Thursday, March 31, 2011

Kelas Membuat KuihTart

hari Ahad lepas aku saja menyibukkan diri dengan menyertai Kelas Membuat Kuih Tart.  ini bukan buat kuih tart gulung inti nenas tu yer tapi ini buat tart telur, tart cheese blueberry dan yang seangkatan dengannya.

tengah tengok demo daripada cikgu

tengah mengambil bahan-bahan asas

sedang membuat tart coklat

tengah membuat tart buah-buahan

member semeja dengan hasil kuih tart masing-masing

aku memang rasa cukup puas hati dengan kelas ni.  memang berbaloi dengan harganya.  kat kelas ni kita bukan tengok demo jer tapi kita buat sendiri praktikalnya.  jadi itu yang bestnyer pulak tu bila buat memang jadi lagilah puas hati.  kalau ada masa lagi aku nak join lagilah kelas yang lain pulak.

note : gambar kredit kepada FB Kelas Masakan Linn

Lina

Google Buat Aku Tersenyum Pagi Ini

korang perasan tak kalau korang ada buat carian melalui Google...kat Google's home tu kalau ada celebrate hari-hari tertentu mesti Google letak gambar.  selalunya kan kalau kita buka...ada tulisan Google tu je lar.  macam contoh pagi ni aku buat carian kat Google tengok-tengok ada gambar seperti di bawah ni.



ini sempena Robert Bunsen's 200th Birthday.  ala kan masa sekolah-sekolah dulu sape yang belajar sains lar...kan bekas corong yang kita guna tu dipanggil penunu bunsen.  ha ini sempena birthday penciptanya lar ni.

aku suka lar Google sebab buat aku tersenyum dengan gambar-gambar yang diorang letak :)))

Lina

Thursday, March 24, 2011

Conteng-Conteng Sekejap

jalan-jalan kat blog wamozuwaha aku jumpa satu blog yang sangat kreatif.  memang kreatif giler...serius!  aku suka...sangat-sangat suka!  nama blognya http://www.contengconteng.com.  memang best, cool...kelakar pun ada.  tuan punya blog menterjemahkan kehidupannya di dalam contengan kartun yang amat menarik.  sampai ada kartunnya tu buat aku tergelak sorang-sorang.  boleh release tensionlah kalau pegi blog dia.

yang paling best sekarang ni tuan punya blog tengah nak mengeluarkan buku conteng-conteng dia edisi kedua.  ha! dah edisi kedua dah...edisi pertama dulu tak pasti lak bile keluarnya.  katanya buku siap sepenuhnya hujung bulan Mac ni.  kalau tengok kat blog dia dah ada 250 tempahan dah.  wahhh banyak juga tu.   lepas tu ada promosi lak kalau beli 2 buah buku conteng-conteng tu dapat percuma stickies conteng-conteng.  emmm menarik... promosi ni sampai 30 April 2011 jer tau!

oklah cerita banyak pun tak guna.  baik korang pergi jer terjah blog conteng-conteng ni lagi bagus.  memang berbaloi!  aku pun nak sambung balik meneroka blog conteng ni.


Lina

Nine-Year-Old Loses Leg While Saving Little Sister’s Life

satu kisah benar yang menyentuh hati.  kisah seorang hero kecil.


Nine-year-old Anaiah Rucker is being hailed as a hero after saving her sister from being hit by a truck last month. Anaiah told The Today Show's Ann Curry today that she didn't think twice before pushing her little sister out of the path of the vehicle as the pair crossed the street in Madison, Georgia to get to the school bus stop.

Anaiah took the hit, instead, and lost a leg and a kidney for her bravery.

"I love her more than anything," Anaiah told Channel 2's Tom Jones of her five-year-old-sister, Camry. Anaiah said it was raining and her sweatshirt hood was covering her eyes as she and her sister crossed the road. The girls' mother, Andrea Taylor, witnessed her older daughter's act of bravery from the porch of their home, where she watches the girls catch the bus each morning.

