sambungan daripada Part 2. bersedialah kalian mengadap gambar yang maha banyak ni.
di dalam kereta dalam misi menuju ke kedai makan yang ada kenangan juga buat aku dan en khairol ;-). balik dari Waterworld kami decide nak pergi makan dan balik ke hotel dulu. petang nanti baru keluar semula.
inilah kedai makannya. masih wujud lagi walaupun di kiri kanannya dah banyak kedai-kedai baru.
en khairol tengah relax selepas makan.
sebelah petangnya setelah berehat di hotel kami pun keluar semula. en khairol ajak makan laksa yang katanya paling sedaplah di Langkawi ni tapi dalam gambar atas ni rojak ya.
inilah rupa laksanya. bagi aku bolehlah tahan tapi tak menepati citarasa laksa akulah.
qistina yang tak habis-habis dengan topi dan spek hitamnya.
sambil makan sambil memangku amsyar yang tengah sedap tidur. lenguh lengan mak nak!
gerai laksa ni betul-betul di tepi laut. best jer makan sambil menikmati udara nyaman.
lepas makan laksa singgah kejap kat Petronas nak isi minyak. Petronas ni berdekatan dengan tempat kapal-kapal mewah berlabuh.
tengoklah tu banyak kan kapal-kapal mewah. bilalah salah satu tu menjadi hak milik hehe.
inilah rupa Petronas tu. motif en khairol ambil gambar ni sebab katanya unik bangunan Petronas tu macam design bangunan lama.
ohhh qistina pun tak lepas peluang nak bergambar juga berlatarkan kapal mewah.
ni aksi lain pula
dari Petronas kami bergerak menuju ke Langkawi Cable Car. tak naik pun cuma berjalan-jalan jer sebab aku dah pernah naik sebelum ni dan memang tak ada niat dah nak naik lagi. oiiiii gayat mak!
jalan-jalan jer di sekitar
ohhh amsyar kalau dapat lepas bebas macam ni memang kehendak dialah.
sedang asyik tengok ikan-ikan makan
cable car dari bawah. ha part yang nak sampai ke puncak tulah yang aku gayat sebab panjang jaraknya dan curam huhuhu.
cehhh konon-konon nak tunjuk ke cable car lah konon tapi lari sikit tangan hehe...cameraman lah yang tak bagi arahan betul hehe
dari cable car kami singgah pulak kat Padang Mat Sirat tapi tak ambil gambar pun kat situ sebab sekejap jer. bukan tengok Beras Terbakar pun cuma window shopping jer. dari situ terus kami ke Pekan Kuah nak shopping lagi sebab esoknya nak balik dah.
Lina
6 comments:
best dpt gi langkawi.. bila la ada peluang agaknya...
wah bestnyer gi langkawi...dah lamer tak gi langkawi...tapi kalo pergi takkan naik dah cable car...gayat...
qistina macam paris hilton tuuu...hehe
rozita
sy ni yg dah 3 kali pegi pun rasa nak pegi lg hehe
lizz
samalar kita cable car tu skali seumur hidup je lar naik hehe
ayen
haha paris hilton lak disamakan
Post a Comment