pagi-pagi lagi hari ni dah buat aku sentap dengan berita-berita cam ni. yang aku pelik kenapa ada 2 versi yang berbeza pasal berita ni. kalau akhbar lain-lain takpe juga tapi dalam Berita Harian juga. sungguh... memang berbeza. yang aku baca dalam Berita Harian yang kita beli tu ceritanya baby ni kena simbah air panas oleh teman lelaki ibunya dan ada kesan dera yang lama . bila aku baca versi internet lak lain pulak ceritanya macam kat bawah ni tapi nama, tempat tinggal memang sama.
PENGANGGUR ditahan kerana mendera Hong Jun hingga mati di Taman Watan Ampang, pagi semalam. Gambar kecil Law Hong Jun.
Ibu, penganggur ditahan bantu siasatan
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia 20 bulan lemas selepas ditinggalkan secara cuai oleh ibu dan teman lelakinya dalam kereta selama beberapa jam di laman rumah mereka di Taman Watan, Ampang dekat sini, pagi semalam. Mangsa, Law Hong Jun turut mengalami kesan lecur dan melecet pada sebahagian tubuhnya dipercayai akibat suhu panas di dalam kereta. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pasangan itu dikatakan pulang dari Batu Pahat, Johor, pada awal pagi dan terus memasuki rumah tanpa menyedari Law sedang tidur di tempat duduk belakang.
“Selepas beberapa jam, barulah pasangan itu menyedari Law ‘tertinggal’ di dalam kereta dan apabila kembali mendapatkannya, mereka mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.
“Teman lelaki ibu bayi itu kemudian bergegas menghantarnya ke Hospital Ampang (HA) kira-kira jam 12.30 tengah hari, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati wujud kesan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak itu dan mengesyaki bayi berkenaan mati akibat didera sebelum membuat laporan polis.
“Namun selepas proses bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesahkan bayi itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen dan kesan lecur serta melecet yang ada di tubuhnya pula disebabkan kepanasan melampau kerana berada terlalu lama di tempat tertutup (kereta).
“Kita jangka Law meninggal dunia selepas jam 5 pagi tadi (semalam), dan ini bermakna bayi itu sudah mati lebih lima jam sebelum teman lelaki ibunya membawanya ke hospital,” katanya.
Difahamkan, polis menahan ibu mangsa warga Thailand berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 35 tahun yang juga seorang penganggur dan berasal dari Pandan Indah, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.
Nota : kredit kepada Berita Harin
apa pun versi ceritanya memang aku sentap lar. camner bole lupa kat anak pulak oi! camner boleh sekejam tu pada baby yang amat comel tu. pulak tu jangka masa diorang sedar pasal baby tu lama lar juga tak ke pelik, kan. tak tahulah zaman sekarang ni, baby kecik pun dah dibuat macam barang buangan huhuhu.
Lina
3 comments:
semakin hari manusia semakin kejam
puteri kasih
x taular apa nak jd dgn manusia pd zaman skrgn ni
sian..baby yang kecik..tu tak tau apa..g dewasa tade otak...huhuuhuh..sadis ngn berita camni
Post a Comment