Wednesday, March 9, 2011

Kena Tinggal 5 Hari

"berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian"

pesal lak aku berpantun-pantun petang-petang hari ni yer.  sebenarnya nak cite jer yang en khairol tak ada 5 hari ni huhu.  dia pergi ekspedisi berakit Sungai Pahang wakil pejabat dia.  haaa ada kaitan kan dengan pantun tu hehe.  inilar paling lama en khairol outstation.  selalunya paling lama 3 hari jer.  emmm tinggallah aku menguruskan anak-anak sorang tapi dah biasa dah.  orang lain yang sorang-sorang handle anak ramai pun tak kecoh aku yang baru 2 orang pun dah ngeluh.  eh bukan mengeluh tapi kalau ada suami kan lagi best hehe.

ekspedisi berakit ni bermula di Chenor dan berakhir di Pekan nanti.  wahhh makin gelaplah laki aku.  dahlah dah memang gelap.  tapi 2 hari ni kat Kuantan hujan jer tak taular kat area Chenor semua tu hujan ke dak.


Lina

No comments: