Wednesday, September 28, 2011

Program Masuk Kampung - Pos Betau, Lipis

ok bila mood berblogging sudah mariiiiiii mulalah bersusun-susun entry tunggu giliran nak dimasukkan hehe. kalian jangan marah+geram+bosan+meluat dengan entry tertunggak yang hampir nak basi dah ni.  banyak cerita-cerita yang aku tak masukkan lagi.  kalian janganlah tak baca ek...tolonglah baca ok.  jadi bermulalah entry tertunggak aku yang pertama hehe.

kejadian berlaku pada bulan Julai yang lalu iaitu pada 1 hingga 3 Julai 2011.  perhatian 3 Julai tu tarikh lahir aku tau (cehhh bajet ada orang wish belated lar tuh dush! dush!).  kelab kebajikan pejabat aku ada buat program masuk kampung.  kali ni kampung yang dipilih adalah Pos Betau dan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang.  kami bertolak pada pagi hari Jumaat dengan 2 buah bas.  en khairol pun pergi sama jadinya anak-anak tinggal kat rumah mertua akulah.

destinasi pertama kami adalah di Pos Betau, perkampungan orang Asli. kami sampai kira-kira pukul 3 petang.  terlewat lebih kurang 2 jam daripada jadual yang ditetapkan.  nak buat macam mana perjalanan jauh hehe.  sampai jer kami dijamu dengan minum petang.

apa-apa pun wajib bergambar dulu.  

kemudian ada sesi ucapan alu-aluan dan taklimat daripada Tok Penghulu.

ahli rombongan sedang tekun mendengar taklimat.

habis taklimat terus ke acara seterusnya iaitu sukaneka bersama dengan masyarakat orang Ali.  game pertama apa lagi acara menyumpitlah.  acara ni memang rombongan kami kalah teruk haha.

game boling kelapa. aku yang jaguh boling pun kalah game ni hehe.  ahakkkss jaguhlah sangattt...

game lambung kasih

game tiup belon sampai pecah.  ada seorang anak orang Asli tu sampai semput-semput tiup belon.

last sekali acara musical chair.

malamnya lak selepas makan-makan semua ada persembahan kebudayaan.  kemudian ada karaoke bagailah semua.  dekat pukul 1 lar juga baru habis.


persembahan yang ditunggu-tunggu....sewang.  memang happening lar.

aku pun tak lepas peluanglah bersewang.  bila lagi kan.

bersambung...

Lina

Jalan-Jalan Ke Pasar Sehari Raub

pagi hari Ahad berkesempatan untuk pergi ke Pasar Sehari Raub.  Pasar Sehari ni terletak di tengah-tengah bandar Raub, dekat padang Majlis Daerah Raub.  seronok pergi situ sebab boleh dapat bermacam-macam jenis sayur-sayur kampung.

ini buah perah.  nak menyediakannya sebelum dimakan rumit sikit.

saja jer ambil gambar rebung ni 

suasana di bahagian sayur-sayur

gerai jual jagung mutiara.  banyak sungguh jagung yang dibawa, berguni-guni.  aku pun beli juga nak bawa balik.

sebelah kanan tu simpang nak masuk ke rumah Mak Ngah aku.  saja ambil buat kenangan sebab bila Empangan Klau tu dibina dah tak dapat dah lalu sini.

ni nak masuk simpang lar ni, RTP Lembah Klau

tak taulah nanti akan datang dapat lagi tak qistina tengok tempat dia bergambar ni.  kemungkinan tanah-tanah ni akan diambil disebabkan pembinaan empangan tu lah.

kami bertolak balik dari Raub kira-kira pukul 2.30 petang.  hala balik ni kami ikut Lanchang, cepat jer sampai.  hajat hati nak singgah Kuala Gandah tapi kesuntukan masa.  lain kali lar kot.


Lina

Nasi Keduli

sebenarnya yang aku nak cuba kat bandar Raub adalah seperti gambar di bawah ni.

inilah rupanya Nasi Keduli.  orang Raub mesti tau kan nasi ni.  kalian pernah dengar tak?  aku pertama kali tahu pasal nasi ni sebab tengok ada satu rancangan masakan tu Pelik Tapi Sedap yang dihoskan oleh pelakon Zaibo.  Nasi Keduli ni dimakan bersama dengan sambal hitam dan ayam goreng tapi kalau nak makan dengan lauk lain pun boleh ikut selera masing-masing.  ownernya kata setnya memang macam gambar di atas barulah terasa keenakan nasi tu.

alhamdulillah memang rezeki kami nak makan nasi ni sebab owner restoran tu kata dia dah tak buat hari-hari dah nasi ni disebabkan kecerewetan nak membuatnya dan tak cukup pekerja.  kebetulan hari kami pergi tu dia buat.

