Tuesday, March 22, 2011

Keputusan

ok aku tahu aku dah lama tak update blog.  tak tau lar kenape tapi entah tiba-tiba mood malas jer nak update tapi mana mungkin tak update blog kan.  jadi hari ni dan saat ni memaksakan diri juga untuk buat entry walaupun secuit cuma.  ye lar nanti korang buka blog aku ni asik-asik entry pasal reload Digi tu tak ke hangin dibuatnya :))

beberapa hari ni aku tengah memikirkan satu perkara.  perkara yang memerlukan keputusan sama ada perlu diteruskan atau pun tidak.  walau pun diteruskan sebenarnya tidak menjejaskan apa-apa tapi untuk jangka panjang mungkin akan memberi kesan kepada keluarga aku.  aku tak mahu perkara yang aku buat akan memberi kesan kepada suami dan anak-anak aku.  semua benda dalam dunia ni tidak mungkin boleh menggantikan anak-anak aku.  aku harap aku akan dapat buat keputusan yang tepat demi diri aku, suami dan anak-anak aku dan aku harap pihak yang terlibat tu dapat memahami dan menerima keputusan aku nanti, insya-Allah.

Lina

4 comments:

Nina Juliana said...

ishk.. suspen je bunyiknye.. tentang apa ni Lina?? saya ni keypo sibuk nak tau ni..

atty's said...

kenapa lina..semoga lina dpt buat keputusan yg terbaik utk lina dan family ye.

Lina said...

nina juliana

hehehe keypo ek tp biarlah sy n family jer tau

Lina said...

atty

emmm sy takut buat kesilapan nanti ye lar kita ni kan manusia biasa jer jadi sblm sy buat sy silap baik sy cegah awal2