Wednesday, August 24, 2011

Waniez Craft 1st Giveaway



tengok kat shoutbox ada jemputan untuk sertai giveaway daripada Waniez Craft.  emm kalau nak cuba apa salahnya kan.  tak rugi apa pun.  syarat-syaratnya pun senang amat.  yang lagi best kita boleh pilih sama ada nak join melalui blog atau facebook ataupun kedua-duanya sekali.  kalau join dua-dua penyertaan kita pun dikira 2 juga tau.

ok semua syarat-syarat aku dah buat.  aku join melalui blog jer.  kalau kalian berminat nak join juga bolehlah klik pada banner di atas yer.  tarikh tutup penyertaan pada 26 Ogos 2011.  jadi, cepat-cepat yer.


Lina

Tuesday, August 23, 2011

Marble Cheese Cake

teringat-ingat kelazatan Marble Cheese Cake izan masa geder-geder ari tu.  terasa keenakan coklatnya dan keju yang mencair di dalam mulut. alamak kecur dah air liur nih.  disebabkan tersangat teringat-ingat maka baru sebentar tadi bersms dengan izan minta izan buatkan.  2 biji sekali ko order!  ini nak makan sampai termuntah nih hehehe.

gambar copy pasta daripada blog izan

terima kasih yer izan kerana sudi menerima order daripada kakakmu ini yang dah macam orang ngidam (lebih daripada kak zia lak hehe).  tak sabar nak tunggu hari Khamis ni :)


Lina

Monday, August 22, 2011

Berbahagialah Kau Di Sana

aku baru saja baca kisah pasal Dania Emelda Aqasha yang didiagnoise leukimia awal tahun ni.  aku sebenarnya nak buat entry pasal ni lepas baca di blog ayu dan lepas tu aku pergi ke blog ibu Dania ni.  tup tup aku tengah nak karang entry dapat latest news yang Dania  dah kembali ke rahmatullah.  ya Allah sedihnya aku rasa.  sebak dada ni sekejap.  bergenang air mata.  anak kecil ni dah kembali mengadap Penciptanya.  Allah s.w.t. lebih sayangkan dia.



sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah.  buat leen, ibu arwah kuatkan semangat dan tabah menghadapi dugaan ini.  takziah diucapkan.

kalau kalian nak ucapkan takziah dan nak baca rentetan kisah Dania ni  bolehlah ke blog ini alyn9479.  

Lina

Sunday, August 21, 2011

First Giveaway by Amalina Athman


kemenangan pertama GA duit raya hari tu telah meluap-luapkan semangat untuk join lagi dan lagi...dan lagi...dan lagi...GA.  jadi kali ni nak join GA yang dianjurkan oleh adik Amalina Athman ni.  hadiah-hadiahnya nampak macam lumayan sebab ramai sponsornya.

syarat-syarat adalah seperti berikut:-

1- Jadi follower blog ini ( optional/tak wajib )
2- Buat satu entry bertajuk " First Giveaway by Amalina Athman"
3- Copy n paste banner di atas ke dalam entry tersebut serta backlink ke entry ini.
4- Masukkan senarai sponsor dibawah ni dalam entry penyertaan anda:


5- Follow blog sponsor di atas(wajib).Bagi shawl's gallery, sila like page shawl's gallery kat facebook.(wajib)
6- Tag beberapa orang blogger( tak wajib ) 
7- Setelah selesai mengikuti syarat2 di atas, hantarkan penyertaan anda di ruangan komen kat entry ni. Jika hantar di ruangan komen entry yang lain, tidak akan di layan.

ok dah siap dah.  harap-harap penyertaan ni diterima yer.  kepada yang berminat nak join sama klik saja pada banner kat atas tu k.


Lina

Bulan Berputar di Atas Kaabah?

"Assalamualaikum semua, pagi ini jam 8.25 pagi waktu m'sia akan berlaku bulan akan berada dan berputar di atas kaabah.  Berlaku begini 10 juta tahun sekali.  Maklumat jabatan ostronomi negara.  Semua doa dan amalan lain yang sesuai.  Mlmnya pula ikut kiraan ulamak muktabar yang boleh dipercayai akan berlaku lailatul qadar.  Mlm ni 21 kan! Sama2lah kita usahakan.  InsyaAllah."

kalian ada tak yang dapat sms macam ni?  rasanya mesti dah disebarkan ke semua orang melalui sms.  nak percaya sangat pun tak boleh juga tapi kalau tak percaya pulak ini semua kuasa Allah S.W.T. kan.  kalau Dia kata jadi, jadilah ia.  lagipun macam malam lailatul qadar tu kita tak tau bila cuma disebut 10 malam terakhir Ramadan.  mungkin berlaku malam ni, mungkin malam esok, lusa ke.  cuma sekarang ni yang  penting tingkatkan amalan kita dan berusaha, insyaAllah.


