Tuesday, October 18, 2011

Terima Kasih Zue Annaleeya!

baca entry di blog zue pasal lesen memandunya dah tamat tapi dia tak ingat. jadi selama beberapa bulan ni dia memandu dengan lesen yang dah tamat tempoh.  bila baca tu tergerak lak nak tengok lesen aku.  ohhhh apakah?  adakah aku pun sudah nyanyuk?  banyak makan semut ke aku ni?

zue tahanlah lagi lesen dia tamat bulan 6 tapi aku???  bulan 3 ari tu dah tamat tempoh!!! mati-mati aku ingat hujung tahun ni matinya.  kalian kiralah dah berapa bulan aku bawa kereta dengan lesen mati!  ya Allah apa kenalah aku ni?  nasib baiklah sepanjang tempoh tak ada apa-apa yang berlaku.  jadi tengahari semalam berdesuplah aku ke Pejabat Pos sebab dekat sikit dengan ofis aku.  terus aku renew untuk 2 tahun. ni renew 2 tahun ni mulalah lupa lagi sebab lama kan hehehe.

nilah antara yang bagus berblogging ni.  kadang-kadang bila kita baca blog orang mungkin entry yang dipaparkan tu membuatkan kita peka.  macam entry zue tu lar.  kalau tak sampai tahun depan pun aku tak tahu lesen aku dah mati huhuhu. 


Lina

6 comments:

Ayen... said...

Kahkahkahkahkah.....bukan tanda2 dah tu tapi memang sah2laa dah tua,kahkahkah...

Zue AnnaLeeya said...

hahahah.... blh geng ar tuh lina...
urat dah byk putus, sbb tuh dah nyanyuk...
sabo jerlah...

nih kene blanjer mkn nih lina...
yerla... klu saya tak buat entry, lina x sedar lesen dah mati kan????
ekekekekkk....

Lina said...

ayen

ek elehhh :pppppp

Lina said...

zue annaleeya

itulah pasal...bagus jg kan blog nih hehe

ohhh pasal banjer no hal nanti kita kawtim hehe

eT said...

geng la kite..hehe

Lina said...

et

ohhh et pun sama jg ker hehe