Monday, April 4, 2011

14 Perkara Mengenai ABPBH 2010

semua dah tahu kan Shaheizy Sam adalah Bintang Paling Popular bagi tahun 2010.   tahniah diucapkan kepada beliau dan juga semua pemenang.  ini adalah 14 perkara tentang ABPBH 2010 versi aku yer.  kalau ada yang tak puas hati terpulang sebab ini adalah pendapat peribadi aku.

1. Persembahan opening kurang 'kick'.

2. Cara pengacaraan yang sama jer macam tahun-tahun lepas.

3. Tak perlu ada 3 orang pengacara sebab macam kelam-kabut rasanya. 

4. Zizan tak ada pun tak apa sebab tak ada beri apa-apa impak pun.  Baik bagi dia buat persembahan lagi bagus.

5. Penyampai anugerah nak buat joke tapi entah apa-apa...banyak menyentuh peribadi artis...baik teruskan jer sampaikan anugerah tak payah cakap banyak-banyak.

6. Persembahan oleh pelawak-pelawak yang gelarkan kumpulan diorang NAJAZ pun macam ada yang kurang lar.

7. Dress Lisa Surihani emm bagi aku kurang menarik (matilah aku kene belasah dengan die hard fan Lisa :) )

8. Anuar Zain bergaya dengan fesyen rambut baru...i likeeeee!!!

9. Masa umumkan Ana Raffali menang Artis Baru Terbaik macam tak dengar sorakan dan tepukan yang beria lar...emmm apakah???

10. Fasha Sandha nampak sangat pure...tenang...yakin...manis.

11. Tak payahlah mention banyak-banyak kali pasal Dato' Siti Nurhaliza tarik diri...nampak sangat susah nak tandingi Dato' Siti.  Patut buat macam biasa jer lar.

12. Anita Sarawak tak nampak macam orang dah berusia 50an kan. 

13. Style Aida Khalida jalan masih lagi macam model...anggun.

14. Part Usop Wilcha dengan Abi Hurairah keluar lar yang paling best aku rasa...dioranglah yang menyelamatkan majlis yang aku rasa dah tahap bosan giler nak-nak lagi bila part angkat tangan tu memang aku gelak tak hengat haha.


Lina

2 comments:

Amy Syaquena said...

pendapat amy pula semuanya ok x de membosankan seperti tahun2 sebelumnya..

Lina said...

amy syaquena

hehe pendapat org lain2 kan