Tuesday, May 31, 2011

Makan-Makan Lagi Di Monrods








aku mulakan entry aku kali ni dengan gambo.  ye lar nak bagi korang terang mata dulu baru boleh baca entry aku ni hehe.  ok ini cerita masa cuti Hari Pekerja dulu.  dah lama dah.  cuti lama kan jadi along (kakak sulung aku) ada balik.  dia suggest makan kat Monrods.  ohhh memang rezeki lar sebab kalau ikutkan masih baru lagi makan kat situ.  kebetulan pulak abang aku yang nombor dua pun balik.  memang meriah lar.  ajak sekali tunang adik aku untuk meramaikan lagi korum hehe.  hari tu aku cuba Chicken Chop kan so kali ni aku try Spaghetti Bolognese.  sedap juga, bolehlar tahan.  yang lain-lain ada yang makan Chicken Chop, mak ayah aku surelah makan Nasi Ayam kan.  abang aku lak try Lamb Chop.  aku pun ada rasa sikit tapi kureng lar sebab masih ada rasa hamis kambing tu.  melekat-lekat kat tekak aku.  sebenarnya jarang sekali famili belah aku ni nak makan ramai-ramai kat luar sebab adik-beradik aku ni semua duduk jauh-jauh.  cuma aku dengan adik aku jer masih kat Kuantan ni.  disebabkan itu jarang sangatlah berjumpanya.  tunggu cuti panjang atau masa Hari Raya.


Lina

2 comments:

azian said...

mmm...monrods ni kat ne sebenarnya ye...hehehhe

Lina said...

azian

monrods ni kat tgh bandar Kuantan jer...dekat dgn masjid besar kuantan, berhadapan dengan bangunan HSBC