Saturday, April 30, 2011

Contest Pertama Asterisk Boutique & Adzrien Shoppe


Contest pertama yang ditaja sepenuhnya oleh Asterisk Boutique bermula 15 April hingga 30 April 2011 ini.

jalan-jalan kat blog kawan-kawan terjumpa contest ni.  terasa lak nak join sebab senang ajer.  nak bagi rasa semangat sikit kita tengok dulu apa hadiahnya yer.

Tiga(3) voucher dari Asterisk Boutique
yang bernilai RM30 setiap satu
untuk tiga(3) orang pemenang.

ok dah rasa semangat sikit... dah berkobar-kobar dah...

ni nak cerita sikit pasal penaja contest ni.  ye lar nak masuk sangat contest kan tapi takkan tak ambil tahu pasal penaja kan.  oklah Asterisk Boutiqe ni pemborong dan peruncit bagi tudung-tudung di bawah 'Asterisk's Label'.   tudung-tudung ni pulak daripada pelbagai fabrik seperti cotton, chiffon dan jacquard.  oh yer tudung-tudung yang dijual ni hanya eksklusif di Asterisk Boutique je tau!  memang cantik-cantik tudung-tudung yang dijual tu dan harganya berpatutan.  apa kata korang terjah blog Asterisk Boutique ni untuk menjamu mata korang dengan tudung yang cantik-cantik tu.

Adzrien Shoppe pun lebih kurang sama menjual tudung, telekung dan beg telekung secara online.  di samping untuk kecantikan luaran, untuk dalaman pun ada dijual jamu.  bila menjenguk ke blog Adzrien Shoppe ni memang suka sangat sebab barangannya pun cantik-cantik belaka especially beg telekung.  jadi apa tunggu lagi haruslah korang terjah sekarang!

kalau korang berminat nak join contest ni korang klik jer kat banner di atas tu yer.

Lina

Friday, April 29, 2011

Cuti Itu Nikmat

SELAMAT PAGI SEMUA!!!! hari ni aku cuti...heavennya :))...boleh bergolek-golek...bermalas-malasan...haha tapi korang kena kerja ek...jangan mareee ;)

oh yer kita cuti panjang kan minggu ni sampai ari Isnin sebab 1 Mei Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad.....jadi aku nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA dan SELAMAT BERCUTI!!!



Lina

Thursday, April 28, 2011

Souvenir

mula awal tahun ni ada beberapa orang member ofis yang pergi berjalan ke oversea.  bukan anjuran ofis tapi yang pergi sendiri...bercuti dengan family bagai.  selalunya bila balik ada lar souvenir yang diorang bagi.  cam dah jadi kewajipan lak kat ofis aku ni setiap kali ada yang pergi berjalan apa mesti bawak balik souvenir bagi sorang satu.  ni nak kongsi lar apa souvenir yang diorang bagi.

ini aku tak taular nak panggil apa tapi rasanya cam bole buat penanda buku lar.  diberi oleh sorang pegawai kat ofis aku ni sebab dia pergi ke Pnom Penh, Cambodia.


ok yang keychain tu diberi oleh sorang CC aku ni sebab dia pergi bercuti dengan family dia ke Bandung.  yang satu lagi tu 'baju' handphone diberi oleh CC aku juga...ofis aku ni ramai CC hehe sebab dia berjalan ke Guang Zhao, China.

best kan diorang berjalan ke oversea.  bila lar lagi aku nak ke oversea.  terkenang-kenang masa ke Bandung tahun lepas huhu.  terima kasih yer kepada pegawai aku dan CC kerana mengingati aku dan kawan-kawan ofis yang lain (macamlah diorang baca blog aku ni hehe).


