aku ada bagitau dulu-dulu yang aku nak share gambar qistina dengan uniform tadikanya kan? berzaman ek nak letak gambo tu hehe. so inilah dia uniform tadika qistina...serba pink...beg pun pink. uniformnya tu saiz L tapi sekarang dah singkat...dah atas lutut. jadi disebabkan qistina pun rasa segan-segan dah nak tunjukkan betisnya tu (tapi seluar 3 suku pakai lak camner tuh hehe) dan aku tak berapa berkenan gak sebab kalau duduk ker aper memang nampak tak senonoh jadi aku belilah seluar panjang kaler pink dan hitam untuk dipadankan dengan uniformnya tu. lagipun cikgunya cakap ok jer nak pakai seluar. hari Isnin hingga Khamis pakai uniform pink tapi hari Jumaat ada baju jasmani, tshirt kaler oren dan seluar track kaler biru gelap. kemudian ada bekalkan baju biasa untuk salin dan tuala. kan ker qistina duk sampai petang jadi lepas habis semua kelas...kelas belajar biasa dan kelas fardhu ain...pas tu salin baju biasa je lar untuk main kat luar lak sementara tunggu aku atau en khairol datang ambil. macam tu lah rutin family aku bermula tahun ni. bila dah start sekolah Darjah 1 nanti lagilah sibuk ye dak.
Lina
6 comments:
cantik .. warna pink layie ..
lina hantar tadika mana nie ??
ieda
tu lar kaler fav dia lar...kat indera mahkota...tadika sri melor
ye lah,cantik..pink,anak izan mesti suka sbb dia obses dgn pink karer..hehe
sexy gak baju tadika dia ek..
si Adik pakai baju tadika size M tapi cam leh muat lagi 2org, punyelah keding hahahaha
izan
yup samelar dgn anak sy dah obses jg
ena qalinsya
a'ah seksis jg tu yg aku beli suar panjang tu utk pakai skali klu tak dah duk x senonoh terkangkang sana sini uishhh x dpt nak bygkan hehe
Post a Comment