Cabaran Penuh Liku
Lazimnya Kan Berlalu
Bila Cinta Bersatu
Segala Prasangka
Yang Datang Tanpa Rela
Diatasi Segera
Belum Bertemu Adanya Sangsi
Inilah Nyatanya Hakiki
Walaupun Pedih
Mengguris Tabah
Harus Kita Fikirkan
Cinta Sebenar...Naluri
Ada Sabar...Nikmati (Serasi)
Tiada Gentar Luahkanlah Hatimu
Inilah Buktinya Cinta Yang Di Akhir Garisan
Aku Rela...Sebutkan
Jangan Gentar...Buktikan
Luahkanlah Hatimu
Inilah Buktinya Cinta Yang Di Akhir Garisan
Setelah Dengan Ikhlas
Memberi Tanpa Balas
Usah Diam Membisu
Kau Cari Pintu Hati
Kau Buka Dengan Janji
Keikhlasanku Nanti
Jangan Memendam Luahkan Rasa
Curahkan Semua
Di Situ Kau Dapat Rasakan
Kebenaran Menyala
Walaupun Kau Masih Mencari Cinta
Jika Kau Berdusta Kata
Hancurlah Segala
Hatimu Yang Sebenar Mencurah Rasa
Terima Semuanya Dirimu Yang
Punca Segala Bahagia
- Nora, Ziana Zain, Ning Baizura & Dessy Fitri
Lina
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Three Layer Tea
ini minuman kegemaran aku sekarang ni, Three Layer Tea. dibuat dengan air gula merah di bahagian bawahnya, disusuli dengan susu cair dan seterusnya teh. keenakan gula merah dan susu cair tu memang terbaekkkk. nasib baiklah tak semua kedai buat air ni kalau tidak mahunya aku kena kencing manis.
Monday, June 27, 2011
Bagaikan Puteri
Jika Dunia Aku Yang Punya
Akan Kudirikan
Sebuah Syurga Malam Tanpa Siang
Untukku Bermimpi
Sepanjang Masa Tanpa Kecewa
Bertemankan Bintang Yang Setia
Bagaikan Puteri Kisah Khayalan
Yang Hidupnya Suci dan Sempurna
Tapi Sayang Hanyalah Impian
Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman
Dan Bila Mentari Datang
Pulanglah Segala Kenyataan
Jika Duni Aku Yang Punya
Akan Kuhiaskan
Sepasang Sayap Putih dah Berseri
Untukku Bermimpi
- Farrah
Lina
Akan Kudirikan
Sebuah Syurga Malam Tanpa Siang
Untukku Bermimpi
Sepanjang Masa Tanpa Kecewa
Bertemankan Bintang Yang Setia
Bagaikan Puteri Kisah Khayalan
Yang Hidupnya Suci dan Sempurna
Tapi Sayang Hanyalah Impian
Bulan Tak Bisa Tumbuh Di Taman
Dan Bila Mentari Datang
Pulanglah Segala Kenyataan
Jika Duni Aku Yang Punya
Akan Kuhiaskan
Sepasang Sayap Putih dah Berseri
Untukku Bermimpi
- Farrah
Lina
Kreativiti Qistina
semenjak aku masukkan Qistina ke tadika macam-macam perubahan yang aku tengok. contohnya seperti lukisan kartun di atas. sebelum masuk tadika lukisan kartunnya masyaAllah cuma sekadar kepala bulat, mata, mulut, hidung cuma titik-titik saja, badan tiada, tangan pula cuma sekadar garisan halus lurus. sekarang ni barulah nampak sikit rupa orangnya hehe. ok gambar kartun di atas tu yang ada 3 kartun kecil... jangan pula speku yang Qistina dan Amsyar akan dapat adik ye tuan/puan :) tapi sebenarnya bila ditanya Qistina kata seorang lagi tu kartun sepupunya, Darwisy. urut dada sekejap mamanya :)...kartun di bawah tu barulah betul kami sekeluarga :).
