jalan-jalan dari satu blog ke satu blog mataku tertancap pada satu entry ini di blog eqbalzack. ada satu giveaway yang dianjurkan oleh eqbalzack yang haruslah aku ikut serta. bukan saja harus tapi wajib bagi aku untuk join sekali kerana adanya nama Anuar Zain haha. sila tengok apa hadiahnya yer tuan puan. 1 cd siti nurhaliza yang terbaru iaitu album inggerisnya All Your Love dan 1 cd album Anuar Zain yang terbaru. diulang sekali lagi yang terbaru ok.
PRIZE x 1
Winner will get Siti Nurhaliza's latest CD - ALL YOUR LOVE
PRIZE x 1
Winner will get Anuar Zain's latest CD - ANUAR ZAIN
teringat kembali semasa aku pergi menonton konsert Anuar Zain di Istana Budaya pada tahun 2009. masih teringat-ingat dalam kepalaku macam baru jer semalam pergi. kalau nak tahu masa aku pergi konsert tu aku tengah memboyot 8 bulan mengandung. boyot-boyot pun harus gigih pergi sebab bukan senang dan selalu nak pergi konsert Anuar Zain ni. pada siapa yang minat mesti tau kan harga tiket persembahan Anuar Zain bukan calang-calang harga. kalau tak RM500 ke atas tak sah. dah namanya Anuar Zain kannnnn. walau bagaimanapun konsert di Istana Budaya ni harga tiketnya memang mampu beli jadi apa lagi kan harus terjah.
ok atas alasan-alasan di atas...wahhhh mengancam ke alasan aku nih hehe...dek kerana kebarangkalian untuk menonton persembahan Anuar Zain yang amatlah kurang jadi apa salahnya dapatlah kiranya saya memiliki cd Anuar Zain ini hehe. saya tak kisahlah cd Siti Nurhaliza tu nak bagi kepada siapa pun tapi yang saya kisahkan sangat hanya cd Anuar Zain hehe. harap-haraplah dapatlah saya memiliki cd Anuar Zain tersebut yer en eqbalzack.
kepada yang berminat nak join giveaway ini dan memenangi hadiah yang hebat tersebut kenalah cepat-cepat sebab tarikh tutupnya adalah pada hari ini iaitu 5 Oktober 2011. klik saja pada banner di atas untuk maklumat lanjut yer.
Lina
2 comments:
salam,
abg eq singgah review GA anuar vs siti...terima kasih join GA abg eq ni. dalam masa terdekat abg eq umumkan keputusan.
eqbalzack
emmm xde rezeki nak menang huhu
Post a Comment