Friday, April 1, 2011

Apa Kes Dengan Poco-Poco

sekarang ni heboh pasal poco-poco kan?  di Perak poco-poco ni dah diharamkan.  negeri-negeri lain tak tahulah lagi macam mana.  aku rasa kan kalau nak haramkan baiklah semua negeri diharamkan.  macam peliklah pulak kan ada negeri haramkan...ada negeri boleh pulak.  cam tak sependapat lak majlis fatwa negeri dan pusat.

berita terkini aku baca Mufti Kelantan minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji dulu pasal tarian poco-poco ni sebelum nak buat keputusan sama ada nak haramkan ataupun tidak.  berita penuh boleh baca di sini yer.

bagi akulah kan aku tak berapa tahu alkisah di sebalik cerita tarian poco-poco ni.  walau bagaimanapun bagi aku yang pernah menari poco-poco ni tak memberi kesan apa-apa pun pada aku.  just for fun jer di samping berniat dijadikan senaman sebenarnya.  memang itulah tujuan aku belajar tarian tu pun.  tak ada pun niat ke lain.

apa pun tunggulah apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan nanti.  kalau diorang putuskan poco-poco tu haram kena ikutlah kan.  mesti diorang yang lebih tahu kan apa yang baik dan apa yang buruk tapi itulah keputusan yang dibuat tu mestilah untuk semua negeri.  janganlah tak seragam pulak nanti nampak sangat pulak negeri tak hormat kebangsaan kan.


Lina

4 comments:

atty's said...

hebat isu ni sekarangkan .

AkuAnakMuda... said...

awk sgt pandai ngan tarian ni kan,hehehe....

Lina said...

atty

mmg hebat...mcm2 pendapat dah skrg ni

Lina said...

akuanakmuda

pandai ker? kuikuikui