Lina

Tuesday, August 16, 2011

Menang 1st GA Untuk Tahun 2011



nak share satu berita gembira.  memang betul-betul rezeki bulan Ramadan ni lar sebab aku ni memang jarang bernasib baik kalau menang cara cabutan bertuah ni.  pulak tu aku join last minute.  memang nak jadi rezeki lar hehe.

apa beritanya yer?  sebenarnya aku join GA yang dianjurkan oleh mamatisya.  GA nya mencari 10 orang yang bertuah untuk mendapat duit raya sebanyak RM5.  mungkin bagi sesetengah orang alah apalah sangat RM5 tu kan.  ishhh kira banyak lar tu kalau sekarang ni boleh dapat sebungkus gulai kawah tu hehe.

kalau ikut senarai yang mamatisya buat aku no. 70 :)

terima kasih yer mamatisya kerana buat GA ni.  tak sia-sia join padahal dah last minute dah hehe. terima kasih sekali lagi.

nota : kemenangan 1 untuk tahun 2011

Lina

Monday, August 15, 2011

Kuih 10 Biji RM1, Murtabak RM1 Di Stadium Darulaman


bukan gambar sebenar : sumber dari google

Kebiasaanya kuih muih dijual pada harga RM1 untuk 3 biji manakala murtabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini. Berbeza dengan bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darulaman, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuih muih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji. Pergh!  memang alah membeli menang memakan.
Sumber - mynewshub.my



Petikan berita diambil dari blog akuanakpahang.

wahhh kalau macam ni lar harga kuihnya aku pun nak hehe.  memang respek lar kepada peniaga ni sebab tidak memikirkan untung semata-mata.  ye lar kalau nak dikira dengan harga barang sekarang ni rasanya kalau jual kuih harga macam tu memang tak balik modal tapi mana tau kan dengan keberkatan bulan Ramadan ni dan keikhlasan dia berniaga, dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.  kat Kuantan ni nak dapat harga kuih macam tu emmm memang tak adalah.


Lina

Giveaway from Moscow by Miszlullaby


tengah-tengah seronok berblogwalking terbaca pasal satu GA ni yang dianjurkan oleh www.miszlullaby.com. aku pun dengan suka-sukinya teringin lak nak join.  saja cuba-cuba manalah tau ter 'random pick' blog aku kan hehe.  seperti biasa bila ada GA adalah syarat-syaratnya.  bila ada syarat-syarat adalah GAnya hehe melalut dah aku ni.

SYARAT-SYARAT:

1)Buat satu entry bertajuk " Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar.
3)Be my FOLLOWER.
4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang.
5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW.
6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah.



TARIKH TUTUP: MAYBE 30/8/2011 

ok semua syarat-syarat tu aku dah buat cuma tinggal nak tag 5 orang rakan jer.  emmm nak tag siapa ya?  baiklah 5 orang yang bertuah tersebut adalah...

3) zue

harap-harap penyertaan aku ni diterima ya.  kepada kalian yang nak join sama GA ni klik saja pada banner kat atas tu yer.

Lina

Friday, August 12, 2011

Cantiknya Dress Kahwin Mizz Nina

Gambar : Kredit kepada Beatifulnara

aku tahu cerita pasal perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina ni dah basi tapi aku cuma nak beritahu yang aku sukaaaaaaaa sangat dress Mizz Nina dalam gambar kat atas. ohemji... cantiknyaaaa!!!   putih berkrim macam kek kat sebelah dia tu jer.  suka...suka...suka...!!!

Lina

Friday, August 5, 2011

Sayangku Amsyar Iqbal Sudah 2 Tahun!



pejam celik pejam celik sudah 2 tahun berlalu semenjak aku lahirkan amsyar.  besar dah anak mama, dah 2 tahun dah.  ingat lagi masa mula-mula aku mengandungkan amsyar, mama kena alahan mengandung yang sangat teruk.  tak seperti masa mengandungkan qistina. masa tu tak boleh langsung masuk makanan...makan, muntah...makan, muntah...bayangkan minum air masak pun boleh keluar balik.  kemuncaknya aku admitted kat HTAA sebab dah terlalu lemah.  ye lar dah tak makan, tak minum mana nak ada tenaga.

walaupun aku mengalami alahan yang teruk tapi semua tu aku lupakan sebaik sahaja  amsyar lahir ke dunia.  alhamdulillah aku dikurniakan anak yang sihat, sempurna, comel dan keletah.  dah 2 tahun ni lagilah keletahnya.

SELAMAT HARI LAHIR mama ucapkan.  mama doakan amsyar menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.  semoga amsyar memperoleh kejayaan yang gemilang di masa hadapan, insyaAllah.  mama, ayah dan kakak saaaaaaayang sangat dengan amsyar tau!


Lina
Share |