ohhh lupa nak cerita nama restorannya Restoran Ratu Rasa.  terletak di tengah-tengah bandar Raub.  senang jer nak jumpa.  berdekatan juga dengan tapak Pekan Sehari Raub.  selain Nasi Keduli ni restoran ni mengumpulkan masakan-masakan tradisional dari setiap daerah di Pahang.  macam kalau Temerloh gulai tempoyak ikan patinlah kan, Pekan dengan puding rajanya dan macam-macam lagilah.

bagi aku sedaplah nasi ni, kena dengan selera.  ada rasa lada hitam dan ketumbar.  siapa yang suka nasi-nasi yang berempah macam ni boleh cuba, tak rugi pun.


Lina

Tuesday, September 27, 2011

Gedik Santai Ke Raub

hujung minggu yang lepas aku sekeluarga telah balik ke Raub, rumah Mak Ngah.  perancangan last minute sebenarnya.  mulanya nak bertolak hari Jumaat malam Sabtu selepas balik kerja tapi memandangkan jemputan rumah terbuka yang bersusun jadi ditunda ke pagi Sabtu.

bosan di atas highway LPT, bergambar sakan kami 3 beranak di dalam kereta

amsyar pun dah pandai bergaya lagilah syok

mamanya pun tak kalah nak menggedik juga hehe...en khairol tak boleh dilibatkan dalam perkara ni nanti ke lain pulak keretanya

amsyar lak nak bergambar dengan mamanya...dia bolehlah ke depan sebab saiz kecil...qistina sukalah kalau suruh dia ambilkan gambar

kali ni kami balik melalui bandar Bentong dan Raub.  selalunya kami keluar ikut exit Lanchang, lalu ikut Mempaga dan sampai ke Lembah Klau, lagi dekat.  ada sebabnya ikut Bentong tu sebab en khairol nak pergi kedai bundle yang selalu simpan stok tshirt ikannya.  lalu ikut bandar Raub pulak sebab nak try something.  nanti aku cerita dalam entry seterusnya.

inilah kedai bundle tu tapi ni bukan kedai yang en khairol selalu pergi ni owner baru.  kedai bundle yang lama tu katanya dah pindah ke Karak.  alang-alang dah sampai en khairol pun carilah juga kalau ada tshirt ikan yang dia berkenan.  adalah dapat 2 helai.  bersambung...

Lina

Aku Masih Di Sini

yup! masih di sini, tak pergi mana-mana pun.  bukan tak ada apa-apa nak diceritakan...ada...banyak sangat cuma masa tidak mengizinkan.  sedikit sibuk kerana aku dan en khairol sedang merancang sesuatu.  sesuatu yang besar juga berkaitan dengan masa depan.  sekarang ni memang aku selalu memikirkan mengenai masa depan.  ye lar takkan nak duduk takuk ni je kan.  memanglah hidup aku sekarang ni selesa tak ada apa-apa masalah dan aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada setakat ni tapi  masa hadapan kita tak tau apa akan berlaku kan.  kalau kita tak bertindak dari sekarang sampai bila-bila pun tak berubah.  taknaklah setakat selesa nak juga rasa lebih selesa.

apa-apapun kalau perancangan aku ni jadi aku akan kongsi dengan kalian semua.  tak sabar juga nak memulakan dan nak tengok hasilnya hehe.  apapun aku akhiri entry aku ni dengan gambar tuan punya blog ni kat bawah ni yer.

cute tak inner yang aku pakai tu?  cantik tak?  berminat??? tungguuuuuuuuuuuuu...

p/s : oh yer ok tak wajah baru blog aku ni? saja nak berubah selera...memang lama dah nak ubah hari ni baru berkesempatan...kak wan kalamhati pun ada komen blog lama aku tu nampak serabut sikit...so camne kak wan dan kalian semua ok tak?  