"I saw the truck and I was like, 'No,'" Taylor told Channel 2. "I seen my daughter kinda snatch my 5-year-old back, and if it wasn't for that, my 5-year-old would have ... I don't think she would have made it." The driver wasn't charged after police decided he was not at fault.

Today, Anaiah told Curry that she doesn't feel she deserves to be called a hero. She said her sister "was too young to be hit like this, and if she got hit she wouldn't hardly be alive. She would be probably gone forever."

Anaiah might also not be alive if it weren't for bus driver Loretta Berryman. Berryman pulled over immediately and started performing CPR on Anaiah, who wasn't breathing. "I instructed her mom to hold her head while I gave mouth-to-mouth, chest compressions," Berryman told NBC News. "As she took a breath, my first thing was, 'Thank God.'"

Taylor recently lost her job and her car. The community held a BBQ to raise funds for Anaiah's medical bills and renovations needed to make her house handicap accessible. Thousands of classmates and Madison residents took to the streets to welcome Anaiah back when she got out of the hospital last week, after a month of care. You can contact United Bank in Madison to donate to a fund to help with the family's medical bills, which is in Anaiah's name.

"Anaiah has a really, really big heart," her mother said. Anaiah's grandmother told the Morgan County Citizen that her first words after regaining consciousness were, "Am I going to chorus today?" She's active in Sweet Home Baptist Church and the Boys and Girls Club in Madison.


Note : Credit to Yahoo! News


Lina

Aku Muak!

aku ni bukan orang politik dan memang tak suka pasal politik-politik semua ni.  aku ni cuma seorang rakyat biasa yang inginkan kehidupan yang aman saja.  apa pun situasi politik sekarang ni amat memualkan dan menjengkelkan.  hari-hari baca suratkhabar berita yang sama sahaja yang entah bila akan selesai.  lama-lama aku rasa rakyat Malaysia ni macam diperbodohkan oleh mereka-mereka yang bergelar pemimpin ni.  pemimpin yang sepatutnya terpelajar..."sepatutnya" la kan sebab itu diorang jadi pemimpin tapi bersikap kebudak-budakan.  apa diorang ingat rakyat semua ni bodoh sangat ker.  diorang ni tak ada cara lain ker nak menjatuhkan orang.  kenapa gunakan cara yang mungkin akan membuka pekung di dada sendiri.  aku tak taulah siapa yang benar dan siapa yang salah tapi lama-lama rakyat pun muak juga dan akan mula berfikir.

aku ni sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan aku rasa orang lain pun ada yang sependapat dengan aku...kami cuma mahukan sebuah negara yang aman, bebas, boleh pergi ke mana sahaja tanpa perlu rasa takut, senang mendapatkan keperluan, barang makanan, harga barang keperluan adalah di dalam kemampuan kita dan semua kaum dapat bertoleransi dan bebas mengamalkan agama masing-masing.  itu saja yang kami mahu tak kiralah siapa yang memimpin.

jadi tolonglah kepada pemimpin-pemimpin ni semua...janganlah nak perbodohkan kami semua ni.  kami semua tahu menilai yang mana betul dan yang mana salah.  kenapa tak pernah ambil iktibar sejarah yang lepas-lepas.  kenapa tak tumpukan saja perkara-perkara yang penting.  macam mana nak mengurangkan kadar kemiskinan rakyat ke, macam mana nak elakkan kenaikan harga barang ke, macam mana nak menambahbaik sistem pengangkutan ker, jalan raya ker apa-apalah yang untuk kebaikan rakyat tapi ini tak.  entahlah aku pun tak taular apa nak jadi.  sebenarnya aku dah muak dengan berita-berita tu semua yang bagi aku tak mendatangkan faedah langsung dan sekarang ni aku rasa semua pihak-pihak terlibat tu sama jer.



