Thursday, May 19, 2011

Kenduri Makan Hidang


dulu-dulu masa kanak-kanak kalau pergi kenduri kahwin style makanan terhidang di atas meja. kalau ada satu-satu lauk tu habis boleh tambah.  tak adalah macam sekarang makan style buffet tapi mana nak jumpa dah style makan hidang macam tu zaman sekarang ni.  sekarang ni kalau kenduri kahwin kat rumah ataupun kat dewan memang dah buat style buffet.  kalau buat kat hotel lagi lar pulak kan dengan protokolnya. 

baru-baru ni adik lelaki kepada biras aku kahwin.  isterinya orang Kampung Ubai.  kami memang dah tau style orang Kampung Ubai buat kenduri bergotong-royong masak dan makan berhidang.  jadi apa lagi masa kenduri tu belasah lar cukup-cukup hehe.  belasah tu tak adalah bila lauk habis asyik suruh tambah jer tapi kiranya memang seleralah makan.  lauk-lauk lak sedap especially opor daging lar.

tak taulah kalau lepas ni masih ada lagi ke tak buat style kenduri cam tu.  camne agaknya yer kenduri kahwin tahun 2020.  mungkin akan terjadi buat kenduri style high tea jer.  siapa tahu kan?

Lina

4 comments:

Ayen... said...

nanti klu ade lg kenduri kat ubai tu ajak2laa kiteorg ni......ihiks.

Lina said...

ayen

haha teringin gak ker nak mkn style hidang...insyaAllah

Ena Qalinsya said...

kalo belah kampung2 or nak bajet. elok la wat camni heheheh

Lina said...

ena qalinsya

tu lar lgpun kerjasama diorang kuat lagi tau...satu kg turun menolong...klu kat bandar x dpt dah cam tu