Thursday, December 29, 2011

Lupa Pakai Tudung?

cuti Krismas baru-baru ni aku dan en khairol telah dilantik menjadi 'babysitter' yang tidak bertauliah hehe.  alkisahnya mertua aku balik kampung di Raub bersama dengan abang en khairol dan isterinya.  jadi tinggallah 4 orang anak-anak saudaranya kerana tak muat kereta nak ikut.  memandangkan yang tinggal tu terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki yang baru berumur 14 tahun makanya terpaksalah kami ni menjadi penjaga sementara.

biasalah bila mak saudara bergabung dengan anak-anak saudara yang lebih kurang bayanya haha maka havoclah jadinya.  macam-macam plan yang dibuat, nak pergi situlah nak pergi sinilah.   satu petang tu en khairol memberi cadangan untuk pergi bermain bowling.  bersiap-siaplah semuanya ni termasuklah aku aka mak saudara hehe.  dah capai semua handbag dan juga beg pampers anak, kira dah nak buka pintu kereta nak masuk sekali terasa kenapa rasa ringan je kepala.  tengok kat cermin kereta ohhh mana pergi tudung kepala aku?  alamak ni mesti kes terlupa nak pakai tudung, boleh gitu hehe.  anak-anak saudara semua pakat gelak siap cakap lagi patutlah rasa pelik je tengok aku.  itulah capai itu capai ini, banyak sangat benda nak ingat sampai lupa nak capai tudung huhuhu.  malu pulak rasanya macam mak saudara lagi over daripada anak saudara haha.


Lina

6 comments:

ieda said...

ahahhaha lucu lah dikk
sib baik x jauh layiee ;)

Ayen... said...

Xcited benor nak g main bolingnye tu....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hahaha..tak sabar2 lah tu ye kak.mujur perasan.

Lina said...

ieda

itu lah pasal...malu je semua orang ketawa hehe

Lina said...

ayen

itulah pasal

Lina said...

Lydia Miza

itu lah camne bole lupa huhu