Apam Polkadot
mempunyai sedikit waktu yang senggang pada hari Ahad memberi idea untuk mencuba membuat
kuih yang sedang 'in' pada masa ini iaitu Apam Polkadot. apa yang menariknya Apam Polkadot ini kerana warna dan hiasan dotnya yang berwarna-warni. haha 15 biji yang pertama menjadi percubaan yang kurang menjadi dengan apamnya menjadi mekar setaman dan dotnya hanya sebesar titik. silap aku juga kerana tidak meletakkan paper cup ke dalam acuan yang betul semasa mengukus. percubaan selepas itu amat menggembirakan aku kerana hasilnya seperti di dalam gambar di atas. ok warnanya mungkin tidak begitu menarik tapi akan diperbaiki nanti selepas ini. filling nya aku cuma isikan jem strawberry yang tidak habis-habis lagi di dalam peti sejuk. oh ya resepi apam ini aku dapatkan di blog kak jun yang kak jun cuba dari blog hanamemories. kalau kalian nak cuba juga di sini aku paparkan resepinya.
kuih yang sedang 'in' pada masa ini iaitu Apam Polkadot. apa yang menariknya Apam Polkadot ini kerana warna dan hiasan dotnya yang berwarna-warni. haha 15 biji yang pertama menjadi percubaan yang kurang menjadi dengan apamnya menjadi mekar setaman dan dotnya hanya sebesar titik. silap aku juga kerana tidak meletakkan paper cup ke dalam acuan yang betul semasa mengukus. percubaan selepas itu amat menggembirakan aku kerana hasilnya seperti di dalam gambar di atas. ok warnanya mungkin tidak begitu menarik tapi akan diperbaiki nanti selepas ini. filling nya aku cuma isikan jem strawberry yang tidak habis-habis lagi di dalam peti sejuk. oh ya resepi apam ini aku dapatkan di blog kak jun yang kak jun cuba dari blog hanamemories. kalau kalian nak cuba juga di sini aku paparkan resepinya.
•3 biji telur - dari peti sejuk
•275 gm tepung gandum
•220 gm gula halus - hana kurangkan
•150gm susu segar
•3 sudu teh baking powder
•1 sudu kecil ovallete
•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)-aku letak jem strawberry
•Pewarna
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
•Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
•Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Lina
Jemputan
cuti hujung minggu ada beberapa jemputan yang perlu dihadiri. mula-mula memenuhi jemputan kenduri sambut menantu jiran kat taman aku. kenyang di situ dengan gulai daging, ayam goreng, acar nenas dan ulam-ulaman. kemudian memenuhi satu lagi jemputan sambutan ulang tahun kelahiran 2 orang anak dara kepada en ayen dan ena qalinsya. walaupun sudah kenyang tapi tidak dapat menghindarkan diri dari merasa keenakan mi sup yang dihidangkan. terima kasih atas jemputan tersebut dan diharap 2 orang birthday girl tu suka dengan hadiah yang diberikan oleh kami sekeluarga.
Lina
Labels:
Celebration,
Hari Jadi,
Kawan-Kawan,
Kenduri Kahwin,
Makan-makan
Friday, June 24, 2011
Pertandingan Memancing Sempena Mini Maha
ok ini cerita bulan lepas ya...adusss aku ni semua cerita dah basi-basi belaka hehe tapi korang baca ek janganlah tak baca. siannnn aku ;). sempena dengan program Mini Maha yang telah diadakan di Taman Pertanian Indera Mahkota ada pertandingan memancing. jadi aku dengan en khairol pun joinlah sebab bayaran pun tak mahal mana RM10 je untuk satu joran. jadi kalau tak dapat apa pun taklah rasa sangat ruginya kan.
suasana tempat memancing
di kiri kanan tasik penuh dengan pemancing
kitorang terlambat sikit jer kalau tak port kitorang kat bawah pokok tu lah...redup jer kan
gaya seorang pemancing hehe. sebenarnya kami berlima ni tapi sorang pun tak sangkut ikan huhu. memang tak ada luck hari tu.
ini pancing aku. nampak tak ada pepatung hinggap tu. orang kata kalau pepatung hinggap adalah ikan dapat tapi nan ado. dari pagi sampai ke tengahari penat jer. cuma terubat sikit sebab en khairol dapat hamper cabutan bertuah. tak taulah en khairol tu kalau pasal cabutan bertuah memang dia selalu bertuah. aku ni kalau bab-bab benda ni tak pernah bertuah.
