Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM Hari Ini

hari ni keputusan SPM keluar kan.  mesti yang menunggu result tu tengah berdebar sekarang ni menantikan jam 10 pagi.  agaknya ada dah berkumpul kat sekolah masing-masing dari pagi tadi kot hehe.

teringat dulu-dulu masa nak ambil result memang rasa berdebar gila sebab takut sangat ada satu subjek tu tak lulus.  sebab kalau tak lulus satu tu memang akan mengubah grade aku.  masa zaman aku dulu dan yang sezaman dengan aku kan kita dibahagikan kepada grade...grade 1 agg 1 hingga 24, grade 2 agg 25 hingga aku pun tak ingat lar...lepas tu grade 3 dan yang last yang tak lulus la kan.  jadi subjek tu lar penentu antara aku dapat grade 1 atau 2 huhu.

jadi hari ni aku ada 3 orang anak saudara di antara mereka-mereka yang menunggu result masing-masing.  harap-harap diorang bertiga dapat result yang cemerlanglah.  kalau tak berapa cemerlang pun bukan semestinya dah end of the road kan.  masih ada peluang lagi sebab sekarang ni dah banyak kolej, universiti untuk menyambung pelajaran.  kalau tak nak masuk kolej lagi boleh sambung tingkatan 6 kan.  kita sendiri yang menentukan hala tuju diri kita. jadi buatlah pilihan dengan bijak.


Lina

2 comments:

atty's said...

semoga sesapa yg amik result spm dpt keputusan yg baik .amin

Lina said...

atty

ye gud luck lar pd semua