Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

hari ni adalah hari terakhir bekerja bagi sektor kerajaan di tahun 2011.  esok hingga Isnin kita akan bercuti panjang.  masuk je kerja dah di tahun baru tahun 2012.  

apa pencapaian kalian sepanjang tahun 2011?  apa peristiwa suka, apa peristiwa duka yang berlaku? apa peningkatan yang berlaku dalam hidup kalian?  apa pula perancangan untuk tahun 2012?  ada azam baru ataupun bawa jer azam yang tidak dapat dicapai pada tahun 2011?  mungkin ada wishlist barangkali?

bagi aku kalau dirangkumkan segala apa yang berlaku pada tahun 2011 ni, lebih banyak suka daripada duka. rasanya duka tu sedikit sahaja tak membawa apa-apa kesan.  peningkatan dan pencapaian sederhana sahaja. tahun 2011 aku lebih banyak mengaktifkan diri dalam aktiviti sukan.  insyaAllah tahun 2012 akan lebih lagi hehe.  cuma yang aku berbangga dengan diri aku yang aku sudah sedikit demi sedikit berjaya menguruskan kewangan aku dengan lebih baik lagi.  selama ni aku agak boros sedikit, puas juga nak mengikis tabiat ni tapi alhamdulillah setakat ini dah hampir berjaya.  harap-harap tahun 2012 akan menjadi lebih cemerlang lagi hehe.

ohhh ada juga wishlist untuk tahun 2012 tapi nantilah dulu untuk dikongsikan.  ada pelbagai perancangan yang berkecamuk di minda kena fikir satu-satu.  perancangan untuk diri sendiri, untuk anak-anak, untuk keluarga.  ohhh awal bulan Februari nanti ada satu majlis besar yang akan berlaku dalam keluarga aku.  tak sabar nak menantikannya.  

oklah di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2012.  semoga apa yang kalian hajatkan sudah tercapai di tahun 2011 dan apa yang kalian rancangkan akan dilaksanakan pada tahun 2012.


Lina

6 comments:

LM said...

salam kak lina..yiha..akhirnyer LM berjaya dtg ziarah ke sini.jauh kan qatar ke kuantan..ekeke


selamat tahun baru buat kak lina, terima kasih sudi follow saya dan sudi baca entri merepek saya.akak jgn la baca entri lama..malu saya.entri lama takda info pun.dulu tulis ikut hati..skrg je br nak blajar menyampaikan info..huhu.salam ukhwah akak ku

Ayen... said...

Selamat datang 2012...diharapkan segala kepahitan dan kedukaan 2011 akan terubat ditahun 2012,Amin...

kurus said...

selamat tahun baru dik !

Lina said...

Lydia Miza

terima kasih dtg menjenguk...apa pulak entry lama xde info...ada tp tersirat hehe...moga ukhwah antara kita akan berpanjangan, insyaAllah

Lina said...

ayen

selamat tahun baru 2012

Lina said...

ieda

selamat tahun baru 2012 kak ieda

Share |