thanks kepada semua yang memberi komen pada entry aku sebelum ni pasal London Weight Mgt ni. rupa-rupanya ada yang dah ada pengalaman pasal ni. untuk pengetahuan korang aku pergi jugalah appointment tu dan buat treatment yang free tu. bukan apa saje aku nak cuba dan nak rasa treatment tu macam mana. ye lar kita tengok kat iklan-iklan syarikat yang kuruskan badan ni...dia punya testimoni memang dasyat. dalam 3 bulan turun lebih 10 kg kan cam tak masuk diakal jer. memang masa sesi consultation tu consultant tu punya ayat memang power. seboleh-boleh lepas treatment tu dia nak kita lanjutkan lagi. kalau lanjutkan lagi of course lar kena bayar lar kan. takper pasal tu aku cerita kemudian. ni nak cerita apa treatment yang aku dapat tu.
treatment ni berlangsung selama 3 jam. sejam yang pertama adalah sesi consultation. sesi ni macam-macamlah yang pihak London ni tanya. life kita macam mana...ada penyakit ke tak...pernah nak kuruskan badan ker...apa tindakan yang kita buat...pas tu dia timbang berat dan ukur tinggi. pas tu dia tengok body kita...dia bagitau lar kat mana yang patut dikecilkan semua.
lepas sesi consultation barulah bermula treatmentnya. first sekali mandi wap. adalah dekat 30 minit. kalau tak tahan wap tu boleh keluar sekejap dari bilik...redakan badan semua pas tu masuk balik. lepas mandi wap masuk pulak bilik untuk scrub. scrub satu badan yer lepas tu dia balut tubuh kita dengan plastik dan blanket panas. dekat setengah jam jugaklah sampai aku dah resah gelisah dah sebab tak boleh gerak pas tu memang berpeluh-peluh lar. habis sesi tu boleh mandi bersihkan badan semua. lepas mandi kena timbang.
lepas timbang berat masuk pulak bilik seterusnya untuk sesi seterusnya. dalam sesi ni mula-mula pihak London ukur lilit dulu bahagian-bahagian badan yang harus dikecilkan seperti kat paha, perut, pinggang dan lengan. kemudian aku kena baring dan dipasangkan alat kat bahagian-bahagian tersebut. alat ni akan menghasilkan getaran menggunakan kuasa elektrik. sesi ni adalah untuk pecahkan lemak. dalam setengah jam jugaklah sesi ni. lepas selesai sesi ni bahagian-bahagian tersebut akan diukur semula. memang adalah juga perbezaannya.
dah selesai semua timbang lagi berat. memang ada kuranglah daripada first aku timbang. pas tu pakai baju semua dan sesi consultation semula. pihak London ni tunjuklah hasil pengurangan berat dan pengecilan bahagian-bahagian tertentu tu. kemudian dia ada bagi beberapa produk dia untuk digunakan.
adakah aku akan lanjutkan lagi treatment ni? hehehe kalau korang jumpa aku dalam 3 bulan lagi aku dah slim memang aku lanjutkan lar kalau tak takde maknanya hehe. apapun satu pengalaman yang berguna juga yang aku perolehi dengan treatment ni.
2 comments:
x sabonyelaa rasa nak nengok kekurusan yg u alami,kuikuikui....
slmt berpuasa kak...
tp smlm izan tgk akak kurus je..konpius jap hehe
Post a Comment