Lina

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM Hari Ini

hari ni keputusan SPM keluar kan.  mesti yang menunggu result tu tengah berdebar sekarang ni menantikan jam 10 pagi.  agaknya ada dah berkumpul kat sekolah masing-masing dari pagi tadi kot hehe.

teringat dulu-dulu masa nak ambil result memang rasa berdebar gila sebab takut sangat ada satu subjek tu tak lulus.  sebab kalau tak lulus satu tu memang akan mengubah grade aku.  masa zaman aku dulu dan yang sezaman dengan aku kan kita dibahagikan kepada grade...grade 1 agg 1 hingga 24, grade 2 agg 25 hingga aku pun tak ingat lar...lepas tu grade 3 dan yang last yang tak lulus la kan.  jadi subjek tu lar penentu antara aku dapat grade 1 atau 2 huhu.

jadi hari ni aku ada 3 orang anak saudara di antara mereka-mereka yang menunggu result masing-masing.  harap-harap diorang bertiga dapat result yang cemerlanglah.  kalau tak berapa cemerlang pun bukan semestinya dah end of the road kan.  masih ada peluang lagi sebab sekarang ni dah banyak kolej, universiti untuk menyambung pelajaran.  kalau tak nak masuk kolej lagi boleh sambung tingkatan 6 kan.  kita sendiri yang menentukan hala tuju diri kita. jadi buatlah pilihan dengan bijak.


Lina

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan

ok aku tahu aku dah lama tak update blog.  tak tau lar kenape tapi entah tiba-tiba mood malas jer nak update tapi mana mungkin tak update blog kan.  jadi hari ni dan saat ni memaksakan diri juga untuk buat entry walaupun secuit cuma.  ye lar nanti korang buka blog aku ni asik-asik entry pasal reload Digi tu tak ke hangin dibuatnya :))

beberapa hari ni aku tengah memikirkan satu perkara.  perkara yang memerlukan keputusan sama ada perlu diteruskan atau pun tidak.  walau pun diteruskan sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa tapi untuk jangka panjang mungkin akan memberi kesan kepada keluarga aku.  aku tak mahu perkara yang aku buat akan memberi kesan kepada suami dan anak-anak aku.  semua benda dalam dunia ni tidak mungkin boleh menggantikan anak-anak aku.  aku harap aku akan dapat buat keputusan yang tepat demi diri aku, suami dan anak-anak aku dan aku harap pihak yang terlibat tu dapat memahami dan menerima keputusan aku nanti, insya-Allah.

Lina

Tuesday, March 15, 2011

Ganjaran Hebat Daripada DiGi!


dengan isi semula pelan-pelan DiGi Prepaid™, ada banyak ganjaran yang menanti.  lagi banyak isi semula lagi banyak ganjaran yang akan kita dapat.  mudah sahaja kan!  perlu cepat sebab promosi ini akan berakhir pada 31 Mac 2011!  jadi tunggu apa lagi, mulakan sekarang juga!

untuk maklumat lanjut boleh klik saja pada banner di atas.

p/s : korang dah join churp churp?

Lina

Ben Ashaari : Blogger Ikut Negeri Kelahiran


dah lama tak join segmen en ben ni.  bile tengok en ben ada buat segmen baru ni rasa nak join la pulak.

•Sila ceritakan latar belakang anda ..
nama penuh saya Azlina binti Mohamed Yasin.  telah 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang cahayamata.  dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 3 Julai 1977.  mempunyai 7 orang adik-beradik dan anak ke-6.

•Profesion anda sekarang ?
bekerja sebagai Setiausaha Pejabat (PA)

•Blog favourite anda .. kenapa ?

•Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
tak adalah blog yang spesifik yang saya tak suka masuk tapi kalau blog yang loadingnya amatlah lama dan ada widget yang mengganggu tumpuan untuk membaca maka saya akan terus klik pada tanda pangkah.

•Impian anda terhadap blog anda ..
impian saya supaya blog saya akan terus bertahan lama dan dapat memberi impak kepada dunia blogging.

untuk maklumat lanjut mengenai segmen ni anda boleh klik saja pada banner kat atas tu.