Lina
Kelas Biskut Raya Terkini
Cornflake Flower Crunchy
biskut bar sebelum dihias
Biskut Poppy Irish
Nestum Chocolate Ball...very the sedappp
Romalet Bar
Mambo Chocolate Cookies...yang ini pun sodappp
Mambo Chocolate Cookies
Fruity Cookies
sila jamu mata yer semua. biasalah hari raya nak dekat kan kita tengok kuih-kuih raya dulu hehe. puasa pun belum lagi dah sibuk nak raya ish...ish...ish... ok ni masa aku saja-saja sibukkan diri attend kelas buat biskut raya ni. seronok dan biskutnya pun sedap-sedap belaka dan yang penting senang dibuat. insyaAllah raya tahun ni buat biskut homemade lar nampak gayanya :)). adikkk!!! nanti kita sama-sama buat ok! kita penuhkan meja haha.
Lina
Thursday, June 23, 2011
Bawa Anak-Anak Ke Taman
hehe jangan mare ekkk entry tertunggak lagi. masa en khairol outstation hari tu adalah sekali aku bawa anak-anak jalan-jalan kat Taman Bandar. kalau ikutkan aku malas tul nak bawa keluar sebab aku sorang yang kena handle kan kalau ada en khairol lain lar tapi disebabkan qistina asyik cakap boring jer so kenalah juga bawa jalan-jalan. aku bawa ke Taman Bandar je, dekat sikit dengan rumah. layan je lah aksi qistina dan amsyar ni.
Lina
Makan Sate
kisah berlaku malam sebelum en khairol outstation yang amatlah lama tu hehe. jadi bawa anak-anak pergi makan sate. kat Kuantan ni kalau nak makan sate kat tempat yang heaven of course lah kat Satay Zul.
qistina tengah asyik makan sate. dah tentulah favourite dia.
ini sorang lagi yang taknak kalah. nak makan sendiri taknak mama suap.
cer tengok tangan si kecik tu tak abih abih mencicah kuah kacang.
qistina dan en khairol.
Lina
Wednesday, June 22, 2011
Karaoke Time!
ada tempat karaoke baru tau di Kuantan. jadi sebagai pengunjung pusat karaoke yang tegar (hahaha tegarlah sangat) mesti terjah ni. nak tengok harga, nak tengok suasana dalaman, nak tengok servisnya ok ke dok hehe. ok tempat karaoke baru ni namanya Wow Box Family Karaoke terletak di Terminal Bas Makmur. dari jauh dah nampak signboardnya.
(sila klik pada gambar untuk pembesaran)
first sekali kita tengok harganya untuk sejam. kalau tengokkan harga murah adalah pada waktu siang hari bekerja. ohhh apa kehal lak aku nak gi masa hari kerja ye dok. kalau malam pulak RM20.00 sejam tapi itu bilik kecil jer tau yang untuk 2 orang tapi bagi aku 4 orang pun boleh muat.
ini signboard kat dalam yer. mungkin masa aku pergi tu langkah kanan (wahhh pergi pusat karaoke ada langkah kanan ker hehe) hari tu adalah hari perasmian pembukaan jadi ada buat promosi. dapatlah diskaun cuma RM16.00 jer sejam.
yang belah atas tu skrin TV, yang bawah tu skrin PC.
menu kalau tiba-tiba lapo ker boleh order.
tak lupa gambo tuan tanah dengan lakinya yang giler menyanyi ni tapi untuk suka-suka je lar...nak release tension.
kesimpulannya Wow Box Family Karaoke ni tak akan masuk dalam list aku hehe. tempatnya ok tapi cuma harganya jer yang bagi aku mahal. baik aku pergi tempat favourite aku kat Kuantan Parade tu laaaagi murah tapi kalau kita tak cuba tak akan tahu kan. sekali-sekala cuba tempat baru apa salahnya. cuma kalau ada orang nak belanja kat situ aku akan pertimbangkan hahaha.
Lina
Tuesday, June 21, 2011
Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta
aku nak share lagu yang aku suka sangat. best sangat...touching...menusuk ke kalbu...setiap kali dengar mesti bergenang air mata aku. lirik yang puitis...melodi yang mantap. nak lagi best sebab dinyanyikan oleh penyanyi pooojaan hatiku Anuar Zain. lagi lar terasa menusuk sangat. aku tujukan lagu ni (nak tuju lagu boleh??) eh cam jambu lak hehe... especially untuk en khairol.
