baca blog rakan-rakan blogger sana-sini bercerita pasal raya. aku nak bercerita juga ke pasal hari raya ku? nothing much to story sebab rayaku simple ajer. setiap tahun rutin yang sama. rasanya tak pernah lagi ada rutin yang luar biasa berlaku pada hari raya. walau bagaimanapun untuk tidak spoil the mood orang kata hehe aku ceritalah serba sedikit yer.
tahun ni raya sampai giliran belah aku pula. seronok sebab dapat jumpa semua adik-beradik dan penuh rumah mak abah dengan gelagat cucu-cucu. juga raya kali ni aku cukup puas hati sebab aku telah berjaya tidak membeli walau sejenispun kuih raya! clap! clap! bravo...sila bagi standing ovation sikit haha. kuih raya tu maksudnya biskut-biskut raya yer yang berbentuk cantik, bersusun di dalam balang. kuih-kuih kering tetaplah beli sebab yang tu tak mahir membuatnya ok. sungguh puas hati dapat makan biskut raya buatan sendiri dan melihatnya tersusun di dalam balang kuih rumah mak hehe.
ok berbalik kepada kisah raya. tahun ni menu utama kami sate. kami telah menempah sebanyak 1,200 cucuk sate yer tuan puan. silalah makan sampai kencing berak semua dah bau sate haha. ketupat tetap ada yang dibuat daripada daun kelapa bukan yang readymade yer. kuah kacang mesti ada sebab nak makan dengan sate kan takkan nak makan sate dengan rendang daging lak. kemudian adalah rendang daging, rendang ayam kampung dan kuah lodeh. semua dimasak oleh kakak dan kakak ipar.
seperti biasa pagi raya selepas yang lelaki-lelaki balik dari sembahyang raya adalah sesi-sesi meminta ampun maaf tapi selepas tu buat salah semula hehe. havoc sungguh dengan gelagat budak-budak dan lagi havoc bila masing-masing mengeluarkan sampul-sampul raya. sampai ada yang terbagi sampul kosong haha (anak aku lak yang terkena). fuhhh berpeluh juga yer nak menyerahkan duit-duit raya kepada 14 orang anak-anak saudara. baru 14 tu kalau dah berpuluh nanti tak taulah.
dah setengah hari di rumah mak bergeraklah pulak ke rumah mertuaku. sesiapa yang pernah baca entryku yang lama-lama sure tahu jarak rumah mak abah aku dengan rumah mertuaku. malas lar nak cerita nanti ada lak yang nangis hehe. dalam perjalanan call dulu manalah tau mertua aku pun pergi berjalan. memang betul pun dah keluar berjalan ke rumah anak saudara iaitu sepupu en khairol di Indera Mahkota. ye lar tahun ni mertua aku beraya berempat jer dengan 2 orang cucunya. jadi kami pun terus menuju ke rumah sepupu en khairol tu. lepas beraya kat situ bergerak pulak ke rumah abang en khairol di Balok. habis di situ balik kejap ke rumah sendiri, berehat jap. kemudian balik semua ke rumah mak abah aku.
petangnya kami berkonvoi beraya rumah anak saudara abah, Mok De Yah di Permatang Badak. ini antara rumah wajib pergi masa raya. lepas belasah segala macam di situ hehe beraya pula di rumah keluarga tunang adik aku. rumahnya dekat-dekat situ juga. best sungguh kat situ sebab dihidangkan dengan mee sup. rasa release jap perut. oleh sebab sampai kat situ dah masuk masa Maghrib jadi tak adalah lama sangat. lepas tu terus lar balik rumah. dalam perjalanan balik boleh pulak motor kipas kereta aku rosak. aduhhhh terus suhu naik tinggi. malamnya en khairol balik seorang ke rumah mertua aku sebab nak baiki lar. last last terus tidur kat sana sebab dah malam sangat.
ok ini baru cerita raya pertama. nantilah sambung cerita masa raya kedua pulak. emmm suram jer kan entry ni takde bergambar. nak buat macam mana kamera ku dah rosak jadi tak adalah nak ambil gambar beria sangat. ada jugalah gambar tapi semua kat kamera anak saudara aku. nantilah kalau dah dapat nanti aku letaklah yer.
3 comments:
selamat hari raya lina...mohon maaf zahir dan batin
Kty pun umah mertua sgtlah dkt..blkg umah mak kty jew..jdknya every year mmg raya umah mak kty jap..x sampai 20 min..lagi umah mil..lepas tu lari balik umah mak.keluar masuk gtu2 je..hihihiihi.
selamat hari raya ye lina..andai ada salah dan silap harap dimaafkan ye
oo akak beraya kat sini je ek..
byknyer sate tu kakkk..best sgt2 tu.
Post a Comment