Thursday, November 10, 2011

Langkawi - Part 1

baiklah ini adalah entry tertuggak ya.  bukan sengaja melambat-lambatkan entry ini tapi aku memang ada masalah bila gambar terlalu banyak.  nak pilih gambar dah satu hal. nak buat watermark lagi satu hal.  walau bagaimanapun aku usahakan juga walaupun dah terlewat sangat hehe.  trip ni adalah pada bulan Julai yang lepas, ha dah 4 bulan dah.  

sebenarnya ini adalah trip kelab en khairol.  kalau diikutkan seumur hidup aku, ini adalah kali ketiga aku pergi Langkawi tapi aku tak pernah jemu.  tak tahu kenapa aku amat suka Langkawi.  untuk duduk kat sana tak adalah tapi kalau untuk bercuti memang aku suka.  baiklah kalian layanlah gambar-gambar di bawah ni ya.

 aku bersama anak bujangku.  ini dalam bas semasa perjalanan pergi.  bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 9 malam.  alhamdulillah nasib baik tak banyak ragam sebab ni first time amsyar naik bas.

 en khairol pula duduk dengan qistina.  qistina memang terujalah sebab memang dah lama teringin nak naik bas.

 ini dah di dalam bot nak ke Pulau Langkawi.  kami naik bot dari jeti Kuala Perlis pukul 10.30 pagi.

 dah sampai kat jeti Pulau Langkawi.  kami yang tak mandi pagi lagi haha.

 bergambar di lobi hotel.  ni dah mandi yer.  lepas check-in semua, mandi bersiap sebab nak pergi lunch.  lapar kemerut dah hehe.

 kami menginap di Eagle Bay Hotel.  senang sangat nak cari hotelnya.  tepi jalan jer.  dari jeti tak sampai 5 minit perjalanan.

 sebelah malam hari pertama.  kami jalan-jalan di sekitar bandar Kuah.  mula membeli barang-barang seperti coklat :)

 dua beradik yang pandai bergaya

 ini sebenarnya dah snap yang keberapa sebab en khairol tengah snap si amsyar sibuk turun sebab nak tengok gambar.  dah hasilnya gambar dia tengah turun dari tempat duduk tu.  ini jer gambar yang elok hehe.

 kami 3 beranak 

 kami berempat pula.  tempat yang penuh kenangan bagi aku dan en khairol ;)

 cantik juga monumen eagle tu waktu malam

ini kami bergambar di sebelah hadapan pula

di sebelah belakang kami tu laut 

nanti aku sambung ke Part 2 pula yer.

Lina

7 comments:

ieda said...

seronoknya dikkk
dah lama x mai langkawi nie .. last pergi lepas SPM .. hurmmm memang kena gi jugak nie :)

I E Z S M Y said...

dah 7 tahun tak gi..rindu kat helang tuh....=D

Lina said...

ieda

pegi lah kak ieda...klu last pegi masa lps SPM byk dah perubahan tu kak ieda...seronok esp time sopink coklat...rambang mata haha

Lina said...

iezsmy

7 taun tu kira lama jg tu...jom kita buat percutian keluarga nak best tuh

Ayen... said...

Amboiii memang macam helang betul dah haa yg gambo bertiga ngan anak tu,hehehe...

Lina said...

ayen

a'ah helang 3 beranak lar tuh haha

I E Z S M Y said...

nakk!! tahun dpn ah. blh org honeymun skali. hahaha.