~ STICKY MODE ~
untuk entry terkini sila scroll ke bawah
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menawarkan beberapa jawatan kosong untuk dipohon. Jawatan-jawatan tersebut adalah :-
untuk entry terkini sila scroll ke bawah
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menawarkan beberapa jawatan kosong untuk dipohon. Jawatan-jawatan tersebut adalah :-
1) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 - 4 kekosongan
~ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
~ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2) Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 - 1 kekosongan
~ STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
~ Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
~ Diploma Ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3) Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 - 4 kekosongan
~ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
~ Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 - 2 tetap/3 kontrak
~ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
~ Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)
5) Pekerja Awam Gred R1 (1 kekosongan)
~ Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
~ Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
~ Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
UMUR :-
i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan KPSL hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
iii) Bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
Kepada yang berminat untuk memohon bolehlah mendapatkan borang di Pejabat MUIP sendiri ataupun memuat turun borang tersebut di laman web MUIP di http://www.muip.gov.my/.
Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:-
TIMBALAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
26600 PEKAN.
Tarikh tutup permohonan pada 31 MEI 2011