ok nak sambung cerita pasal raya aku untuk hari raya kedua. aku ada cerita kan dalam entry sebelum ni yang kereta aku sakit lar pulak. pagi raya kedua tu en khairol kat rumah mak ayahnya, aku dengan anak-anak kat rumah mak abah aku lah. aku call pagi tu tanya macam mana, katanya dah beli kipas baru dan nak pasanglah. kena siapkan juga sebab planning raya kedua tu nak pergi Pekan, menziarah kubur dan beraya rumah saudara-mara belah mertua aku ni.
jadi, aku pun tunggulah kat rumah sementara en khairol datang ambil lepas siap baiki kereta tu. tup-tup pak mertua aku datang dengan cucunya. datang ambil aku sambil beraya la sekali. ohhh raya kedua ni kakak aku buat Laksa Johor. memang sedap tapi aku tak makan banyak pun. kakak aku yang seorang ni memang terror memasak, aku rasa memang gifted lar tak macam aku ni yang kureng sikit hehe tapi sedang belajar nak mantapkan skill memasak ni. ye lar sekarang ni macam-macam ada kalau nak belajar memasak. nak dengan tak nak je kan.
lepas pak mertua aku beraya aku dengan anak-anak ikutlah sekali balik. tunggu punya tunggu pukul 1 lebih baru siap baiki kereta aku tu. itupun tak berapa ok juga tapi sebab cuma pergi ke Pekan bolehlah lagi. dalam pukul 2 petang kami pun bergerak secara konvoi 3 buah kereta. kereta aku, kereta mertua aku dan kereta abang en khairol. mula-mula pergi ke kubur dulu di Kuala Pahang. habis di situ barulah beraya kat rumah mak saudara en khairol kat Kuala Pahang juga. lepas tu kami beraya kat Tanjung Agas, rumah mak saudara en khairol juga. aku tak boleh nak tulis exactly kaitan saudara-mara belah en khairol ni sebab rumit sangat. aku pun kadang-kadang tanya banyak kali juga dengan en khairol, orang ni apa kaitannya, orang ni macam mana pula. jadi walaupun orang tu mak saudara sepupu tiri ke aku tetap tulis mak saudara je lar yer. senang takyah susah-susah fikir.
balik dari Pekan dah pukul 6 lebih. dalam perjalanan balik boleh pulak kami ni teringin nak makan nasi malam tu. jadi pergilah kami berdua ni cari lauk. nasib baik ada pasar raya yang dah dibuka raya kedua tu dan ikan pun ada. ala bukan buat lauk beria pun, masak yang simple jer asalkan dapat makan nasi hehe. ohhh malam tu kami balik tidur rumah kami sendiri hehe. itulah dah rumah dekat-dekat jer.
raya ketiga tak ada apa aktiviti sangat. adik-beradik aku 2 orang dah balik ke rumah mertua masing-masing dah tinggal lagi 3 orang tak balik lagi. aku balik rumah mak abah aku sebab nak buat Cornflakes Coklat second round punya. yang 1st round dah habis dimakan dan dibawa balik oleh kakak ipar aku jadi yang 2nd round untuk yang akan balik esok pulak. habis buat Cornflakes Coklat, lepas makan-makan semua malam tu balik ke rumah mertua aku pulak tidur kat situ. memang ulang-alik gitu je lar raya ni.
raya keempat 2 orang lagi adik-beradik aku balik. tinggal kakak sulung aku jer, dia balik hari Ahad. sebab tak ada apa-apa aktiviti aku ambil peluang mengemas rumah aku. susun atur semula perabut-perabut semua. nasib baik ada 2 orang anak saudara en khairol boleh juga tolong. habis mengemas petangnya kami pergi menghantar salah seorang anak saudara en khairol tu ke Maran.
raya kelima iaitu hari Sabtu yang paling sibuk+penat+panas+kenyang sampai sendat perut sebab marathon pergi kenduri kahwin 3 buah rumah. sebetulnya ada 4 jemputan tapi rumah keempat dah tak larat nak pergi. cukuplah setakat 3 buah rumah je lar. malamnya pun ada jemputan juga tapi sekadar memenuhi jemputan tak makan apa pun sebab ini kenduri perkahwinan India. sebenarnya adik jiran depan rumah aku kahwin. majlisnya dibuat di kuil. makan-makan pulak sebelah kuil ada buat khemah semua. bukan taknak makan tapi faham-fahamlah kan. sekadar memenuhi jemputan nanti apa lak katanya kan berjiran lama, berdepan lak tu.
raya keenam iaitu hari Ahad lagilah tak ada apa buat. pergi hantar kakak sulung aku ke terminal bas sebab abah aku tak larat nak bawa kereta. penangan banyak makan daging di hari raya hehe. lepas hantar balik ke rumah mertua aku sebab nak bawa qistina pergi berubat. ada pulak penyakit datang singgah raya ni. alhamdulillah sekarang dah pulih sikit. sepatutnya hari Isnin aku dah start kerja tapi disebabkan qistina tak berapa sihat aku sambung lagi 2 hari. jadi hari Rabu baru start kerja.
sekianlah sudah cerita raya aku untuk tahun 2011 ni. tahun depan beraya rumah mertua akulah dulu nampaknya TAPI tak kisahpun sebab rumah dekat-dekat jer :)
Lina
6 comments:
selamat hari raya inazz & family. kemain meriah lagi cerita raya inazz.
wah2 dikk panjang kisah raya nie :)
salam lina..selamat hari raya..best cite raya lina..meriah..=)
**psst kak wan lum sempat nk wat tutorial ads churp churp tu lg lina..huhu
ruang entry lina tu leh dibesarkan sikit...baru tk nampak crowded..=)
padat tu 4 bijik rumah jemputan..tp takpe,akak berjaya jugak pegi 3 hehe
hamboiiiii.....mcm2 cerita raya kan...heheheheh
Ramei ngat tak sehat raye baru2 ni yek.
Post a Comment