KU BERJANJI KERNA CINTA
Ku Menunggu Getar Hatiku
Anganku Hanya Untukmu
'tuk Bersama Selamanya Berdua
Kau Selalu Mengisi Hariku
Dengan Canda dan Tawamu
Kurasakan Bahagiaku
Untukmu Selalu
Ku Berjanji Kerna Cintaku
Ku Berharap Kerna Kasihmu
Selamanya dan Tak Akan
Pernah Berpisah Sampaikan Nanti
Meraihmu Menggapaimu
Ku Berjanji Kerna Cintaku
Ku Berharap Kerna Kasihmu
Selamanya dan Tak Akan
Pernah Berpisah Sampaikan Nanti
Lina
I Need A Fresh Air!
pernah tak kalian rasa pada satu-satu masa tertentu kalian tiada keinginan untuk ke tempat kerja? wahhh ayat aku skema betul hehe. maksudnya bangun pagi tu rasa malas jer memikirkan nak pergi kerja. bila dah kat tempat kerja buat kerja pun nak tak nak jer...sekadar ada. masa pun dirasakan lambat sangat bergerak ke pukul 5. rasa nak balik jer. kalian pernah tak rasa cam tu?
ok aku merasainya sekarang ni. bukan hari ni saja rasanya dah 2 minggu. adakah aku memerlukan perubahan? adakah aku memerlukan suasana baru, kerja baru, angin baru? atau adakah aku perlu merehatkan diri, minda dan emosi? pergi bercuti barangkali? apapun aku perlu mencari jalan penyelesaian supaya kerja-kerja aku tak tertunggak dan aku tak merasa stress. ohhh i really, really, really need a fresh air!
Lelaki Berlebih Di Pahang?
wahhh sebelum ni katanya wanita lebih daripada lelaki kan sampai susah nak cari calon suami. baca berita hari ni di Pahang nisbah lelaki 113 berbanding wanita 100 bagi tahun 2010. nanti ramailah pulak wanita berpusu-pusu datang ke Pahang nak cari calon suami. mungkin lepas ni adalah yang bunyi tak susahlah wanita nak cari calon suami sebab lelaki dah melebihi wanita tapi kena ingat walaupun lelaki lebih ramai tetapi yang betul-betul sesuai tu tak semua kan.
2011/06/21
Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
Ketidakseimbangan nisbah bilangan jantina beri implikasi negatif
KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup. Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.
Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.
“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.
Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.
Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.
Lina
Maafkan Aku
aku tau aku dah lama tak update blog. korang janganlah marah ek. aku bukan sengaja tapi disebabkan kebizian melampau...dengan hubby yg outstation, lepas tu aku pulak berkursus, lepas tu bila masing-masing dah balik melepas rindu dendam opppssss hehe....jadi itulah antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah tidak updatenya blog aku ni. apa pun hari ni aku cuba blogwalking ke blog korang yer. entry entry baru pula akan menyusul nanti k!
Lina
Friday, June 10, 2011
Dugaan Apakah Ini???
haha tajuk memang tak bole blah...sebenonye takdelah dugaan apanya sangat. seperti yang aku cerita sebelum ni yang en khairol outstation 13 hari kan. insyaAllah hari Isnin ni balik tapiiiiiiiiiiiiiiii...tapiiiiiiiiiiiiiii...boleh tak nak nangis dulu waaaaaaaaaaaaa!!! tapi aku pulak kena outstation!!! aku kena pergi kursus 3 hari ok!!! apakah???
memang tak sempat nak jumpa pun. en khairol balik hari Isnin, aku pulak kena pergi hari Ahad. berselisih selang sehari jer. masa dapat surat suruh gi kursus tu rasa nak nangis jer. takper...takper...lagi lama tak jumpa lagi bertambah rindunya. lagipun balik dari kursus tu aku suruh en khairol ambil. dia pun setuju jer sebab dekat jer aku kursus kat INTAN Kemaman jer. kalau en khairol kata tak boleh aku akan paksakan juga hehe. buat-buat drama air mata ker hehe.
rindunyer lar kat en khairol. dah menghitung hari sebenarnya tapi dah dekat-dekat nak jumpa aku pulak kena kursus. sedih sungguh rasanya. anak-anak kenalah tidur semalaman kat rumah mertua aku sementara menunggu en khairol balik hari Isnin tu.
