Wednesday, July 13, 2011

Hari Keluarga dan Sukaneka


dalam bulan Jun yang lepas KRT kawasan rumah aku ada anjurkan Hari Keluarga.  program berlangsung pada hari Ahad.  nak tak nak kena juga libatkan diri ye lar masa ni lah nak berjumpa dengan jiran tetangga.  kalau tak sibuk jer pergi kerja pagi, balik petang dah gelap memang tak jumpa sesiapa lar.  lagipun en khairol pulak Timbalan Pengerusi KRT jadi tak sedap sangatlah kalau tak pergi kan hehe.


seperti biasa yang meriah bila Hari Keluarga ni adalah acara sukaneka untuk kanak-kanak.  sekarang ni qistina dah ok bila suruh join main sukaneka ni.  mungkin sebab dah beberapa kali dia dapat hadiah, seronok agaknya tu.

yang di belakang qistina tu member lama dia, nurul.  sebelum family aku dan family nurul berjiran tapi diorang dah pindah ke rumah sendiri tapi tak jauh juga perumahannya.  disebabkan ayah nurul ni masih lagi jadi ahli KRT taman aku ni jadi dijemput jugalah hadir.


urusetia tengah memberi arahan.

amsyar yang tak duduk diam. 

acara bawa telur dalam sudu.  tak menangpun tapi dapat juga hadiah saguhati.

ini time makan.  pihak urusetia sediakan mee goreng dan puding.  air sepanjang masa ada.

ini aku tak ingat acara apa.  tengok amsyar tu pun nak join sama tak padan ngan kecik hehe.

ucapan daripada YB. Pang Tsu Ming yang sudi hadir memeriahkan program dan memberi hadiah kepada pemenang.

seronok juga sekali-sekala buat Hari Keluarga macam ni.  baru kenal jiran tetangga yang selama ni kalau jumpa hanya sempat senyum jer tak sempat nak bertanya khabar semua.  harap-harap tahun depan acara macam ni dapat diadakan lagi. 


Lina

No comments: