas di dihanyutkan 'kepala air' di Hutan Lipur Ulu Bendul.  sedih sangat aku baca...bergenang air mata nak nak lagi ada gambar 3 beradik tersebut tengah tidur.  dahlah semuanya kecik kecik lagi.  dalam berita hari ni baru jumpa 2 orang.  tak taulah kalau dah jumpa yang ketiga. 

berita kedua pulak seorang ibu tunggal meninggal dunia ditikam oleh teman lelaki yang cemburu dan panas baran di Bukit Mertajam.  meninggalkan 2 orang anak berusia 7 dan 5 tahun.  ya Allah siannya anak-anak tersebut.  cerita selanjutnya boleh baca di sini http://www.bharian.com.my/articles/Lelakicemburutikamtunangbertubi-tubidistesenminyak/Article.  kenapa manusia sekarang ni begitu kejam...sikit sikit bunuh, tak puas hati sikit bunuh...marah sikit bunuh.  mudahnya mengambil nyawa manusia...dah tak ada harga dah nyawa manusia sekarang ni.

Lina

Tuesday, May 3, 2011

Rambut Pendek Qistina

saje jer tepek gambo qistina ni sebab nak nunjuk rambut baru dia hehe.  baru tak baru juga adalah dekat sebulan dah.  cantik tak?  bukan saje saje nak potong pendek rambutnya...sayang juga tapi 'terpaksa' hehe.  sebab musabab tu 'biarlah rahsia' huhu.

apa pun tetap cute gak ek berambut pendek.  yang pasti aku lar untung sebab pagi pagi takyah dah nak mendandan bagai rambut dia...cuma sikat jer zas zas zas...siapppp :)

Lina

Kelas Deko Cupcake

dalam awal bulan april lepas, aku telah mengikuti satu kelas deko cupcake.  kelas ni diadakan secara percuma saje sebab deko je kan bukan buat dari mula, adun, bakar kek tu.  cuma deko saja.  tujuan cikgunya tu buat percuma sebab nak kenalkan diri dia dan kelas-kelas yang akan dibuat pada masa akan datang.  aku ni pun saja jer pergi join sebab free kan bile lagi ye dak hehe.  oh yer kelas ni dibuat kat Panching Selatan.
ini banner kelas tu.  aku nampak banner ni kat persimpangan traffic light di Indera Mahkota.  daripada situlah aku tau pasal kelas ni.

rupa cupcake sebelum dihias cuma diletak buttercream ajer.  setiap seorang diberi enam biji cupcake.

inilah hasil tanganku yang tak berapa nak seni ni hehe.  ada beberapa lagi design tapi ini yang final punyer...dah katanya setiap orang 6 biji kan jadi 6 biji tu lar yang dikerjakan hehe.  emmm yang pasti bawa balik rumah anak aku makan keknya jer hiasan sumer tu buang dalam tong sampah jer...huhu penat mama design tau tapi nak buat camno mmg buttercream tu manis sangat.  aku pun tak makan.

Lina

Sunday, May 1, 2011

Gegar Bersama Blogger Kuantan

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll ke bawah

ini adalah hasil berblogwalking kat blog kak ieda.   idea daripada kak ieda bersama KAK SARAH NAJWAN diorang nak buat 'Gegar Bersama Blogger Kuantan'.  Selain daripada boleh togeder-geder, boleh juga merapatkan silaturahim.  oleh sebab mungkin tak dapat join sebab dah ada program yang dah set lebih awal jadi aku tolong promote lar yer kepada blogger-blogger Kuantan dan yang mungkin ada di Kuantan pada tarikh di bawah ni.

TARIKH: 1 MEI 2011

TEMPAT: TAMAN BANDAR- DEKAT PERMAINAN KANAK-KANAK

MASA: 3.30 PETANG

CADANGAN: BUAT POTLUCK

semuanya dialu-alukan untuk join bersama family masing-masing.
kepada blogger yang berminat bolehlah bagi nama korang pada sarah-najwan ataupun kak ieda yer.

Nota : copy dari blog kak ieda

Lina