Monday, April 25, 2011

Adakah Monday Blues Atau Aku Yang Blues ???

ari Isnin aku selalu hadapi dengan mood ala-ala tak puas lagi bercuti.  dah cuti 2 ari free pun tak puas lagi?  tak puas memang tak puas...masa 2 hari tu lar nak pulun membasuh...ngemas...melipat...berjalan...pergi kenduri kahwin dan macam-macam lagi.  banyak tul agenda masa cuti ek?  ohhh cuti aku 2 hari ni banyak masa kat luar rumah jer.  makan pagi, tengahari, malam semua kat luar hehe.  malas betul ek tapi ye lar masa cuti lar nak berehat daripada memasak (macamlah selalu masak ;) ).  lepas tu ditambah lagi dengan pergi kenduri kahwin memang confirm tak berasap dapur hehe.

nantilah aku cerita pasal aku pergi kenduri kahwin tu sampai demam-demam dibuatnya qistina sebab mungkin cuaca terlampau panas kot.  jadi, hari ni tak pergi sekolahlah dia.  ngadu sakit kepala bagai.  sian pulak aku dibuatnya.  nasib baik adiknya ok.  kalau tak dah tentu hari ni aku pun ikut cuti huhu.


Lina

No comments: