Tuesday, November 15, 2011

Hari Anekaragam & Penyampaian Hadiah

Ahad lepas aku dan en khairol dijemput untuk hadir ke Hari Anekaragam & Penyampaian Hadiah/Sijil tadika qistina.  qistina tak adalah dapat sijil sebab baru 5 tahun kan, sijil untuk yang 6 tahun.  cuma qistina akan buat persembahan nanti.  tak sabar rasanya nak tengok sebab kalau di rumah wataknya macam tak meyakinkan boleh ingat step menari semua tu.  hehe apalah aku ni tak percaya anak sendiri tapi bila kat rumah kalau aku suruh dia tunjuk step menari tu malulah, itulah, inilah.  dah macam mana hehe.

kad jemputan yang simple saja tapi menarik sebab dibuat sendiri.  hehe bengang en khairol sebab ejaan namanya salah.  kalau ditengok pada kad ada 3 tadika kan sebab ketiga-tiga tadika pengerusinya orang yang sama.  tadika qistina Tadika Sri Melor.

banner di atas pentas.  program ni diadakan di Hotel MS Garden, Kuantan.  grand kan tapi bayaran pun grand juga huhuhu.

 dapat snap gambar qistina masa tengah bersiap.  baju tu dah dibeli awal-awal oleh cikgunya, termasuk dalam bayaranlah.  bersama-sama geng-geng tadikanya.  yang pakai gaun tu persembahan murid 4 tahun.

para ibu bapa yang turut hadir

persembahan qistina mewakili murid 5 tahun tadikanya.  ketiga-tiga tadika mempertaruhkan persembahan masing-masing yang mewakili umur 4, 5 dan 6 tahun.  persembahan memang diambil serius sebab ada hadiah persembahan terbaik setiap kategori umur.  dalam banyak-banyak persembahan memang group qistina yang paling menarik.  bukan nak puji sebab ada anak sendiri tapi memang persembahan group dia terbaik.  at last memang group dia menang persembahan terbaik kategori 5 tahun.  kategori 4 dan 6 tahun pun dibolot oleh tadika qistina.  kemudian dengarlah si pengacara majlis ada maklumkan yang sebelum-sebelum ni pun Tadika Sri Melor memang selalu bolot hadiah persembahan terbaik.  patutlah cikgu-cikgunya beria-ia berlatih semua.

bergambar bersama kawan rapat dia rasanya sebab asyik berkepit berdua jer.

mula-mula masing-masing malu nak bergambar tapi kemudian macam-macam pose.


di hadapan pintu masuk nak ke dewan.  muka kelat sebab tak taulah ada benda tak kena masa ni tapi tak tahulah kenapa.

qistina tak sangkut pun untuk hadiah kecemerlangan tapi tak apalah.  dia baru 5 tahun taknak push sangat.  6 tahun nanti tengoklah macam mana.  cuma adalah juga hadiah yang dia menang persembahan terbaik.  ok nanti aku share video persembahan qistina yer.

Lina

3 comments:

azian said...

alahaiiii...lina....
anak kita lom dapat sijil lagik sbb baru 4tahun....huhuhu

Nurulhuda|Adlie said...

cayang kakak! eh nape dia nampak mcm dah meninggi dan membeso, amik gambar dgn kawan2 pun nampak dia je tinggi, hehe ;)

Ayen... said...

Tahniahlaa buat qistina,hebat tu buat kat ms garden.insyaallah tahun depan akan lebih cemerlang...