Thursday, July 21, 2011

London Weight Management

aku rasa dalam minggu lepas atau dua minggu lepas aku ada saja-saja hantar sms peraduan yang dibuat oleh London Weight Management...ala yang nak kurus-kurus badan ni hehe.  aku baca pasal peraduan ni dalam The Star.  alar senang sangat bendanya cuma suai padankan gambar.  dia ada letak 3 gambar selepas turun berat badan dan 3 gambar sebelum.  jadi suai padankan yang mana berkenaan.  aku pun saja-saja lar buat dan hantar jawapan dengan sms.  lepas tu biasalah aku tak berharap pun kan.  tup tup petang semalam ada dapat call dari headoffice dia kat KL.  Chinese yang cakapnya aku pulak masa tu tengah sakit perut jadi macam tak tumpu perhatian sangatlah.  yang aku ingat dia cakap aku dapat hadiah saguhati berupa produk dia berharga RM68, lepas tu percuma treatment bernilai RM300 dan voucher bernilai RM300.  untuk treatment percuma tu dia suruh aku bagitau bila tarikh aku boleh buat sebab nak setkan terus appointment.  katanya treatment tu selama 3 jam jadi haruslah buat hari cuti kan.  aku pun malas nak fikir panjang cakaplah hari Ahad ni.  so, untuk confirmkan katanya hari ni nak call semula.  kat Kuantan ni tempatnya kat Megamall.  korang rasa aku patut pergi tak?  rasa-rasa boleh percaya ker?  manalah tau tiba-tiba kat sana ada yang kena bayar ker.  aku ni tak biasa benda-benda macam ni hehe.

Lina

8 comments:

~izan~ said...

apa kata double check plak dgn yg kat sini...hehe...tp tahniah la sbb menang n sangkut jugak hehehe

Ayen... said...

hehehe...rasanya mcm akan terkena je lepas pada tu sbb mcm lebih kurang yg Ena Qalinsya dapat dulu je ni...

Rozita Ceritaita said...

ada kawan pesan ni:
1.jangan bawak cash
2.jangan bawak kad kredit/ jgn kata ada pun..hehe..

kawan ni dah kena dgn slim world.. diorang akan pegang kita sampai kita terikat dgn perjanjian ribu riban tu...

ambik je yg dibagi free pastu balik.. hehe ok kan?

Unknown said...

ekekeke br nak jwb tp emcek ayengiggs dh jawab dulu.. aku penah kena, smp sana trus kompom tp dia wt ayat kalo kite guna treatment ni lg cpt mnurun so pelagi, kasi sign kad kedit je r ekekeke...

Lina said...

izan

hehe double check dgn izan ek tu lar bole sangkut pulak padahal klu sblm ni masuk apa2 susah nak dpt...strategi diorang kot

Lina said...

ayen

ye ker ayen ena penah dpt ke dulu

Lina said...

rozita

sy dah pegi n mmg x bawa cash aper...credit card apatah lg sbb mmg x penah ada pun...sy buat treatment yg free tu

alamak klu terikat tu yg takut tuh

Lina said...

ena

ko dpt yg london ni jg ker @ yg lain

Share |