Lina

Apakah Anda Rasa Apa Yang Aku Rasa?

wahhh tajuk macam lirik lagu lak :)).  sebenarnya aku nak luahkan perasaan jer.  aku rasa sekarang ni kos sara hidup dah makin tinggilar.  ok macam aku ni, gaji bersih yang aku dapat (ini yang setelah dibuat potongan sedia ada) nak kata banyak sangat pun tak juga, nak kata sikit sangat macam tak bersyukur...pendek kata sederhana.  gaji bersih tu pulak ada tolak lagi hutang-piutang yang tak termasuk potongan sedia ada (adusss kalau tak ada hutang memang tak sah).  jadi yang tinggalnya itulah nak buat belanja seharian, nak isi minyak, nak simpan ker ape.  Macam RM50 sekarang ni satu hari jer boleh habis, belinya takde ape pun nampak...RM50 tu dah sama taraf dengan RM10 dah.  kiranya duit gaji tu memang cukup-cukup jer untuk mendapat gaji bulan berikutnya.  kadang-kadang baru tengah bulan pun dah tercungap-cungap.  ada tak antara korang yang rasa macam apa yang aku rasa?  ker aku yang tak pandai nak atur perbelanjaan?  tapi itu lar yang aku rasa.  kalau gaji naik pun aku rasa tak ada beza sebab harga barang pun seiring jer naik tanpa kita sedar.  ape kata kita kongsi cara perbelanjaan masing-masing.  mana tau boleh dapat idea dari situ kan?


Lina

Qistina Dan Uniform Tadikanya


aku ada bagitau dulu-dulu yang aku nak share gambar qistina dengan uniform tadikanya kan?  berzaman ek nak letak gambo tu hehe.  so inilah dia uniform tadika qistina...serba pink...beg pun pink.  uniformnya tu saiz L tapi sekarang dah singkat...dah atas lutut.  jadi disebabkan qistina pun rasa segan-segan dah nak tunjukkan betisnya tu (tapi seluar 3 suku pakai lak camner tuh hehe) dan aku tak berapa berkenan gak sebab kalau duduk ker aper memang nampak tak senonoh jadi aku belilah seluar panjang kaler pink dan hitam untuk dipadankan dengan uniformnya tu.  lagipun cikgunya cakap ok jer nak pakai seluar.  hari Isnin hingga Khamis pakai uniform pink tapi hari Jumaat ada baju jasmani, tshirt kaler oren dan seluar track kaler biru gelap.  kemudian ada bekalkan baju biasa untuk salin dan tuala.  kan ker qistina duk sampai petang jadi lepas habis semua kelas...kelas belajar biasa dan kelas fardhu ain...pas tu salin baju biasa je lar untuk main kat luar lak sementara tunggu aku atau en khairol datang ambil.  macam tu lah rutin family aku bermula tahun ni.  bila dah start sekolah Darjah 1 nanti lagilah sibuk ye dak.
Lina

Tuesday, April 26, 2011

Makan-Makan Di Restoran Mon Rods

setelah beberapa kali cuma lalu sahaja...sabar jer dalam hati bile lar nak masuk...akhirnya malam tadi langkahkan kaki jua ke bangunan merah kelabu tu.  sebenarnya masa mula-mula bangunan ni diubahsuai memang aku dah tertarikh dah dengan kalernya tu.  ohhh aku pergi mana sebenarnya ni yer?  sebenarnya setelah lama memendam rasa chewahhh...dapat juga aku makan kat Restoran Mon Rods hehe.

mementanglah semalam hari gaji ye dak terus makan kat kedai ngeh...ngeh.  ok lar restoran ni agak baru juga beroperasi.  terletak kat Jalan Mahkota, betul-betul berhadapan dengan HSBC.   senang jer nak jumpa sebab kalernya memang lain dari yang lain merah kelabu gitu.  yang jadi excited terlebih tu Mon Rods ni ada bagi diskaun untuk staf government cam aku ni.  walaupun tak banyak cuma 10% tapi oklar tu kan.  kalau jadi member Mon Rods ni pun akan dapat diskaun 10% juga.  pas tu bila dah ada kad member ni...bila tiba bulan hari lahir kita...sepanjang bulan tu bila makan kat Mon Rods akan dapat diskaun 5% pulak.  haaa kan best tu...banyak juga diskaunnya.  ohhh yer kalau nak jadi member bayar RM10 saje untuk sepanjang hayat.   wahhh panjang lebar aku promosi ni.  ni Mon Rods kena bagi komisen ni hehe.