Lina

Friday, September 9, 2011

Sambung Lagi Cerita Raya

ok nak sambung cerita pasal raya aku untuk hari raya kedua.  aku ada cerita kan dalam entry sebelum ni yang kereta aku sakit lar pulak.  pagi raya kedua tu en khairol kat rumah mak ayahnya, aku dengan anak-anak kat rumah mak abah aku lah.  aku call pagi tu tanya macam mana, katanya dah beli kipas baru dan nak pasanglah.  kena siapkan juga sebab planning raya kedua tu nak pergi Pekan, menziarah kubur dan beraya rumah saudara-mara belah mertua aku ni.

jadi, aku pun tunggulah kat rumah sementara en khairol datang ambil lepas siap baiki kereta tu.  tup-tup pak mertua aku datang dengan cucunya.  datang ambil aku sambil beraya la sekali.  ohhh raya kedua ni kakak aku  buat Laksa Johor.  memang sedap tapi aku tak makan banyak pun.  kakak aku yang seorang ni memang terror memasak, aku rasa memang gifted lar tak macam aku ni yang kureng sikit hehe tapi sedang belajar nak mantapkan skill memasak ni.  ye lar sekarang ni macam-macam ada kalau nak belajar memasak.  nak dengan tak nak je kan.

lepas pak mertua aku beraya aku dengan anak-anak ikutlah sekali balik.  tunggu punya tunggu pukul 1 lebih baru siap baiki kereta aku tu.  itupun tak berapa ok juga tapi sebab cuma pergi ke Pekan bolehlah lagi.  dalam pukul 2 petang kami pun bergerak secara konvoi 3 buah kereta.  kereta aku, kereta mertua aku dan kereta abang en khairol.  mula-mula pergi ke kubur dulu di Kuala Pahang.  habis di situ barulah beraya kat rumah mak saudara en khairol kat Kuala Pahang juga.  lepas tu kami beraya kat Tanjung Agas, rumah mak saudara en khairol juga.  aku tak boleh nak tulis exactly kaitan saudara-mara belah en khairol ni sebab rumit sangat.  aku pun kadang-kadang tanya banyak kali juga dengan en khairol, orang ni apa kaitannya, orang ni macam mana pula.  jadi walaupun orang tu mak saudara sepupu tiri ke aku tetap tulis mak saudara je lar yer.  senang takyah susah-susah fikir.

balik dari Pekan dah pukul 6 lebih.  dalam perjalanan balik boleh pulak kami ni teringin nak makan nasi malam tu.  jadi pergilah kami berdua ni cari lauk.  nasib baik ada pasar raya yang dah dibuka raya kedua tu dan ikan pun ada.  ala bukan buat lauk beria pun, masak yang simple jer asalkan dapat makan nasi hehe.  ohhh malam tu kami balik tidur rumah kami sendiri hehe.  itulah dah rumah dekat-dekat jer.

raya ketiga tak ada apa aktiviti sangat.  adik-beradik aku 2 orang dah balik ke rumah mertua masing-masing dah tinggal lagi 3 orang tak balik lagi.  aku balik rumah mak abah aku sebab nak buat Cornflakes Coklat second round punya.  yang 1st round dah habis dimakan dan dibawa balik oleh kakak ipar aku jadi yang 2nd round untuk yang akan balik esok pulak.  habis buat Cornflakes Coklat, lepas makan-makan semua malam tu balik ke rumah mertua aku pulak tidur kat situ.  memang ulang-alik gitu je lar raya ni.

raya keempat 2 orang lagi adik-beradik aku balik.  tinggal kakak sulung aku jer, dia balik hari Ahad.  sebab tak ada apa-apa aktiviti aku ambil peluang mengemas rumah aku.  susun atur semula perabut-perabut semua. nasib baik ada 2 orang anak saudara en khairol boleh juga tolong.  habis mengemas petangnya kami pergi menghantar salah seorang anak saudara en khairol tu ke Maran.  

raya kelima iaitu hari Sabtu yang paling sibuk+penat+panas+kenyang sampai sendat perut sebab marathon pergi kenduri kahwin 3 buah rumah.  sebetulnya ada 4 jemputan tapi rumah keempat dah tak larat nak pergi.  cukuplah setakat 3 buah rumah je lar.  malamnya pun ada jemputan juga tapi sekadar memenuhi jemputan tak makan apa pun sebab ini kenduri perkahwinan India.  sebenarnya adik jiran depan rumah aku kahwin.  majlisnya dibuat di kuil.  makan-makan pulak sebelah kuil ada buat khemah semua. bukan taknak makan tapi faham-fahamlah kan.  sekadar memenuhi jemputan nanti apa lak katanya kan berjiran lama, berdepan lak tu.

raya keenam iaitu hari Ahad lagilah tak ada apa buat.  pergi hantar kakak sulung aku ke terminal bas sebab abah aku tak larat nak bawa kereta.  penangan banyak makan daging di hari raya hehe.  lepas hantar balik ke rumah mertua aku sebab nak bawa qistina pergi berubat.  ada pulak penyakit datang singgah raya ni.  alhamdulillah sekarang dah pulih sikit.  sepatutnya hari Isnin aku dah start kerja tapi disebabkan qistina tak berapa sihat aku sambung lagi 2 hari.  jadi hari Rabu baru start kerja.

