Thursday, April 21, 2011

Parking Oh Parking

ohhh hari ni mood sedikit down sebab aku didapati telah memparking (wahhh perkataan baru aper hehe) tempat parking orang lain huhu.  bukan aku sengaja pun nak parking tempat orang...kat SUK ni memang parking adalah amat...amat...amat...terhad.  ye lar staf makin bertambah tapi parking banyak tu je lar tak tambah-tambah pun.  dah lar tu kadang-kadang staf bangunan federal sebelah ni pun parking sama juga.  parking pegawai dah memang dah block awal-awal dah.  parking yang tinggal untuk staf bawahan ni ciputttt jer kene berebut-rebut lak siapa dulu dia dapat.

staf parking jer dah penuh camne bila pelanggan luar datang diorang nak parking memang bermasalah.  bagi aku lar kan SUK ni dah kena pindah ke tempat lain dah yang kawasannya luas sikit.  ari tu cam ada dah ura-ura nak buat baru tapi sampai sekarang nan adooo.  entah bile taun lar nak merasa bangunan baru tapi kan kalau korang tengok bangunan SUK ni memang sedih.  bangunan lama yang dah berpuluh tahun.  yang strategiknya sebab bangunan ni kat tengah-tengah bandar senang orang nak datang nak berurusan. 

kalau ada parking cam ni camner ek...gayattt!!!

emmm masalah betul lar dengan parking ni.  kalau ada LRT cam kat KL tu kan senang.  takyah susah-susah bawak kereta.  selesai masalah parking.  nampak gayanya esok kena berpusing lagi lar cari parking huhu.


Lina

4 comments:

ejulz said...

naik motor je.. leh paking sukati.. heHe

New Entry "Zed Zaidi nak kawen??? "

azzey said...

samalah cam saya..kdg2 dh malas nak drive sbb susah nak parking..:(

Lina said...

ejulz

nak naik moto tp xde lesen lar

Lina said...

azzey

tu lar kdg2 malas nak g keje sbb susah nak cari parking tu lar