inilah rupanya Restoran Mon Rods

bahagian atas restoran ni dibuat hotel yer...Espikay Hotel...harga bilik tak pastilah pulak sebab aku tak survey :)

ruang dalaman restoran

buku menu

inilah yang aku makan malam tadi...Mushroom Chicken Chop.  harganya RM12.90 yer, en khairol pulak makan Black Pepper Chicken Chop.  harganya sama jer.  bagi aku memang sedap...puas ati lar sebab dah lama tak makan chicken chop yang sedap.  qistina lak makan Nasi Ayam D' Istana, sedap juga.  harganya RM7.30 kalau tak silap. 

oklah bagi korang yang nak try makan kat sini memang disyorkan.  selain daripada nasi ayam dan chicken chop, ada juga cucur seperti cucur bilis, roti bakar, spagetti dan juga makanan western yang lain.  servisnya pulak berdasarkan malam tadi bagi aku ok, taklah lama sangat menunggu.  pekerjanya pun ok.  bolehlar pergi lagi cuba makanan lain lak :).

Nota : gambar-gambar kredit kepada traveldine.blogspot.  aku tak ambil gambar sebab kamera aku kan dah semput.  adusss bile lar nak beli kamera baru huhu.


Lina

226th Birthday Of John James Audubon

buka google pagi-pagi ni ohhh tulisan google  dah bertukar jadi burung!  belek punya belek sebab apa jadi burung ghopernya ari ni adalah birthday John James Audubon yang ke 226.   wahhh lama tu.   sape lak John James Audubon ni ek?  buat lagi carian...oh dia ni merupakan seorang ornhitologist, naturalist, hunter dan painter.  burung-burung tu adalah hasil lukisan beliau.  memang cantik...macam real dia lukis.  kalau nak tau lebih detail lagi pasal beliau boleh baca kat Wikipedia.

gambar dari google

Lina

Monday, April 25, 2011

Lisa Surihani Bercinta Dengan Yusry KRU?

adakah berita ini benar ataupun cuma gossip-gossip kosong aje?  kalau benar berita ini memang meletoppsss lar.  ye lar Lisa Surihani kan artis wanita paling top masa ni dan Yusry pulak walaupun bukan lagi di ranking teratas popularitinya tapi masih lagi antara yang top.  wahhh kalau memang betullah bertambahlah lagi pasangan artis yang famous bercinta.  meh kita baca cerita selanjutnya di Beautiful Nara.

gambar dari google

p/s : abang Nara jangan sedih-sedih yer...

Lina

Adakah Monday Blues Atau Aku Yang Blues ???

ari Isnin aku selalu hadapi dengan mood ala-ala tak puas lagi bercuti.  dah cuti 2 ari free pun tak puas lagi?  tak puas memang tak puas...masa 2 hari tu lar nak pulun membasuh...ngemas...melipat...berjalan...pergi kenduri kahwin dan macam-macam lagi.  banyak tul agenda masa cuti ek?  ohhh cuti aku 2 hari ni banyak masa kat luar rumah jer.  makan pagi, tengahari, malam semua kat luar hehe.  malas betul ek tapi ye lar masa cuti lar nak berehat daripada memasak (macamlah selalu masak ;) ).  lepas tu ditambah lagi dengan pergi kenduri kahwin memang confirm tak berasap dapur hehe.

nantilah aku cerita pasal aku pergi kenduri kahwin tu sampai demam-demam dibuatnya qistina sebab mungkin cuaca terlampau panas kot.  jadi, hari ni tak pergi sekolahlah dia.  ngadu sakit kepala bagai.  sian pulak aku dibuatnya.  nasib baik adiknya ok.  kalau tak dah tentu hari ni aku pun ikut cuti huhu.