Lina
Friday, June 3, 2011
Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip
aku jalan-jalan kat blog nisa menaip...entry terbarunya dia dah nak tutup dah mid-year giveaway yang dia buat tu. what??? nak tutup!!! eh kan ke katanya tutup 6 Jun kenapa pulak nak tutup awal? bila baca sampai habis ohhh baru lar tahu sebab apa. sebabnya kerana dia dah terima beratus-beratus penyertaan. kalau tunggu sampai 6 Jun maunya sampai beribu kot hehe.
aku pun bila baca entry tu terus lar kelam-kabut nak join. sebenarnya dah ada dalam draf cuma tak publish jer lagi. konon-konon nak tunggu dekat-dekat nanti baru nak publish hehe. kalau nak tau hadiah-hadiah untuk giveaway ni memang lumayan doh. kalau nak tengok senarai hadiah boleh pergi ke entry ini. lumayan kerana sponsornya amatlah ramai. di bawah ni adalah para sponsornya. wajib letak sebab ni antara syarat-syarat penyertaan kalau tak ada direject terus!
Mas Ahmad Safwan
boleh juga kalau nak tag rakan-rakan lain tapi tak boleh lebih daripada 2 orang. kalau tak tag pun tak apa tak efek pun.
oklah kalau ada sesiapa yang berminat nak join giveaway ni dan nak tau lebih details lagi bolehlah klik saja pada banner kat atas tu tapi kena cepatlah sebab tarikh tutup dah diawalkan ke hari ni.
harap-harap penyertaan di saat akhir aku ni diterima huhu.
Lina
Our Lovely Blog Award
ye ye dapat award! ye ye dapat award! ngeh...ngeh...cam budak-budak lar pulok. sebenornye rasa terharu sangat dapat award ni sebab rasanya dah berkurun tak dapat award huhu. okeh award ni diberi oleh puan amoi aka cempaka aurora, my kawan lama hehe. selain daripada award ada pulak assignment kena cerita 7 perkara pasal diri kita. ohhh senang jer tuh.
~ seorang yang pendiam tetapi kalau dah kenal lama atau dah jumpa geng tiba-tiba jadi peramah tak ingat
~ seorang yang amat sensitif kalau dengar/baca cerita pasal penderaan, pembunuhan, kematian yang melibatkan kanak-kanak
~ suka pada kucing tapi tak boleh bela huhu
~ minat main bowling
~ suka bercuti di kawasan kehijauan macam di kampung atau pulau dan pantai
~ tak suka dengar orang marah atau bergaduh
okeh dah setel. pastu kena tag 15 blogger lain. sebenarnya tak paksa pun nak tag tapi rasanya nak tag cuma tak sampailah 15 orang. mereka-mereka yang bertuah adalah...
v
v
v
sebab aku pilih blog-blog adalah disebabkan blogger-blogger ni berasal/duduk di Kuantan yang dah aku kenali dan baru aku kenali. jadi sebagai tanda penghargaan dan perkenalan aku nak bagi award ni kepada diorang semua. harap-harap kalian semua sudi menerimanya.
Lina
Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-6
hari ini genap 6 tahun kami bersama. sudah 6 tahun kami berkongsi kasih. sudah 6 tahun kami berkongsi cinta. sudah 6 tahun kami berkongsi sayang. rasa kasih, cinta dan sayang tersebut telah membuahkan 2 permata yang amat berharga.
terasa amat teruja kerana tarikh 3 Jun tahun ini jatuh pada hari Jumaat iaitu hari pernikahan kami 6 tahun dahulu. walaupun sedikit sedih kerana sekarang ini kami berjauhan namun amat dekat di hati. semoga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan semoga Allah S.W.T. memberkati kehidupan kami di dunia dan di akhirat, insyaAllah.
Thursday, June 2, 2011
13 Hari!
hari ni dah start aku tinggal bertiga dengan anak-anak. sebenarnya dari semalam lagi tapi yang betul-betul hari ni lar. kali ni en khairol outstation bukan sehari, 2 hari, 3 hari tapi 13 hari! camne nak handle selama 13 hari tu? sedih tau sebab tak pernah en khairol outstation selama tu sob...sob...sob...
apa yang aku meroyan ni? izan yang selalu berjauhan dengan hubby dia pun tak bising macam aku ni. izan lagi lar lama berjauhan setiap kali hubby dia kerja. izan camne kamu hadapi yer? takpe aku akan jadikan izan sebagai sumber inspirasi untuk menghadapi 13 hari ni tanpa en khairol huhu. apa pun lepas ni memang kena bersedia sebab keje baru en khairol akan selalu kene outstation lama-lama.
Lina
Subscribe to:
Posts (Atom)