Monday, May 23, 2011

Berkelah Bersama Si Buah Hati

ini kisah beberapa minggu lepas, tak silap aku hari Sabtu.  orang lain cuti tapi en khairol kene kerja lak, boring jer rasa.  masa masak makan tengahari untuk anak- anak, si qistina asyiklah ber-rapping kat telinga ni, ayah pergi mana, lambat lagi ker balik, adussss tension betul gue.  tinggg! tiba-tiba keluar mentol kat atas kepala aku membawa idea hehe.  apa kata masak-masak, lepas tu bawa pergi tempat kerja en khairol.  kan ke ofis dia dekat dengan Taman Bandar boleh berpiknik-piknik.  qistina bila dengar nak piknik suka sangatlah dia.

lepas siap masak, packing sumer dalam pukul 1.00 aku pun geraklah dari rumah.  dekat jer dengan ofis en khairol, dalam 5 minit sampailah.  aku masak simple jer, kari ayam, kangkung goreng belacan, ikan sepat masin dan telur goreng.  oppss lupa sambal belacan.  pas tu aku buat air sirap limau.  sampai ofis en khairol, ambil dia dan terus ke Taman Bandar.  suka betul en khairol sebab kira surprise lak dia kata aku bawa makanan untuk dia.


budak yang taknak dah disuapkan makan.  nak makan sendiri konon dah besar lar tu.

Taman Bandar yang tenang.  kalau petang-petang hari ni ramai dah orang.

sempat lagi budak 2 orang ni main

muka budak yang happy sebab dapat piknik dan dapat makan bersama ayahnya

dah siap-siap makan sumer hantarlah en khairol semula ke ofisnya.  sempat juga aku tunggu jap tengok kejohanan bola jaring.  sebenarnya en khairol kene kerja sebab kejohanan ni lah.  ohhh dia sedaplah dapat cuci mata hehe.  aku tak tengok sampai habis pun sebab si amsyar dah meragam nak tidur.

 
Lina

4 comments:

Ayen... said...

Seronok....

Lina said...

ayen

mestilah :))

Ena Qalinsya said...

adehhhh aku kalo nk buat kena angkut belaka masalahnye mak aku takle la join huhuhuhu

Lina said...

ena qalinsya

hehe ko buat jer tepi rumah ko yg ada kolam tu ok gak