sebenarnya malas nak komen pasal pemandu lelaki dan pemandu wanita ni padahal dalam seminggu dua lepas hangat juga topik ni. terbaca pula surat pembaca kat Utusan Malaysia hari ni. apa kata korang baca dulu surat pembaca tu kat bawah ni.
Benarkah pemandu wanita berbahaya?
SAYA terpanggil untuk mengutarakan pendapat mengenai sikap pemandu wanita di Malaysia.
Sememangnya diketahui wanita adalah pemandu yang berhemah. Tetapi berhemah tidak kena tempat.
Rata-rata yang saya lihat di jalan raya pemandu wanita tidak peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu kereta. Saya senaraikan beberapa sikap pemandu wanita yang saya lihat semasa memandu kereta.
* Memotong di lorong laju apabila kereta di belakang sudah dekat. Semasa kereta jauh ia tidak memotong.
* Bersantai membawa kereta di lorong laju. Bila hon untuk beri laluan kita pula dimarah balik.
* Tidak memberi laluan bila kita mahu menukar lorong. Jika pemandu wanita menukar lorong pula suka menukar lorong sesuka hati tanpa menghiraukan kereta di belakang.
* Memandu perlahan di lorong laju sambil menggunakan telefon bimbit.
* Apabila keluar simpang terus mengambil lorong kanan tanpa menghiraukan kereta yang datang dari arah belakang.
* Tidak berhenti di persimpangan jalan walaupun ada papan tanda berhenti.
* Memandu di jalan sehala tanpa mempedulikan papan tanda jalan sehala.
* Meletak kereta atau berhenti sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Dan lain-lain yang saya rasa cukup panjang jika mahu dihuraikan satu persatu. Tidak dinafikan pemandu lelaki pun sebegitu juga, tapi tidaklah seramai pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya.
PENGGUNA JALAN RAYA MALAYSIA
Selangor
kredit : Utusan Malaysia, 6 April 2011
punyalah banyak ek dia senaraikan kesalahan-kesalahan yang pemandu wanita buat kat jalan raya. rasanya kalau kita senaraikan kesalahan pemandu lelaki sebanyak itu tak? nak ke senaraikan...nak ker? tak payahlah dak...rasanya lebih kurang jer. setiap apa yang disenaraikan tu pun pemandu lelaki ada buat juga. yang tak tahan ayat last yang aku kalerkan tu. kenapa perlu ditulis begitu? pemandu wanita yang ramai jadi punca kemalangan? terlalu keras bunyi tu.
sebenarnya macam ni jer. tak perlulah nak cakap pemandu lelaki ke pemandu wanita yang lebih bahaya. sebenarnya benda ni terpulang kepada individu tu sendiri. pemandu tu sendiri yang kena buat keputusan untuk diri dia sendiri. pemandu tu sendiri kena bertanggungjawab untuk diri dia sendiri sama ada nak pandu cara bahaya atau nak pandu secara selamat. janganlah bersikap mementingkan diri sangat. bukan kereta kita jer yang ada kat jalan raya. beratus-ratus lagi kereta...beribu...berjuta.
bukan tak boleh pun nak ikut peraturan ke apa tapi tu lar sebab pentingkan diri tu lar...ego. kat kereta tu dah dibubuh cantik-cantik lampu signal...taknak guna. dah kata dah jangan guna hp masa memandu...guna juga. dah elok terletak tali pinggang kaledar kat dalam kereta tu taknak pakai. kat jalan raya ada papan tanda hadlaju pun taknak ikut juga. nak kata tak pandai baca takkan dapat lesen ye tak. dah ada papan tanda tunjuk jalan sehala masuk juga. dah nak buat macam mana? ini aku tak point pemandu lelaki ke wanita yer...ini am yer.
itu lar maksud aku. janganlah nak point terus ohhh kalau yang pandu kereta berbahaya...pemandu wanita je lar. point je lar kepada pemandu yang tak berhemah je...buat secara am je tak payahlah mention pemandu lelaki ke atau wanita sebab tak semua pemandu lelaki tu berhemah dan tak semua pemandu wanita tu berhemah.
ok rasanya tak payahlah kita selalu sangat nak menuding jari kepada orang lain...nak mencari kesalahan orang lain. pandang dulu diri kita ni...dah cukup sempurna ker...memang kita tak pernah buat kesalahan ker. kalau masing-masing pandang diri masing-masing...muhasabah diri insya-Allah masalah-masalah macam ni takkan terjadi.
Lina