Lina

Friday, April 22, 2011

Budak 2 Tahun Lemas Dalam Kereta/Budak 2 Tahun Maut Disiram Air Panas

pagi-pagi lagi hari ni dah buat aku sentap dengan berita-berita cam ni.  yang aku pelik kenapa ada 2 versi yang berbeza pasal berita ni.  kalau akhbar lain-lain takpe juga tapi dalam Berita Harian juga.  sungguh... memang berbeza.  yang aku baca dalam Berita Harian yang kita beli tu ceritanya baby ni kena simbah air panas oleh teman lelaki ibunya dan ada kesan dera yang lama .  bila aku baca versi internet lak lain pulak ceritanya macam kat bawah ni tapi nama, tempat tinggal memang sama.

PENGANGGUR ditahan kerana mendera Hong Jun hingga mati di Taman Watan Ampang, pagi semalam. Gambar kecil Law Hong Jun.
 
Ibu, penganggur ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 20 bulan lemas selepas ditinggalkan secara cuai oleh ibu dan teman lelakinya dalam kereta selama beberapa jam di laman rumah mereka di Taman Watan, Ampang dekat sini, pagi semalam. Mangsa, Law Hong Jun turut mengalami kesan lecur dan melecet pada sebahagian tubuhnya dipercayai akibat suhu panas di dalam kereta. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang.

“Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Teman lelaki ibu bayi itu kemudian bergegas menghantarnya ke Hospital Ampang (HA) kira-kira jam 12.30 tengah hari, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati wujud kesan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak itu dan mengesyaki bayi berkenaan mati akibat didera sebelum membuat laporan polis.

“Namun selepas proses bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesahkan bayi itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen dan kesan lecur serta melecet yang ada di tubuhnya pula disebabkan kepanasan melampau kerana berada terlalu lama di tempat tertutup (kereta).

“Kita jangka Law meninggal dunia selepas jam 5 pagi tadi (semalam), dan ini bermakna bayi itu sudah mati lebih lima jam sebelum teman lelaki ibunya membawanya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, polis menahan ibu mangsa warga Thailand berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 35 tahun yang juga seorang penganggur dan berasal dari Pandan Indah, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Nota : kredit kepada Berita Harin

apa pun versi ceritanya memang aku sentap lar.  camner bole lupa kat anak pulak oi!  camner boleh sekejam tu pada baby yang amat comel tu.  pulak tu jangka masa diorang sedar pasal baby tu lama lar juga tak ke pelik, kan.  tak tahulah zaman sekarang ni, baby kecik pun dah dibuat macam barang buangan huhuhu. 

Lina

Earth Day

oh hari ini, 22 April adalah Hari Bumi yer kawan-kawan.  buka google pagi-pagi ni ada gambar yang menarik di situ.

SELAMAT HARI BUMI kepada semua!
sama-samalah kita menjaga bumi kita ni.  kita tinggal di bumi ni jadi dah jadi tanggungjawab kita untuk menjaganya.  jadi kurangkan pencemaran, elakkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pencemaran. 

