Thursday, May 5, 2011

Ibu Kehilangan 3 Anak/2 Anak Kehilangan Ibu

ada 2 berita yang menarik perhatian aku pagi ni di Berita Harian.  persamaan antara kedua-dua berita tersebut adalah kedua-dua mangsa adalah ibu tunggal.  berita pertama seorang ibu kehilangan 3 orang anaknya serentak akibat lemas di dihanyutkan 'kepala air' di Hutan Lipur Ulu Bendul.  sedih sangat aku baca...bergenang air mata nak nak lagi ada gambar 3 beradik tersebut tengah tidur.  dahlah semuanya kecik kecik lagi.  dalam berita hari ni baru jumpa 2 orang.  tak taulah kalau dah jumpa yang ketiga. 

berita kedua pulak seorang ibu tunggal meninggal dunia ditikam oleh teman lelaki yang cemburu dan panas baran di Bukit Mertajam.  meninggalkan 2 orang anak berusia 7 dan 5 tahun.  ya Allah siannya anak-anak tersebut.  cerita selanjutnya boleh baca di sini http://www.bharian.com.my/articles/Lelakicemburutikamtunangbertubi-tubidistesenminyak/Article.  kenapa manusia sekarang ni begitu kejam...sikit sikit bunuh, tak puas hati sikit bunuh...marah sikit bunuh.  mudahnya mengambil nyawa manusia...dah tak ada harga dah nyawa manusia sekarang ni.

Lina

3 comments:

mummy_ayu said...

tu l.semalam baca, ari nie pun baca lagi..sekali 3 tu..semua girl..comel2 plak tu..sedih sgt...
semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin..alfatihah

Lina said...

mummy_ayu

ye lar sama2 kita sedekahkan alfatihah

azian said...

org skrang ni bunuh org cam bunuh semut...semut tu pun kdg2 sy nak bunuh tak sampai ati...hehehhe