2 malam sudah berkesempatan menjamu selera di PappaRich yang baru dibuka di bandar Kuantan ni. sebenarnya mengambil peluang menikmati makanan berdua sahaja dengan en khairol di samping boleh mencuba tempat makan yang baru. hasil daripada soal selidik sebelum itu daripada rakan-rakan tidaklah mengecewakan menu di situ.
setelah 2, 3 kali membelek buku menu aku memilih untuk mencuba Pappa Prawn Mee dan en khairol pula memilih Pappa Fried Rice Noodles. penyegar tekak pula aku cuma order Lemon Tea With Honey dan en khairol pula Ice Lemon Tea. ohhh masih terasa-rasa lagi kesedapan kuah Prawn Mee tersebut. walaupun udang cuma seekor dua sahaja tapi kesedapan kuah tu menutup segalanya hehe. Fried Rice Noodle tu pun sedap. kalau kalian suka dengan kuey teow goreng kerang mesti suka punyalah dengan menu ni.
Pappa Prawn Mee
Pappa Fried Rice Noodles yang gambar N04B tu yer
gambar : kredit kepada http://www.papparich.com.my
lepas makan en khairol siap cakap lepas ni nak cuba kuey teow pula. haha nampaknya boleh makan lagilah di PappaRich. kepada yang ingin mencuba bolehlah pergi ke Pappa Rich yang terletak di Jalan Tun Ismail seperti alamat di bawah ni.
PappaRich Kuantan
No. A-125, Jalan Tun Ismail,
Sri Dagangan,
25000 Kuantan, Pahang
(betul-betul berhadapan dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri)
Lina
1 comment:
Paparich kuantan Working hours?
Post a Comment