Nota : gambar kredit kepada google

Lina

Thursday, April 21, 2011

Parking Oh Parking

ohhh hari ni mood sedikit down sebab aku didapati telah memparking (wahhh perkataan baru aper hehe) tempat parking orang lain huhu.  bukan aku sengaja pun nak parking tempat orang...kat SUK ni memang parking adalah amat...amat...amat...terhad.  ye lar staf makin bertambah tapi parking banyak tu je lar tak tambah-tambah pun.  dah lar tu kadang-kadang staf bangunan federal sebelah ni pun parking sama juga.  parking pegawai dah memang dah block awal-awal dah.  parking yang tinggal untuk staf bawahan ni ciputttt jer kene berebut-rebut lak siapa dulu dia dapat.

staf parking jer dah penuh camne bila pelanggan luar datang diorang nak parking memang bermasalah.  bagi aku lar kan SUK ni dah kena pindah ke tempat lain dah yang kawasannya luas sikit.  ari tu cam ada dah ura-ura nak buat baru tapi sampai sekarang nan adooo.  entah bile taun lar nak merasa bangunan baru tapi kan kalau korang tengok bangunan SUK ni memang sedih.  bangunan lama yang dah berpuluh tahun.  yang strategiknya sebab bangunan ni kat tengah-tengah bandar senang orang nak datang nak berurusan. 

kalau ada parking cam ni camner ek...gayattt!!!

emmm masalah betul lar dengan parking ni.  kalau ada LRT cam kat KL tu kan senang.  takyah susah-susah bawak kereta.  selesai masalah parking.  nampak gayanya esok kena berpusing lagi lar cari parking huhu.


Lina

Wednesday, April 20, 2011

'Kajol' sanggup mati pertahan imej lembut

2011/04/20


KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jafri, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Kajol', tetap mempertahankan imej berperwatakan 'lembut' walaupun ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kerana berpakaian tidak senonoh di sebuah ekspo, Jumaat lalu.
Malah Kajol sanggup mati daripada berubah menjadi lelaki sejati kerana beranggapan naluri wanita sudah sebati dengannya sejak beliau kecil lagi. “Saya tidak mampu untuk berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini," katanya ketika dihubungi di sini semalam. ‘Kajol’ ditahan penguat kuasa JHEAIK Jajahan Tanah Merah kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ketika persembahan di Tanah Merah, kira-kira jam 10 malam dalam Ops Insaf.
‘Kajol’ turut meluahkan kekecewaan terhadap tohmahan dan sindiran masyarakat disebabkan penampilannya yang memakai pakaian wanita terutama selepas kisahnya ditahan mendapat liputan meluas akhbar.

"Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan dan daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan," katanya.

‘Kajol’ dari suku Temiar Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang, berkata, keputusannya itu tidak menjejaskan karier kerana akan terus menghasilkan album dan membuat persembahan di luar Kelantan.

“Sudah 11 tahun saya menjadi penyanyi dan seingat saya, sudah 25 album saya hasilkan. Persembahan pula tidak terkira kerana setiap bulan jadual persembahan saya memang padat," katanya.

Ketika ditanya sama ada dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina, ‘Kajol’ enggan mengulas.

"Minta maaf, persoalan itu tidak dapat saya jawab kerana itu hal peribadi dan saya tidak akan dedahkan kepada sesiapa," katanya.


Nota : Kredit Kepada Berita Harian

p/s : kalau kat Kelantan populariti 'Kajol' ni melebihi Dato' Siti...memang glemer

Lina

Wednesday, April 13, 2011

Persidangan DUN Pahang Datang Lagi

sedikit bz minggu ni kerana seperti biasa dalam bulan 4 setiap tahun aku bertugas semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang.  jadi sepanjang minggu ni dan minggu depan aku sibuk dengan kerja-kerja sebagai petugas penyata rasmi.  ada masa terluang tapi taklah banyak sangat.  setakat buka blog, blogwalking tu bolehlah juga.  masa ni lah kalau nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan.  ok jumpa lagi yer!


Lina

Wednesday, April 6, 2011

Pemandu Lelaki vs Pemandu Wanita

sebenarnya malas nak komen pasal pemandu lelaki dan pemandu wanita ni padahal dalam seminggu dua lepas hangat juga topik ni.  terbaca pula surat pembaca kat Utusan Malaysia hari ni.  apa kata korang baca dulu surat pembaca tu kat bawah ni.