sekianlah sudah cerita raya aku untuk tahun 2011 ni.  tahun depan beraya rumah mertua akulah dulu nampaknya TAPI tak kisahpun sebab rumah dekat-dekat jer :)


Lina

Thursday, September 8, 2011

Cerita Rayaku

baca blog rakan-rakan blogger sana-sini bercerita pasal raya.  aku nak bercerita juga ke pasal hari raya ku?  nothing much to story sebab rayaku simple ajer.  setiap tahun rutin yang sama.  rasanya tak pernah lagi ada rutin yang luar biasa berlaku pada hari raya.  walau bagaimanapun untuk tidak spoil the mood orang kata hehe aku ceritalah serba sedikit yer.

tahun ni raya sampai giliran belah aku pula.  seronok sebab dapat jumpa semua adik-beradik dan penuh rumah mak abah dengan gelagat cucu-cucu.  juga raya kali ni aku cukup puas hati sebab aku telah berjaya tidak membeli walau sejenispun kuih raya!  clap! clap! bravo...sila bagi standing ovation sikit haha.  kuih raya tu maksudnya biskut-biskut raya yer yang berbentuk cantik, bersusun di dalam balang.  kuih-kuih kering tetaplah beli sebab yang tu tak mahir membuatnya ok.  sungguh puas hati dapat makan biskut raya buatan sendiri dan melihatnya tersusun di dalam balang kuih rumah mak hehe.

ok berbalik kepada kisah raya.  tahun ni menu utama kami sate.  kami telah menempah sebanyak 1,200 cucuk sate yer tuan puan.  silalah makan sampai kencing berak semua dah bau sate haha.  ketupat tetap ada yang dibuat daripada daun kelapa bukan yang readymade yer.  kuah kacang mesti ada sebab nak makan dengan sate kan takkan nak makan sate dengan rendang daging lak.  kemudian adalah rendang daging, rendang ayam kampung dan kuah lodeh.  semua dimasak oleh kakak dan kakak ipar.

seperti biasa pagi raya selepas yang lelaki-lelaki balik dari sembahyang raya adalah sesi-sesi meminta ampun maaf tapi selepas tu buat salah semula hehe.  havoc sungguh dengan gelagat budak-budak dan lagi havoc bila masing-masing mengeluarkan sampul-sampul raya.  sampai ada yang terbagi sampul kosong haha (anak aku lak yang terkena).  fuhhh berpeluh juga yer nak menyerahkan duit-duit raya kepada 14 orang anak-anak saudara.  baru 14 tu kalau dah berpuluh nanti tak taulah.

dah setengah hari di rumah mak bergeraklah pulak ke rumah mertuaku.  sesiapa yang pernah baca entryku yang lama-lama sure tahu jarak rumah mak abah aku dengan rumah mertuaku.  malas lar nak cerita nanti ada lak yang nangis hehe.  dalam perjalanan call dulu manalah tau mertua aku pun pergi berjalan.  memang betul pun dah keluar berjalan ke rumah anak saudara iaitu sepupu en khairol di Indera Mahkota.  ye lar tahun ni mertua aku beraya berempat jer dengan 2 orang cucunya.  jadi kami pun terus menuju ke rumah sepupu en khairol tu.  lepas beraya kat situ bergerak pulak ke rumah abang en khairol di Balok.  habis di situ balik kejap ke rumah sendiri, berehat jap.  kemudian balik semua ke rumah mak abah aku.  

petangnya kami berkonvoi beraya rumah anak saudara abah, Mok De Yah di Permatang Badak.  ini antara rumah wajib pergi masa raya.  lepas belasah segala macam di situ hehe beraya pula di rumah keluarga tunang adik aku.  rumahnya dekat-dekat situ juga.  best sungguh kat situ sebab dihidangkan dengan mee sup.  rasa release jap perut.  oleh sebab sampai kat situ dah masuk masa Maghrib jadi tak adalah lama sangat.  lepas tu terus lar balik rumah.  dalam perjalanan balik boleh pulak motor kipas kereta aku rosak.  aduhhhh terus suhu naik tinggi.  malamnya en khairol balik seorang ke rumah mertua aku sebab nak baiki lar.  last last terus tidur kat sana sebab dah malam sangat.

ok ini baru cerita raya pertama.  nantilah sambung cerita masa raya kedua pulak.  emmm suram jer kan entry ni takde bergambar.  nak buat macam mana kamera ku dah rosak jadi tak adalah nak ambil gambar beria sangat.  ada jugalah gambar tapi semua kat kamera anak saudara aku.  nantilah kalau dah dapat nanti aku letaklah yer.

Lina
Share |