aku dah lama nak kongsi dengan korang tempat makan yang selalu aku pergi kalau nak makan yang light light jer di Kuantan ni. ok kat dalam gambor tu tulis steambot kan tapi aku rasa sesuai panggil yong tau fu kot. ok kedai yong tau fu ni terletak kat Jalan Darat Makbar. diapit kiri dan kanan kedai Samad Cendol dan kedai char kue teow. bangunan kedai ni betul berhadapan dengan stesen minyak Petronas. memang senang lar nak cari. aku nak bagi nama kedai yong tau fu ni pun susah juga sebab kedai ni tak letak signboard. waktu perniagaan dari lepas maghrib kira-kira pukul 7.30 malam sampai pukul 11 atau 12 malam. kalau korang pergi waktu siang kedai ni tutup jangan marah aku ek sebab kedai ni memang buka sebelah malam sahaja.
kalau rasa tak kenyang makan yong tau fu sahaja boleh order makanan lain. menu lain yang ada adalah mee/meehun/kuetiaw kari, nasi lemak, mee/meehun/kuetiaw sup dan nasi air. ini sahaja yer menunya kalau korang minta masakan panas memang tak ada tau tapi boleh saja kalau nak order daripada kedai char kue tiaw di sebelahnya. kalau nak order cendol atau ABD boleh order dari kedai Samad Cendol. boleh saja nak order sebab diorang tak ada nak marah-marah, dengki mendengki ni.
inilah favourite aku kat situ meehun sup. memang marvellous.
ditambah dengan lada kicap yang kaw punyer.
yong tau fu yang diorder.
yang specialnya yong tau fu kat sini terletak pada sosnya. ada 2 jenis sos iaitu sos pedas seperti dalam gambar di atas.
ini pula sos manis. sesuailah untuk budak-budak atau korang yang tak tahan pedas.
selalunya memang ramai sangat customer kat kedai ni. kebanyakannya memang pelanggan tetap sebab setiap kali aku pergi mesti ada jumpa orang yang sama. so kalau korang nak try bolehlah pergi yer.
Lina
11 comments:
mihun sup mcm best je. sbb byk daging. hee
mkn yong tau fu pun kenyang gile daaa :D
mihun sup tu buat kty terliur je tau.
puteri iqa izyan
mmg byk daging pulak tuh tak liat
sy klu gi situ mmg makan yong tau fu jer...klu lebih skit pun kongsi dgn anak meehun sup tu
atty
hehe sy pun terliur gak kak ty...ada pulak pegi mlm ni
rasenye kedai kakak member kwn ni,dulu die berniaga kat padang mpk masjid depan mahkota square tu.....
nk try r tp slain yong tau fu ade makanan len kan sbb aku tak makan tu ihiks
ayen
mungkin lar kot...cubalar pegi mana tau betul
ena qalinsya
menu lain spt yg aku tulis tu lar jgn ko mintak yg bukan2 lak :)
kat mana ek jln darat makbar ni,izan fail la nama2 jln kuantan ni huhu..cuba bayangkan jap n google hehe
mmg nampak sedap....arghhhh...nak sikit!!!
izan
klu dr arah bandar jumpa trafik lite spg 4 jalan wong ah jang...sblh kanan ada cowboy...klu simpang kiri nak ke hosp n Ktn Parade, klu terus nak ke Giant, jalan darat makbar simpang kanan...emmm paham ke izan hehe x pandai nak xplain hehe
Post a Comment