Benarkah pemandu wanita berbahaya?

SAYA terpanggil untuk mengutarakan pendapat mengenai sikap pemandu wanita di Malaysia.

Sememangnya diketahui wanita adalah pemandu yang berhemah. Tetapi berhemah tidak kena tempat.

Rata-rata yang saya lihat di jalan raya pemandu wanita tidak peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu kereta. Saya senaraikan beberapa sikap pemandu wanita yang saya lihat semasa memandu kereta.

* Memotong di lorong laju apabila kereta di belakang sudah dekat. Semasa kereta jauh ia tidak memotong.

* Bersantai membawa kereta di lorong laju. Bila hon untuk beri laluan kita pula dimarah balik.

* Tidak memberi laluan bila kita mahu menukar lorong. Jika pemandu wanita menukar lorong pula suka menukar lorong sesuka hati tanpa menghiraukan kereta di belakang.
* Memandu perlahan di lorong laju sambil menggunakan telefon bimbit.

* Apabila keluar simpang terus mengambil lorong kanan tanpa menghiraukan kereta yang datang dari arah belakang.

* Tidak berhenti di persimpangan jalan walaupun ada papan tanda berhenti.

* Memandu di jalan sehala tanpa mempedulikan papan tanda jalan sehala.

* Meletak kereta atau berhenti sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Dan lain-lain yang saya rasa cukup panjang jika mahu dihuraikan satu persatu. Tidak dinafikan pemandu lelaki pun sebegitu juga, tapi tidaklah seramai pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya.

PENGGUNA JALAN RAYA MALAYSIA


Selangor

kredit : Utusan Malaysia, 6  April 2011

punyalah banyak ek dia senaraikan kesalahan-kesalahan yang pemandu wanita buat kat jalan raya.  rasanya kalau kita senaraikan kesalahan pemandu lelaki sebanyak itu tak? nak ke senaraikan...nak ker?  tak payahlah dak...rasanya lebih kurang jer.  setiap apa yang disenaraikan tu pun pemandu lelaki ada buat juga.  yang tak tahan ayat last yang aku kalerkan tu.  kenapa perlu ditulis begitu?  pemandu wanita yang ramai jadi punca kemalangan?  terlalu keras bunyi tu.

sebenarnya macam ni jer.  tak perlulah nak cakap pemandu lelaki ke pemandu wanita yang lebih bahaya.  sebenarnya benda ni terpulang kepada individu tu sendiri.  pemandu tu sendiri yang kena buat keputusan untuk diri dia sendiri.  pemandu tu sendiri kena bertanggungjawab untuk diri dia sendiri sama ada nak pandu cara bahaya atau nak pandu secara selamat.  janganlah bersikap mementingkan diri sangat.  bukan kereta kita jer yang ada kat jalan raya.  beratus-ratus lagi kereta...beribu...berjuta. 

bukan tak boleh pun nak ikut peraturan ke apa tapi tu lar sebab pentingkan diri tu lar...ego.  kat kereta tu dah dibubuh cantik-cantik lampu signal...taknak guna.  dah kata dah jangan guna hp masa memandu...guna juga.  dah elok terletak tali pinggang kaledar kat dalam kereta tu taknak pakai.  kat jalan raya ada papan tanda hadlaju pun taknak ikut juga.  nak kata tak pandai baca takkan dapat lesen ye tak.  dah ada papan tanda tunjuk jalan sehala masuk juga.  dah nak buat macam mana?  ini aku tak point pemandu lelaki ke wanita yer...ini am yer.

itu lar maksud aku.  janganlah nak point terus ohhh kalau yang pandu kereta berbahaya...pemandu wanita je lar.  point je lar kepada pemandu yang tak berhemah je...buat secara am je tak payahlah mention pemandu lelaki ke atau wanita sebab tak semua pemandu lelaki tu berhemah dan tak semua pemandu wanita tu berhemah. 

ok rasanya tak payahlah kita selalu sangat nak menuding jari kepada orang lain...nak mencari kesalahan orang lain.  pandang dulu diri kita ni...dah cukup sempurna ker...memang kita tak pernah buat kesalahan ker.  kalau masing-masing pandang diri masing-masing...muhasabah diri insya-Allah masalah-masalah macam ni takkan terjadi.

