Wednesday, February 2, 2011

Sinar Hari Rabu

alhamdulillah hari ni cuaca amat baik.  baru nampak matahari.  harap-harap berkekalanlah sinarnya sampai ke petang.  mudah-mudahan juga tempat-tempat yang dilanda banjir tu cuacanya pun baik, dapatlah surut air banjir tu.  kepada my ex-boss yang keluar kat berita semalam sebab daerah pentadbirannya turut dilanda banjir semoga dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan lancar.  hehe macamlah dia baca blog aku ni.

hari ni rasa sedikit mengantuk sebab malam tadi sentiasa terjaga memantau demam qistina.  tengahari semalam dah bawa ke klinik.  tak ada apa yang perlu dirisaukan doc kata, demam biasa jer.  malam tadi aku ada pula lawan bowling jadi lewat sikit ambil dia dan amsyar dari rumah mertua.  aku bajet diorang dah tidur jadi tinggallah kan tapi bila telefon mertua aku kata dua-dua tak tidur lagi.  aku pun dah rasa mesti budak berdua tu tunggu aku dan en khairol ambil. 

malam tadi panas still ada jadi aku letak cool fever tu dan jaram dengan air badan, bawah ketiak semua.  satu yang aku tak risau pasal qistina sebab dia tak melepek.  macam orang tak demam pulak aku tengok padahal aku rasa badan dia panas.  bila aku tanya dia rasa macam mana?  dia jawab dia rasa panas jer.  aktif tetap aktif.  aku harap taklah berpanjangan demamnya sebab takut nanti menjangkit ke amsyar lak.

Lina

No comments: