semalam abah aku masuk wad kat HTAA. jangan risau ye kalian semua tidaklah berapa serius. cuma ada pembedahan kecil di buku lali kaki kanannya. sebenarnya ada semacam ketumbuhan di buku lalinya sebesar saiz bola pingpong. mula-mula kecil je tapi lama-lama besar pula dan keras. taklah pergi check-up masa benda tu kecil sebab ingatkan tak ada apa dan tak sakitpun. agaknya baru 2, 3 hari ni rasa sakit kot sebab tu abah aku pergi hospital. bila pergi hospital setelah dirawat doktor kata perlu masuk wad untuk operate kerana bila dicucuk kat tempat tu macam ada nanah.
so berpuasalah abahku dan alhamdulillah selamat dioperate petang semalam. bila aku tanya abah katanya dari tempat bengkak tu doktor keluarkan satu ketulan kecil. jadi akan disiasatlah apa bendanya tu nanti. selain daripada ketulan tu adalah lendir.
pagi ni bila aku jenguk sambil hantar makanan pada mak aku yang tunggu nampak ok. boleh jalan kalau nak ke tandas. doktor pun ada bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. tak tahulah bila boleh keluar sebab doktor pun tak ada cakap apa-apa. hopefully abah akan cepat sihat dan dapat keluar wad secepat mungkin.
Lina
2 comments:
semog abah akak cepat sembuh...
izan pun ada ketulan kecik kat pergelangan tgn tp xsakit. tp takot gak jd apa2..harap2 takde apa2..
izan
terima kasih izan
Post a Comment