Lina

Tuesday, April 5, 2011

Nyaris Accident Dengan Motor

aduhhh pagi-pagi lagi dah lari mood.  seperti biasa pagi hari kerja...aku bawa kereta dengan si kecik aku lar...hantar dia rumah mertua pas tu pegi kerja.  en khairol pulak bawak anak dara tu hantar pegi tadika dengan motor.  tak tau lar macam mana kat satu simpang...masih dalam taman perumahan aku...aku dah berhenti tengok kenderaan kiri kanan kan...bila aku tengok clear aku pun keluar lar.  entah macam mana tiba-tiba aku dengar orang jerit hoi! kuat sangat.  masa aku tersentak tu baru aku nampak ada motor kat tepi kiri kereta aku dan nyaris nak langgar dia.  biasalah orang yang bawa motor tu pandang aku dengan muka marah giler.  aku ni memang tergamam lar sebab masa aku berhenti kat simpang tu memang aku tengok tak ada kereta atau motor pun dari belah kiri.  aku pun pelik lar macam mana aku boleh tak nampak motor tu.  kalau aku nampak takkan lar aku bodoh sangat nak keluar simpang kan.  apa pun alhamdulillah tak jadi apa-apa.  lepas ni memang kena lebih berhati-hati lar nampaknya.


Lina

Monday, April 4, 2011

14 Perkara Mengenai ABPBH 2010

semua dah tahu kan Shaheizy Sam adalah Bintang Paling Popular bagi tahun 2010.   tahniah diucapkan kepada beliau dan juga semua pemenang.  ini adalah 14 perkara tentang ABPBH 2010 versi aku yer.  kalau ada yang tak puas hati terpulang sebab ini adalah pendapat peribadi aku.

1. Persembahan opening kurang 'kick'.

2. Cara pengacaraan yang sama jer macam tahun-tahun lepas.

3. Tak perlu ada 3 orang pengacara sebab macam kelam-kabut rasanya. 

4. Zizan tak ada pun tak apa sebab tak ada beri apa-apa impak pun.  Baik bagi dia buat persembahan lagi bagus.

5. Penyampai anugerah nak buat joke tapi entah apa-apa...banyak menyentuh peribadi artis...baik teruskan jer sampaikan anugerah tak payah cakap banyak-banyak.

6. Persembahan oleh pelawak-pelawak yang gelarkan kumpulan diorang NAJAZ pun macam ada yang kurang lar.

7. Dress Lisa Surihani emm bagi aku kurang menarik (matilah aku kene belasah dengan die hard fan Lisa :) )

8. Anuar Zain bergaya dengan fesyen rambut baru...i likeeeee!!!

9. Masa umumkan Ana Raffali menang Artis Baru Terbaik macam tak dengar sorakan dan tepukan yang beria lar...emmm apakah???

10. Fasha Sandha nampak sangat pure...tenang...yakin...manis.

11. Tak payahlah mention banyak-banyak kali pasal Dato' Siti Nurhaliza tarik diri...nampak sangat susah nak tandingi Dato' Siti.  Patut buat macam biasa jer lar.

12. Anita Sarawak tak nampak macam orang dah berusia 50an kan. 

13. Style Aida Khalida jalan masih lagi macam model...anggun.

14. Part Usop Wilcha dengan Abi Hurairah keluar lar yang paling best aku rasa...dioranglah yang menyelamatkan majlis yang aku rasa dah tahap bosan giler nak-nak lagi bila part angkat tangan tu memang aku gelak tak hengat haha.


