bagi peminat-peminat filem Twilight dan sequelnya mesti tak sabar nak tunggu tayangan sequel yang terbaru iaitu Breaking Dawn - Part 1. kalau di US tayangan perdananya pada 18 November ini. di Malaysia pula akan ditayangkan pada 24 November. aku pun memang tak sabar juga nak tunggu kesinambungan daripada Eclipse. yang pasti adegan yang ditunggu-tunggu adalah adegan perkahwinan di antara Edward dan Bella. haha aku ni macam remaja la pulak suka cerita macam ni tapi memang aku minat cerita Twilight ni. aku pun dah ada ketiga-tiga CD dan Twilight yang pertama aku dah ulang tengok berbelas kali dah. bagi aku the first one adalah yang terbaik berbanding sequel yang kedua dan ketiga. mungkin sebab yang pertama adalah permulaan cerita bagi segalanya.
sedikit info mengenai siri Twilight ini. filem Twilight ini adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Stephenie Meyer. bermula dengan novel bertajuk Twilight dan difilemkan dengan tajuk yang sama. seterusnya yang kedua adalah New Moon dan yang ketiga Eclipse. sequel yang keempat ini adalah daripada novel Breaking Dawn tetapi bila difilemkan dibahagikan kepada 2 bahagian.
antara pelakon utamanya adalah:-
Kristen Stewart - Isabella 'Bella' Swan
Robert Pattinson - Edward Cullen
Taylor Lautner - Jacob Black
Ashley Greene - Alice Cullen
Kellen Lutz sebagai Emmett Cullen
Nikki Reed sebagai Rosalie Hale
sedikit sinopsis filem Breaking Dawn - Part 1
"Bella and Edward, plus those they love, must deal with the chain of consequences brought on by a marriage, honeymoon, and the tumultuous birth of a child... which brings an unforeseen and shocking development for Jacob Black"
ok sila layan gambar-gambar daripada filem The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 1.
Sumber : Yahoo! Movies
p/s : ingat nak tengoklah pada 24 November ni...ada siapa-siapa nak teman? hehe
Lina
6 comments:
tak minat! haha tatau kenapa, ada tengok sekali tapi tak ingat yang mana and tak ingat pun jalan cerita.
nurulhuda/adlie
haha itulah akak pun x tau camne bole terminat
memang tak sabar nak tgk citer nie.. macam nak amik cuti jer 24 tu..
Betul tu..ulang byk kali pon x jemu. nak nak ada si edward cullen yang hensem tu..hehehe
mummy ayu
emmm klu sy kat kl bole dah kita geder2 pegi tengok hehe
wida
ye lar esp Twilight 1st tu mmg x jemu
Post a Comment