Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

hari ni adalah hari terakhir bekerja bagi sektor kerajaan di tahun 2011.  esok hingga Isnin kita akan bercuti panjang.  masuk je kerja dah di tahun baru tahun 2012.  

apa pencapaian kalian sepanjang tahun 2011?  apa peristiwa suka, apa peristiwa duka yang berlaku? apa peningkatan yang berlaku dalam hidup kalian?  apa pula perancangan untuk tahun 2012?  ada azam baru ataupun bawa jer azam yang tidak dapat dicapai pada tahun 2011?  mungkin ada wishlist barangkali?

bagi aku kalau dirangkumkan segala apa yang berlaku pada tahun 2011 ni, lebih banyak suka daripada duka. rasanya duka tu sedikit sahaja tak membawa apa-apa kesan.  peningkatan dan pencapaian sederhana sahaja. tahun 2011 aku lebih banyak mengaktifkan diri dalam aktiviti sukan.  insyaAllah tahun 2012 akan lebih lagi hehe.  cuma yang aku berbangga dengan diri aku yang aku sudah sedikit demi sedikit berjaya menguruskan kewangan aku dengan lebih baik lagi.  selama ni aku agak boros sedikit, puas juga nak mengikis tabiat ni tapi alhamdulillah setakat ini dah hampir berjaya.  harap-harap tahun 2012 akan menjadi lebih cemerlang lagi hehe.

ohhh ada juga wishlist untuk tahun 2012 tapi nantilah dulu untuk dikongsikan.  ada pelbagai perancangan yang berkecamuk di minda kena fikir satu-satu.  perancangan untuk diri sendiri, untuk anak-anak, untuk keluarga.  ohhh awal bulan Februari nanti ada satu majlis besar yang akan berlaku dalam keluarga aku.  tak sabar nak menantikannya.  

oklah di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2012.  semoga apa yang kalian hajatkan sudah tercapai di tahun 2011 dan apa yang kalian rancangkan akan dilaksanakan pada tahun 2012.


Lina

Thursday, December 29, 2011

Lupa Pakai Tudung?

cuti Krismas baru-baru ni aku dan en khairol telah dilantik menjadi 'babysitter' yang tidak bertauliah hehe.  alkisahnya mertua aku balik kampung di Raub bersama dengan abang en khairol dan isterinya.  jadi tinggallah 4 orang anak-anak saudaranya kerana tak muat kereta nak ikut.  memandangkan yang tinggal tu terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki yang baru berumur 14 tahun makanya terpaksalah kami ni menjadi penjaga sementara.

biasalah bila mak saudara bergabung dengan anak-anak saudara yang lebih kurang bayanya haha maka havoclah jadinya.  macam-macam plan yang dibuat, nak pergi situlah nak pergi sinilah.   satu petang tu en khairol memberi cadangan untuk pergi bermain bowling.  bersiap-siaplah semuanya ni termasuklah aku aka mak saudara hehe.  dah capai semua handbag dan juga beg pampers anak, kira dah nak buka pintu kereta nak masuk sekali terasa kenapa rasa ringan je kepala.  tengok kat cermin kereta ohhh mana pergi tudung kepala aku?  alamak ni mesti kes terlupa nak pakai tudung, boleh gitu hehe.  anak-anak saudara semua pakat gelak siap cakap lagi patutlah rasa pelik je tengok aku.  itulah capai itu capai ini, banyak sangat benda nak ingat sampai lupa nak capai tudung huhuhu.  malu pulak rasanya macam mak saudara lagi over daripada anak saudara haha.


Lina

PappaRich di Kuantan

2 malam sudah berkesempatan menjamu selera di PappaRich yang baru dibuka di bandar Kuantan ni.  sebenarnya mengambil peluang menikmati makanan berdua sahaja dengan en khairol di samping boleh mencuba tempat makan yang baru.  hasil daripada soal selidik sebelum itu daripada rakan-rakan tidaklah mengecewakan menu di situ.

setelah 2, 3 kali membelek buku menu aku memilih untuk mencuba Pappa Prawn Mee dan en khairol pula memilih Pappa Fried Rice Noodles.  penyegar tekak pula aku cuma order Lemon Tea With Honey dan en khairol pula Ice Lemon Tea.  ohhh masih terasa-rasa lagi kesedapan kuah Prawn Mee tersebut.  walaupun udang cuma seekor dua sahaja tapi kesedapan kuah tu menutup segalanya hehe.  Fried Rice Noodle tu pun sedap.  kalau kalian suka dengan kuey teow goreng kerang mesti suka punyalah dengan menu ni.

Pappa Prawn Mee 

Pappa Fried Rice Noodles yang gambar N04B tu yer

gambar : kredit kepada http://www.papparich.com.my

lepas makan en khairol siap cakap lepas ni nak cuba kuey teow pula.  haha nampaknya boleh makan lagilah di PappaRich.  kepada yang ingin mencuba bolehlah pergi ke Pappa Rich yang terletak di Jalan Tun Ismail seperti alamat di bawah ni.



PappaRich Kuantan
No. A-125, Jalan Tun Ismail,
Sri Dagangan,
25000 Kuantan, Pahang
(betul-betul berhadapan dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri)




Lina


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday

bila aku tengok gambo Khairul Fahmi ni aku teringat ke David Beckham... OMG!!! hehe

gambar : kredit kepada beautifulnara

Lina

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday

"senyum... tak perlu kata apa-apa :)))"


Lina

Tuesday, December 13, 2011

Milkadeal - Bila Rak Kasut Dah Penuh

ada benda menarik lar kat milkadeal.  very very interesting things.  kalau kalian tengah mencari rak kasut yang cool, trendy bukan yang macam sekarang ni typical rak kasut tuh, ini memang untuk kalian.  milkadeal tengah promosi Ferris Wheel Shoe Rack dari CL Home Deco dengan harga RM185 daripada RM269.  boleh didapati dalam 4 warna tapi yang paling menarik ada colour pink tuhhhh!!!


inilah rupanya Ferris Wheel Shoe Rack.  cute kan warna pink.  nampak macam ruangnya kecil tapi jangan tertipu boleh memuatkan 30 pasang kasut tau!

kalau ada yang berminat bolehlah pergi MILKADEAL untuk maklumat lanjut.  

Lina

Handbag Coach

cantik...

 ni pun cantik juga...
 ni laaagi cantik

waaaaaaa...yang ni pun cantik

pendek kata semuanyalah cantik...bukan begnya jer cantik...harganya pun cantik juga hehe tapi kalau dah suka harga berapa pun tak kisah ye dak.   apapun aku cuci mata je lah.  tak terfikir lagi nak beli handbag harga lebih RM500 hehe tapi masa akan datang tak tahulah pulak.  kalau sesiapa yang minat handbag coach memang sesuailah nak tengok blog ni.  jangan risau mengenai kualiti ye bak kata tuan punya blog "selling 100% authentic branded items and your money back guaranteed".  ha dah ada jaminan daripada tuan punya blog so tak perlu risau-risau yer cuma sediakan duit jer hehe.

kalau berminat bolehlah pergi ke blog http://coachlover1980.blogspot.com.
kalau macam tak cukup bajet lagi tapi dah berkenan dan takut orang lain ambil boleh cop dulu dengan bayar deposit yang ditetapkan.  

selamat bershopping!!!

Lina

Thursday, December 1, 2011

I Love You Like A Love Song Adam Levine

sebenarnya tajuk di atas adalah 2 dalam 1.  satu tu tajuk lagu dan satu lagi Adam Levine lah.  kenal tak kalian dengan Adam Levine?  Kalau kalian pernah dengar atau suka lagu Move Like Jagger mesti tahu punya hehe.  apa ada pada Adam Levine?  ohhh bagi aku dia HOT ok.  sejak bila pula aku minat dia?  ini semua pasal The Voice lah.  dia adalah salah seorang mentor dan juri dalam program tu.  sejak daripada situ aku dah admire Adam Levine ni walaupun sebenarnya dah tahu lama Adam Levine ni sebab dia dari kumpulan Maroon 5.  kalau tengok video clip Move Like Jagger tu memang seksilah hehe.  ok sila ingat en khairol sekarang yer haha.  sila layankan aje gambar-gambar Adam Levine yang hot ini.








oppss terbanyak lak gambar.  ini kes pakai copy jer tak kira dah berapa hehe.  
picture : kredit to google

ok pasal lagu ni rasanya aku ni dah ketinggalan keretapi.  orang dah sana sini cakap pasal lagu ni aku ni baru tahu pasal lagu yang sedap ni.  sebenarnya ada dah dengar yang ramai kata lagu ni sedap tapi aku buat tak tahu jer.  sekali tertengoklah video clip yang comel kat Astro terus terpikat haha.  lagu ni cam cute giler macam penyanyinya Selena Gomez.  untung Justin Bieber ehhh tetiba hehe.

Lirik Lagu Selena Gomez – Love You Like A Love Song

[Verse 1]


It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung

And I guess right now here’s another one
So your melody will play on and on, with best we own

You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A center full of miracle, lyrical
You’ve saved my life again
And I want you to know baby


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


[Verse 2]
Cursing me, boy you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hyptonized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful
You are…I want you to know baby


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


[Bridge]
No one can pause
You stand alone, to every record I own
Music to my hear that’s what you are
A song that goes on and on


[Chorus]
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


And I keep it in re-pe-pe-peat


I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby


I love you…like a love song…

Selena Gomez
picture : kredit to google

Lina
Share |