pada cuti hari keputeraan Sultan Pahang yang lepas aku sekeluarga berkesempatan cuti-cuti Malaysia ke Melaka. memang dah plan sejak awal tahun nak jalan-jalan ke Melaka. walaupun memang kampung aku kat Melaka tapi tak pernah berkesempatan nak jalan-jalan ke bandar Melaka. jadi cuti hari keputeraan tu 24/10 hari Isnin, Deepavali pula 26/10 hari Rabu so cuma ambil cuti hari Selasa je lah. dah dapat cuti panjang di situ.
kami bertolak tengahari Sabtu ke Melaka. perancangan awalnya nak bertolak pagi tetapi disebabkan macam-macam hal yang nak diselesaikan jadinya tengahari la pula. mula-mula kami ke kampung aku dulu kat Kampung Kuala Sungai Baru. bermalam kat situ semalaman lepas tu baru pergi ke bandar Melaka.
gelagat 2 beradik di dalam kereta
penyokong kuat pasukan bola Malaysia ni haha
kami selamat sampai di kampung kira-kira pukul 6 petang. kami bermalam kat rumah sepupu mak aku. rumahnya di tepi laut memang best.
kebetulan masa kami sampai petang tu ada orang cari remis kat tepi pantai. banyak dapatnya satu besen ni ha.
petang di pantai Kuala Sungai Baru.
hajat di hati qistina nak mandi laut petang tu juga tapi sebab dah petang sangat malaslah nak bagi.
kalau dari pantai memang nampak jelas kapal-kapal yang lalu Selat Melaka.
aktiviti pagi Ahad. en khairol memang dah plan nak mancing jadi dah siap bawa jorannya.
rumah sepupu mak aku dari pantai
tengah tengok en khairol memancing nampak budak-budak ni tengah tolak perahu ke laut
suasana pagi di Kuala Sungai Baru
comel kan kucing ni hehe ada cerita pasal kucing ni
ikan yang dapat dipancing...tak taulah ikan apa. ceritanya ikan ni telah dicuri oleh kucing dalam gambar kat atas tu hehe kelakar jer tapi tak kisahpun sebab ikan tu kecil jer.
bersambung...
bersambung...
Lina
8 comments:
wah akak..jln2 ke melaka..izan pun suka melaka..tak jemu pergi walaupun byk kali.
cantik la gmbr akak amik kt tepi pantai tu! sejuk je tgk...
anak2 akak kemain lagi yer..harimau malaya eh harimau muda eh babytiger la hehe
izan
inilah baru betul2 dpt berjalan kat melaka klu tak sblm ni balik kampung kat situ je lah duduknya
haha itulah antara penyokong terhebat tu
alohh rindu pantai nii...
pangkin bwh pokok tu byk memori lah..hehehe...
iezsmy
memori dari kecik ada kat pantai tu kan
a'ah kutip remis beramai2 kat pantai. haha.
iezsmy
hehe rs cam nak cari remis la pulak
tido umah cik nyaros ek, besnya, sej mmg banyak memori!
sronoknya balik kg...
Post a Comment