Monday, June 27, 2011

Apam Polkadot


mempunyai sedikit waktu yang senggang pada hari Ahad memberi idea untuk mencuba membuat
kuih yang sedang 'in' pada masa ini iaitu Apam Polkadot.  apa yang menariknya Apam Polkadot ini kerana warna dan hiasan dotnya yang berwarna-warni.  haha 15 biji yang pertama menjadi percubaan yang kurang menjadi dengan apamnya menjadi mekar setaman dan dotnya hanya sebesar titik.  silap aku juga kerana tidak meletakkan paper cup ke dalam acuan yang betul semasa mengukus.  percubaan selepas itu amat menggembirakan aku kerana hasilnya seperti di dalam gambar di atas.  ok warnanya mungkin tidak begitu menarik tapi akan diperbaiki nanti selepas ini.  filling nya aku cuma isikan jem strawberry yang tidak habis-habis lagi di dalam peti sejuk.  oh ya resepi apam ini aku dapatkan di blog kak jun yang kak jun cuba dari blog hanamemories.  kalau kalian nak cuba juga di sini aku paparkan resepinya.

•3 biji telur - dari peti sejuk


•275 gm tepung gandum

•220 gm gula halus - hana kurangkan
•150gm susu segar

•3 sudu teh baking powder

•1 sudu kecil ovallete

•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)-aku letak jem strawberry

•Pewarna

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5.Picitkan blueberry filling secukupnya.

6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:
•Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

•Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Lina

3 comments:

[sutera kasih] said...

wahhhh apam polkadot la !! hehe

Lina said...

sutera kasih

hehehe first time cuba...alhamdulillah menjadi

I E Z S M Y said...

cam senang je...comel2. buat biru putih mesti lagi comel..haha

Share |