Friday, March 4, 2011

Kerja Tak Sepenuh Hati

hari ni aku kerja semula lepas 2 hari dah bercuti.  untuk pengetahuan korang qistina belum sembuh sepenuhnya daripada demam.  dah 2 hari dia demam sebelah malam.  sebelah siang ok kebah semua tapi pukul 2, 3 pagi panas semula.  hari ni terpaksalah tinggalkan dia kat rumah mertua aku. 

tengahari tadi balik sekejap masih panas lagi tapi tak sepanas malam tadi.  aku tengok lidah dengan dalam mulut dia habis dah pecah-pecah.  memang panas kan sekarang ni.  sian lak aku tengok dia.  masa nak gi kerja semula tadi sedih jer dia tengok.  tak sampai hati lak rasanya.  nampak gayanya petang ni kena balik awal sikit lar.  hati ibu ni memang tak boleh tengok anak nangis ke sakit ker mula lar tak senang duduk.  kepala asyik memikir jer tak fokus langsung.

dah bawa ke klinik cek dan doktor kata demam biasa jer sebab musim panas sekarang ni.  kat tadika qistina pun ramai yang demam.  en khairol cerita masa dia pergi bagitau cikgu qistina, cikgu tu tunjuk lar ada sorang budak tu demam, melepek jer tapi mak ayahnya still hantar.  siannya dengar takkanlah mak ayahnya salah seorang langsung tak boleh cuti.   kalau dah melepek tu sah-sah demam kuat kan.  takkan nak harapkan cikgu manalah dia nak menjaga budak-budak lain lagi. 

yang melegakan hati aku cuma qistina taklah merengek ke melepek jer, aktif jer macam tak demam.  kalau tanya dia sakit kat mana-mana ker dia jawab tak sakit.  aku tanya mulutnya sakit tak sebab dah banyak kan pecah-pecah tu...tak sakit juga.  aku kadang-kadang tak tau keadaan macam mana barulah dia rasa sakit.  apa pun aku harap malam ni taklah panas semula badan dia.  kalau still panas juga kena pergi klinik lagilah jawabnya.


Lina

4 comments:

atty's said...

sian qistina.semoga qistina cepat sembuh..

musim org demam sana sini skrg
lina pun takecare ye

nikki said...

tu lah pasal...k. ina okey sebab MIL jaga anak..kalo nursery confirm dia x nak terima kalo anak demam...takut jangkit...

Lina said...

atty

tu lar musim demam skrg ni...thanks yer kak ty

Lina said...

nikki

tu lar alhamdulillah lar mil ada...sbb tu x bg qistina sekolah sbb takut jangkit ke budak lain lak tak ke naya