Lina

Friday, April 1, 2011

Apa Kes Dengan Poco-Poco

sekarang ni heboh pasal poco-poco kan?  di Perak poco-poco ni dah diharamkan.  negeri-negeri lain tak tahulah lagi macam mana.  aku rasa kan kalau nak haramkan baiklah semua negeri diharamkan.  macam peliklah pulak kan ada negeri haramkan...ada negeri boleh pulak.  cam tak sependapat lak majlis fatwa negeri dan pusat.

berita terkini aku baca Mufti Kelantan minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji dulu pasal tarian poco-poco ni sebelum nak buat keputusan sama ada nak haramkan ataupun tidak.  berita penuh boleh baca di sini yer.

bagi akulah kan aku tak berapa tahu alkisah di sebalik cerita tarian poco-poco ni.  walau bagaimanapun bagi aku yang pernah menari poco-poco ni tak memberi kesan apa-apa pun pada aku.  just for fun jer di samping berniat dijadikan senaman sebenarnya.  memang itulah tujuan aku belajar tarian tu pun.  tak ada pun niat ke lain.

apa pun tunggulah apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan nanti.  kalau diorang putuskan poco-poco tu haram kena ikutlah kan.  mesti diorang yang lebih tahu kan apa yang baik dan apa yang buruk tapi itulah keputusan yang dibuat tu mestilah untuk semua negeri.  janganlah tak seragam pulak nanti nampak sangat pulak negeri tak hormat kebangsaan kan.


Lina

Mariah Carey Bakal Dapat Anak Kembar

korang minat tak dengan Mariah Carey?  masa mula-mula dia menyanyi aku minat juga dia sebab lagu 1st dia yang hit Vision Of Love tu memang best.  ohhh aku baru tau rupanya dia pregnant anak kembar dan dah tak lama lagi jer nak bersalin dalam bulan Mei.  kalau korang nak tau lebih details pasal pregnancy Mariah Carey ni boleh baca kat bawah ni.

Mariah Carey's Husband Reveals Due Date


Mariah Carey's husband Nick Cannon has revealed that the singer is due to give birth on 14th May 2011.

Mariah Carey, the American singer who is pregnant with twins, is due to give birth on 14th May 2011, according to her husband Nick Cannon who spoke to the Los Angeles Times. The 41-year-old was hospitalized at the weekend with contractions, but she is now resting at home. Actor and comedian Cannon said he panicked over the possible early arrival of the babies, saying, "They're calling it a scare, but really, it was just nerve-racking. We were in the hospital from 4 a.m. until I don't even know. The thing with twins is that you want them in their natural incubator as long as possible. They might be ready to come out, but we need them to stay in for a while". Cannon added that his wife is "super-ready" for the birth and confirmed that official due date as 14th May 2011. He also joked about the baby gifts that the couple have been receiving, saying, "We got so much stuff. ... There's all these giant stuffed animals, it looks like Noah's Arc in here".

Mariah Carey has been keeping fans updated on the progress of her pregnancy via her Twitter page. She tweeted about her hospital trip earlier this week, saying, "They almost came on 3/27- happy anniversary in deed!!! We have a few more weeks 2 go but- wow!!!".
credit to www.contactmusic.com
Lina

Dinner Puspanita

ok ini entry tertunggak yer.  ni entry masa aku pergi Majlis Makan Malam Puspanita di MS Garden, Kuantan pada bulan Februari lepas.

bergambar bersama pemilik blog Teratak Bonda

bersama ofismate duduk semeja

ucapan oleh Pengerusi Puspanita Kebangsan

ucapan oleh Penaung Puspanita Negeri Pahang

best juga majlis makan malam ni.  diadakan sempena Mesyuarat AJK Tertinggi Puspanita Kebangsaan di mana tahun ni Pahang jadi tuan rumah.  aku dapat pergi makan malam ni pun sebab jadi salah seorang urus setia.

Lina