Thursday, March 24, 2011

Aku Muak!

aku ni bukan orang politik dan memang tak suka pasal politik-politik semua ni.  aku ni cuma seorang rakyat biasa yang inginkan kehidupan yang aman saja.  apa pun situasi politik sekarang ni amat memualkan dan menjengkelkan.  hari-hari baca suratkhabar berita yang sama sahaja yang entah bila akan selesai.  lama-lama aku rasa rakyat Malaysia ni macam diperbodohkan oleh mereka-mereka yang bergelar pemimpin ni.  pemimpin yang sepatutnya terpelajar..."sepatutnya" la kan sebab itu diorang jadi pemimpin tapi bersikap kebudak-budakan.  apa diorang ingat rakyat semua ni bodoh sangat ker.  diorang ni tak ada cara lain ker nak menjatuhkan orang.  kenapa gunakan cara yang mungkin akan membuka pekung di dada sendiri.  aku tak taulah siapa yang benar dan siapa yang salah tapi lama-lama rakyat pun muak juga dan akan mula berfikir.

aku ni sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan aku rasa orang lain pun ada yang sependapat dengan aku...kami cuma mahukan sebuah negara yang aman, bebas, boleh pergi ke mana sahaja tanpa perlu rasa takut, senang mendapatkan keperluan, barang makanan, harga barang keperluan adalah di dalam kemampuan kita dan semua kaum dapat bertoleransi dan bebas mengamalkan agama masing-masing.  itu saja yang kami mahu tak kiralah siapa yang memimpin.

jadi tolonglah kepada pemimpin-pemimpin ni semua...janganlah nak perbodohkan kami semua ni.  kami semua tahu menilai yang mana betul dan yang mana salah.  kenapa tak pernah ambil iktibar sejarah yang lepas-lepas.  kenapa tak tumpukan saja perkara-perkara yang penting.  macam mana nak mengurangkan kadar kemiskinan rakyat ke, macam mana nak elakkan kenaikan harga barang ke, macam mana nak menambahbaik sistem pengangkutan ker, jalan raya ker apa-apalah yang untuk kebaikan rakyat tapi ini tak.  entahlah aku pun tak taular apa nak jadi.  sebenarnya aku dah muak dengan berita-berita tu semua yang bagi aku tak mendatangkan faedah langsung dan sekarang ni aku rasa semua pihak-pihak terlibat tu sama jer.



Lina

4 comments:

attyfir said...

kty pun tak suka dgn politik2 nie..muak juga.

Ayen... said...

Hidup Lina!!!!......AAM pun sokong ape yg dikate.ihiks...

Lina said...

atty

yup betul!

Lina said...

aku anak muda

hahaha terima kasih

Share |