Tuesday, February 1, 2011

Nanti Kena Drive Sorang Semula :(

kalau tak campur hari ni, aku ada 2 hari lagi untuk bermanja-manja dengan en khairol.  datang kerja bersama, balik rumah bersama, kadang-kadang lunch bersama.  kalau call nak pinjam duit ke apa dalam 10 saat dah sampai dah kat ofis hehe.

eh en khairol nak pergi mana pulak?  cer cerita...cer cerita...cer cerita... ha ni lar nak story ni.  selama ni kan aku dengan en khairol kerja di jabatan yang sama cuma lain department dan lain bangunan.  jadi memang datang dan balik kerja satu kereta je lar.  tu yang sedap sangat aku tak drive sampai naik lemak sebab en khairol je drive tapi itu semua akan berubah mulai 7 Februari nanti.  mulai tarikh tu aku akan berdikari semula huhu.  en khairol akan mula bertukar ke pejabat baru mulai tarikh tersebut.  jadi kami akan terpisah.  membawa haluan masing-masing chewahhh.  terpisah pejabat je lar.  takdek mende pun hehe.

ye lar bagi menyahut saranan pegawai atasan yang mahukan setiap kakitangan awam di negeri Pahang bertukar setiap 5 tahun sekali jadi en khairol pun salah seorang daripadanya.  en khairol akan bertukar ke Majlis Sukan Pahang di Bandar Indera Mahkota.  elok juga sebab en khairol boleh hantar dan ambil qistina manakala aku cuma hantar amsyar ke rumah mertua aku. 

apa pun setiap yang berlaku tu ambil secara positif.  banyak hikmahnya bila dah jauh ni.  mesti semakin rindu haha cepat jer nak balik rumah sebab nak jumpa.  pas tu kurang lar sikit orang nak mengata. 

"eiii nyampah tengok 2 orang tu mentang-mentanglar dua-dua kerja kat sini asyik nak berkepit jer"

eh aku rasa mesti ada yang cakap cam tu tapi kalau takdek tu alhamdulillah lar :)  harap-harap takdeklah yer.  emmm pas ni aku soranglah kene menempuh jam bagai...en khairol senang lenang jer 5 minit dah sampai rumah.  waaaaaaaaa tak aci! tak aci!


Lina

2 comments:

Fieza79 said...

terpisah sementara..balek umah kang berjumpa semula hehee..

Lina said...

fieza

yer betul tu...betul hehe