Lina

Sunday, March 13, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain



patut tak aku tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa tu sebab lagu Anuar Zain ni?  patut tak...patut tak...patut tak...?  yang pasti lagu ni besttttt nak-nak lagi sebab Anuar Zain yang nyanyi :)) layannzzzzzzzzzzzz...

Lina

Thursday, March 10, 2011

Jom Join Churp Churp!


rasanya dah ramai yang tau pasal Churp Churp ni dan ramai juga dah register tapi aku pasti masih ramai juga lagi yang tak join.  untuk makluman korang Churp Churp ni anak-beranak Nuffnang juga dan kaedahnya sama jer, kita dapat keuntungan melalui iklan yang disiarkan tapi Churp Churp ni lebih kepada Facebook dan Twitter.  Blog pun boleh juga.  oklah kalau korang nak maklumat yang lebih details lagi klik jer kat gambar kat atas tu.

Lina

Wednesday, March 9, 2011

Hos Yang Sempoi

dulu-dulu kan aku suka sangat dengan qi masa dia jadi hos rancangan Destinasi Bajet.  aku suka sebab cara dia simple, santai dan tak kekok pun.  cara bandar ke cara kampung ker dia sempoi jer.  pas tu sekarang ni kan dari jadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan.  lagi lar aku suka.

psstt...psstt...i like lar u dengan yuna tu

ohhh dah bertambah seorang lagi yer pengacara yang aku suka iaitu mr hisham hamzah.  dia hos rancangan Sarapan setiap hari Ahad jam 8.00 pagi.  sekarang ni kalau tak tak pergi mana-mana memang mengadap depan tv lar pukul 8.00 tu.

ohhh dalam Sarapan si hisham ni taklar pakai cam ni...dalam rancangan tu sempoi jer t-shirt dgn seluar 3 suku

apa yang aku suka pasal kedua-dua orang hos ni sebab diorang tak kontrol macho.  kalau tang makan tu fuhhh memang tak hengat.  bersungguh-sungguh masing-masing.  lagipun nampak relaks jer kan.

jadi jangan lupa yer setiap hari Ahad rancangan Sarapan jam 8.00 pagi dan Jalan-jalan Cari Makan jam 12.00 tengahari ;)

Lina

Kena Tinggal 5 Hari

"berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian"

pesal lak aku berpantun-pantun petang-petang hari ni yer.  sebenarnya nak cite jer yang en khairol tak ada 5 hari ni huhu.  dia pergi ekspedisi berakit Sungai Pahang wakil pejabat dia.  haaa ada kaitan kan dengan pantun tu hehe.  inilar paling lama en khairol outstation.  selalunya paling lama 3 hari jer.  emmm tinggallah aku menguruskan anak-anak sorang tapi dah biasa dah.  orang lain yang sorang-sorang handle anak ramai pun tak kecoh aku yang baru 2 orang pun dah ngeluh.  eh bukan mengeluh tapi kalau ada suami kan lagi best hehe.

ekspedisi berakit ni bermula di Chenor dan berakhir di Pekan nanti.  wahhh makin gelaplah laki aku.  dahlah dah memang gelap.  tapi 2 hari ni kat Kuantan hujan jer tak taular kat area Chenor semua tu hujan ke dak.


Lina

Bagaimana Untuk Berkata Tidak!

aku sememangnya amat lemah dalam perkara ni.  aku memang amat sukar untuk menolak permintaan orang.  aku takut kalau-kalau orang tu akan terasa ke apa kan.  pas tu sebab terasa orang tu akan balas balik ataupun taknak tegur ke apa.

contohnya lar kan kalau orang minta tolong join apa-apa majlis ke tapi aku jenis tak suka majlis ke program tersebut jadi aku taknaklah join.  masalahnya aku tak tau macam mana nak cakap aku taknak join.  walaupun aku dah cakap dengan ayat yang sebaik mungkin tapi aku still rasa bimbang orang tu akan terasa. 

korang ada masalah cam aku ni ker ataupun aku je yang rasa gini.  kalau korang ada experience pasal perkara ni mehlar syer dengan aku.  bole juga aku jadikan panduan huhu.


