ok bila mood berblogging sudah mariiiiiii mulalah bersusun-susun entry tunggu giliran nak dimasukkan hehe. kalian jangan marah+geram+bosan+meluat dengan entry tertunggak yang hampir nak basi dah ni. banyak cerita-cerita yang aku tak masukkan lagi. kalian janganlah tak baca ek...tolonglah baca ok. jadi bermulalah entry tertunggak aku yang pertama hehe.
kejadian berlaku pada bulan Julai yang lalu iaitu pada 1 hingga 3 Julai 2011. perhatian 3 Julai tu tarikh lahir aku tau (cehhh bajet ada orang wish belated lar tuh dush! dush!). kelab kebajikan pejabat aku ada buat program masuk kampung. kali ni kampung yang dipilih adalah Pos Betau dan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang. kami bertolak pada pagi hari Jumaat dengan 2 buah bas. en khairol pun pergi sama jadinya anak-anak tinggal kat rumah mertua akulah.
destinasi pertama kami adalah di Pos Betau, perkampungan orang Asli. kami sampai kira-kira pukul 3 petang. terlewat lebih kurang 2 jam daripada jadual yang ditetapkan. nak buat macam mana perjalanan jauh hehe. sampai jer kami dijamu dengan minum petang.
apa-apa pun wajib bergambar dulu.
kemudian ada sesi ucapan alu-aluan dan taklimat daripada Tok Penghulu.
ahli rombongan sedang tekun mendengar taklimat.
habis taklimat terus ke acara seterusnya iaitu sukaneka bersama dengan masyarakat orang Ali. game pertama apa lagi acara menyumpitlah. acara ni memang rombongan kami kalah teruk haha.
game boling kelapa. aku yang jaguh boling pun kalah game ni hehe. ahakkkss jaguhlah sangattt...
game lambung kasih
game tiup belon sampai pecah. ada seorang anak orang Asli tu sampai semput-semput tiup belon.
last sekali acara musical chair.
malamnya lak selepas makan-makan semua ada persembahan kebudayaan. kemudian ada karaoke bagailah semua. dekat pukul 1 lar juga baru habis.
persembahan yang ditunggu-tunggu....sewang. memang happening lar.
aku pun tak lepas peluanglah bersewang. bila lagi kan.
bersambung...
Lina
10 comments:
seronok program mcm nie dikk .. erat hubungan kan .. mcm2 acara nie :)
wahhhh... best klu ader acara gini...
blh blajar lagik adat diaorg kan???
Sewang poco2 ande tak.Hahaha...Lagipun koi tak reti nok bersewang2 ni.
amboi kak,bersewang..
kita ni walaupun dlm phg,tp jauh2 kan kak tempat tu huhu
hohohoho....sewang????kl anak2 tgok ni bagus jugak...heheheh
ieda
mmg best kak ieda...di samping berkenalan dgn org kg...mengeratkan lg silaturrahim antara kami jg
zue annaleeya
a'ah blaja adat org di samping menikmati keindahan alam
nizam
hahaha sewang poco2 pun ada...itu kitorang yg buat
izan
mmg wlupun dlm pahang jer tp nak peginya cam dr ktn ke kl lak
azian
sy pun ada amik video ms sewang tuh nantilah upload kat blog
Post a Comment