Wednesday, September 28, 2011

Nasi Keduli

sebenarnya yang aku nak cuba kat bandar Raub adalah seperti gambar di bawah ni.

inilah rupanya Nasi Keduli.  orang Raub mesti tau kan nasi ni.  kalian pernah dengar tak?  aku pertama kali tahu pasal nasi ni sebab tengok ada satu rancangan masakan tu Pelik Tapi Sedap yang dihoskan oleh pelakon Zaibo.  Nasi Keduli ni dimakan bersama dengan sambal hitam dan ayam goreng tapi kalau nak makan dengan lauk lain pun boleh ikut selera masing-masing.  ownernya kata setnya memang macam gambar di atas barulah terasa keenakan nasi tu.

alhamdulillah memang rezeki kami nak makan nasi ni sebab owner restoran tu kata dia dah tak buat hari-hari dah nasi ni disebabkan kecerewetan nak membuatnya dan tak cukup pekerja.  kebetulan hari kami pergi tu dia buat.

ohhh lupa nak cerita nama restorannya Restoran Ratu Rasa.  terletak di tengah-tengah bandar Raub.  senang jer nak jumpa.  berdekatan juga dengan tapak Pekan Sehari Raub.  selain Nasi Keduli ni restoran ni mengumpulkan masakan-masakan tradisional dari setiap daerah di Pahang.  macam kalau Temerloh gulai tempoyak ikan patinlah kan, Pekan dengan puding rajanya dan macam-macam lagilah.

bagi aku sedaplah nasi ni, kena dengan selera.  ada rasa lada hitam dan ketumbar.  siapa yang suka nasi-nasi yang berempah macam ni boleh cuba, tak rugi pun.


Lina

6 comments:

~izan~ said...

akak...pertama kali dgr nasi ni dan tgk gmbrnya..sedap ye kak...tp jauhnya...akak g la bljr buat,pastu ajak izan mkn hehehehe

yan said...

tak pernah makan. teringin gak nak cuba.

WuMing said...

Sedap?... tak pernah try lagi ni...

Lina said...

izan

hehehe nak belajar bole tp nak membuatnya x tau lar sbb mmg leceh dan cerewet membuatnya...ckp owner tu lar

Lina said...

yan

tu lar rsnya x ramai yg tau pasal nasi ni

Lina said...

wuming

bg sy sedap lar x tau lar org lain...sy asal bole lalu tekak kira ok lar hehe