Lina

Monday, March 7, 2011

You're 5th Today!!!


hari ni ulang tahun kelahiran qistina yang ke-5.  yang kesiannya qistina still belum sihat sepenuhnya lagi daripada demam.  hari ni pun tak pergi sekolah lagi tapi en khairol dah hantar goodies untuk kawan-kawan sekolahnya.  camne tu goodies nya ada orang yang sambut birthdaynya tak ada hehe. 

untuk kakak...my dearie princess, HAPPY BIRTHDAY!!!  mama doakan kakak beroleh kejayaan dunia akhirat yer.  semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah-ruah daripada Allah s.w.t.  mama dan ayah sangat sayangkan kakak dan kami akan sentiasa berada di sisi kakak...muahhhhhsssss!!!


Lina

Friday, March 4, 2011

Kerja Tak Sepenuh Hati

hari ni aku kerja semula lepas 2 hari dah bercuti.  untuk pengetahuan korang qistina belum sembuh sepenuhnya daripada demam.  dah 2 hari dia demam sebelah malam.  sebelah siang ok kebah semua tapi pukul 2, 3 pagi panas semula.  hari ni terpaksalah tinggalkan dia kat rumah mertua aku. 

tengahari tadi balik sekejap masih panas lagi tapi tak sepanas malam tadi.  aku tengok lidah dengan dalam mulut dia habis dah pecah-pecah.  memang panas kan sekarang ni.  sian lak aku tengok dia.  masa nak gi kerja semula tadi sedih jer dia tengok.  tak sampai hati lak rasanya.  nampak gayanya petang ni kena balik awal sikit lar.  hati ibu ni memang tak boleh tengok anak nangis ke sakit ker mula lar tak senang duduk.  kepala asyik memikir jer tak fokus langsung.

dah bawa ke klinik cek dan doktor kata demam biasa jer sebab musim panas sekarang ni.  kat tadika qistina pun ramai yang demam.  en khairol cerita masa dia pergi bagitau cikgu qistina, cikgu tu tunjuk lar ada sorang budak tu demam, melepek jer tapi mak ayahnya still hantar.  siannya dengar takkanlah mak ayahnya salah seorang langsung tak boleh cuti.   kalau dah melepek tu sah-sah demam kuat kan.  takkan nak harapkan cikgu manalah dia nak menjaga budak-budak lain lagi. 

yang melegakan hati aku cuma qistina taklah merengek ke melepek jer, aktif jer macam tak demam.  kalau tanya dia sakit kat mana-mana ker dia jawab tak sakit.  aku tanya mulutnya sakit tak sebab dah banyak kan pecah-pecah tu...tak sakit juga.  aku kadang-kadang tak tau keadaan macam mana barulah dia rasa sakit.  apa pun aku harap malam ni taklah panas semula badan dia.  kalau still panas juga kena pergi klinik lagilah jawabnya.


Lina

Tuesday, March 1, 2011

Hidung Berdarah

sian qistina.  dah 2 hari dia selsema.  tup tup pagi ni bila mandi nak gi sekolah tu ada darah lak keluar daripada hidung dia.  aku ni biasalah bila benda-benda cam tu jadi kat anak mulalar panik semacam.  terus cam nak nangis masa bagitau ke en khairol.  en khairol pun kata mesti panas kat dalam ni.  lepas lap-lap darah semua tu, suruh qistina mandi dan cakap tak payah pergi sekolah hari ni.  bila cakap cam tu eh boleh suka lak dia hehe.

masa sampai kat rumah aki dia, aki dia terkejut la pulak sebab hari ni hantar 2 orang hehe.  aki dia bila qistina atau amsyar demam ke apa memang risau kemain.  baru kejap tadi telefon tanya camne qistina, aki dia kata ok dah.  takde dah keluar darah ke apa.  aku pun lega lar sikit.  hopefully qistina akan semakin sihat petang nanti.  tak payahlar cuti sekolah lama sangat.

Lina